FOLLOWERS

Friday 3 July 2009

KEGANASAN PEMUDA UMNO : SINGKIRKAN MEREKA YANG TERLIBAT !


2 jul 2009


Penghuni Gua : Kepada pucuk pimpinan UMNO Melaka dan UMNO Malaysia, kalau benarlah kes ini, singkirkan samseng dan penjenayah ini. Kepada pihak polis, ambil tindakan atas tuduhan gaduh gempar atau rusuhan biar mereka ini ke penjara beberapa tahun. Ini bukan isu mendatangkan cedera. Ia bergaduh dalam kumpulan. Seret mereka ini ke mahkamah.

2. Mereka ini cuba menjadi polis dan menjadi mahkamah sendiri. Inilah yang merosakkan nama baik UMNO/BN. UMNO/BN tidak akan rugi dengan ketiadaan mereka. Singkirkan serta merta mereka ini dari UMNO.

3. Semua yang terjadi ini akan membuatkan usaha dan kerja keras pemimpin UMNO/BN semua peringkat untuk memulihkan parti akan menjadi usaha yang sia-sia atas kejadian serangan oleh samseng ini.

4. Ambil tindakan sekeras mungkin terhadap samseng ini. Pada pandangan PG pun. apa salahnya mereka kempen di pasar malam. Tak ada isu. Sepatutnya Pemudaa UMNO ini meniru dan mencontohi kerja keras parti pembangkang ini dalam mendekati parti dengan penduduk awam. Ini asyik hendak menunjukkan samseng yang dalam jangka panjang boleh menjahanamkan parti.

5. PG cadangkan kepada Dato Ali Rustam, agar menghantar mereka yang gagah perkasa ini ke Palestin bagi menentang zionis lagi afdal dari buat menyemak Melaka yang aman makmur ini.
6. Bab ini pantang PG melihatnya. .................................jenis otak dunia ketiga. Kalau nak berpolitik sedemikian, pergilah ke Timor Leste. Tak sempat pijak tanah negara berkenaan pun, dah bungkus awal lagi. Dah garang sangat. Samseng tahi minyak.

4 comments:

  1. jangan jadi terbalik.dulu orang benci penyokong pembangkang sebab ganas.lanie kita pulak.janganlah.kalau tengok depa buat mcm tu, kita balik cepat-cepat buat mcm depa jugak. bukan setakat pasar malam, kat pasar raya, pasar pagi dan sebagainya. selangkah depa buat 10 langkah kita buat. biar depa tahu siapa lawan depa.umno bukan parti pasif.

    ReplyDelete
  2. jemput ziarah ke blog saya http://revolusipedangsrikandi.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. saya setuju dgn sdr ..UMNO perlu kenakan tindakan disiplin dan gantung ahli mereka jika mereka terbabit melakukan jenayah

    ReplyDelete
  4. ccz, saya setuju benar dgn cadangan tersebut

    ReplyDelete

PETA PELAYAR