FOLLOWERS

Friday 3 July 2009

SIAPA PEMBELIT ISU DAP KEDAH KELUAR PAKATAN !


Lihat kenyataan DSAI semalam 2 jul 2009 berkenaan DAP kedah keluar pakatan :

Berita Harian
2 jul 2009

Anwar salahkan media, nafi DAP Kedah keluar pakatan

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah. Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu. "Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. Berita lanjut : KLIK

Apa kata DAP Kedah hari ini mengenai perkara yang sama :


Utusan
3 jul 2009


ALOR SETAR 2 Julai – Tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang negeri ini adalah serius dan bukan diperbesar-besarkan media seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut muktamad setelah kesemua ahli DAP negeri sebulat suara bersetuju untuk bertindak sedemikian.

Kami telah menghantar surat kepada jawatankuasa tertinggi parti untuk memaklumkan bahawa DAP ingin keluar daripada pakatan pembangkang negeri Kedah.

“Sekarang kami hanya menunggu kelulusan daripada pusat sama ada DAP Kedah akan kekal di dalam pakatan pembangkang negeri ini,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Siapa pembelit. DSAI, DAP Kedah atau akhbar arus perdana?

2. Pada PG pembelitnya ialah DSAI. Dan memang itu kerjanya sejak dulu. Biasalah. Di atas adalah hanya perbandingan ringan pagi-pagi ini sebagai pembuka blog.

4 comments:

  1. DSAI mmg suke menunding jari pada pihak media . sedangkan itu tugas media utk membongkarkan segala kegiatan politik .. gile ke ape DSAI nie?

    ReplyDelete
  2. Anwar tidak boleh dipercayai. Dia Pembohong.

    ReplyDelete
  3. bila mereka bergaduh, media salah. bila mereka betul, media salah jugak.

    ReplyDelete
  4. Sume ni drama Pakatan Rapuh. PAS mengarah drama,DAP pelakon drama, PKR penyunting drama. Dari 16 September sampai PRU13, drama.. drama.. drama.. Nak cover kes liwat Al-juburi le tu.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR