FOLLOWERS

Wednesday 15 July 2009

TARAF BUMIPUTRA : YB MANOHARAN MOHON MAAF !


Minggu lepas YB Mano dalam sidang DUN Selangor menegur speaker Dewan kerana memakai songkok. YB Mano kemudianya mengatakan bahawa beliau hanya akan memakai songkok sekiranya kerajaan memberikan status Bumiputra kepada semua kaum di Malaysia.


2. Kenyataan ini mengundang kecaman berbagai pihak. Ada yang menggesa beliau di ISA kan semua.

3. Berita TV3 jam 8 malam ini menyebutkan YB Mano memohon maaf jika kenyataan beliau tempuh hari yang meminta kerajaan memberikan status Bumiputra kepada semua kaum telah menyebabkan ada pihak tersingggung. Permohonan maaf ini dinyatakan kepada Presiden GPMS Dato Reezal Merican.


4. Apa tujuan beliau meminta maaf tidak diketahui. Tetapi kemungkinan di arahkan oleh PR kerana dibimbangi ia akan menghakis sokongan orang Melayu terhadap PR. Lihat saja di Manek Urai. Majoriti sikit sahaja.


5. Apa pun sebabnya , PG ucapkan tahniah atas tindakan ini. Juga jangan lagi menganggap songkok, bersamping dan berbaju melayu iu hanya sebagai pakaian. Ia adalah jati diri rakyat yang budaya melayu menjadi terasnya. Ini yang perlu difahami dan ditanam di dalam setiap pemimpin politik Malaysia.

1 comment:

  1. SLM BRO..KITA TENGOK SAMPAI BILA DIA BLH TAHAN

    ReplyDelete

PETA PELAYAR