Harakah
Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza
Muhammad Yusri Amin Tue Jun 30, 09 7:42:49 pm MYT
Muhammad Yusri Amin Tue Jun 30, 09 7:42:49 pm MYT
KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.
"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.
"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.
Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.
"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.
"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Wow, wow, wow.
2. Fatwa baru TGNA. UMNO dan pemimpinnya tidak beriman walaupun islam. Inilah yang membezakan PAS dan UMNO. PAS islam dan beriman. Wow, wow, wow.
3. Penghuni Gua selama ini sejak kenal secara dekat dengan TGNA tak pernah lagi menghina TGNA, membenci atau mengatakan yang buruk kepada TGNA. Tetapi dengan fatwa dan kenyataan ini, bermula hai ini PG memang hilang penghormatan pada beliau.
4. Seramai-ramai orang PAS samada pemimpin atau pengikut , TGNA lah satu-satunya yang PG tak pernah menghina dan membenci serta mengatakan yang buruk kepadanya sehinggalah hari ini. Tetapi hari ini berubah.............PG memang meluat melihat dan mendengar ucapan dan kenyataanya.
5. Siapa dia yang nak golongkan seseorang itu beriman atau tidak. Ayat yang disebutkan diatas juga adalah untuk pemimpin PAS dan TGNA sendiri. Sembahyang tunggang tunggik tetapi tiap kali percakapan sentiasa mengecam orang lain dan menganggap orang islam lain yang tak sefahaman dengan beliau sebagai tak beriman dan sebagainya. Tak mahu berunding dengan UMNO pun kerana dikatakan UMNO tak perjuangkan islam ( dalam hal kerajaan perpaduan).
6. Adakah berunding bersekongkol dengan DAP ( yang terang-terang menolak islam dan hudud ) dan PKR adalah islam. Mengapa dengan DAP dan PKR boleh adakan perpaduan dan perundingan? Adakah mereka dan parti di atas menyokong islam dan perundangannya.
7. Adakah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, DSAI, Nasaruddin, Azmin serta parti mereka memperjuangkan islam yang lebih baik dari UMNO? Adakah ini wajah-wajah ahli -ahli mereka yang beriman dan akan masuk syurga? Ini kerana menurut TGNA, pemimpin UMNOdan UMNO tak beriman jadi mereka tak mahu berunding dan berbincanh hal perpaduan. Jadi nama-nama di atas yang boleh duduk bersama TGNA adalah semuanya wajah mereka yang beriman dan ahli syurga masa depan mengikut tafsiran TGNA. Masyallah.
8. Bangunlah dari mimpi Tok Guru. Dah jauh tersasar ni. Bawa mengucap dan beristigafar banyak-banyak sementara masa masih ada.
9. Mungkin Nik Abduh boleh berbuat sesuatu untuk menyedarkan ayahnya yang dinasihati oleh ulama Mee celup mungkin. Tolonglah Nik Abduh. Maaf lah pada PG. Inilah pertama kali PG amat benci dan meluat kepada Tok Guru sejak hidup. Kalau dulu PG amat-amat hormati pandangan dan politik beliau.
10. Akhir sekali, pada paandangan PG, jika dilihat seluruh dunia, nampak gayanya syurga yang disediakan oleh Allah diakhirat nanti akan penuhlah dengan Lim Kit Siang dan semua ahli DAP, DSAI dan pengikutnya dari PKR serta semua ahli PAS. Eli wong, Arumugam, Fairuz, Ronnei Liu, dan sebagainya mungkin akan termasuk sama. Merekakan beriman sebab itu TGNA berurusan dengannnya. Amin.......
11. Amin, amin, amin. nauzubillah himinzalik. Amin, amin, amin..................... Mungkin juga nama-nama di atas tak perlulah lalu siratul mustakim. Mungkin kot. Mereka semua beriman kan.Temaan baik TGNA.
No comments:
Post a Comment