FOLLOWERS

Saturday 4 July 2009

GMI : DAH GAH , BUATLAH DI KELANA JAYA ATAU.....




4 jul 2009


Penghuni Gua : Gembar gembur GMI ini bukan main lagi. Kalau merasakan dan gembar dan gemburkan bahawa GMI mendapat sambutan ramai PG cabar GMI buat perhimpunan tersebut di Stadium Shah Alam atau Stadium di Kelana Jaya.

2. Kita lihat berapa ramai yang datang. PG percaya tak ramai dari 26 juta rakyat Malaysia akan datang. Yang bodoh aje datang. Paling ramai pun macam perhimpunan 100 k baru-baru ini. Ada le campur yang berniaga seramai 4 k.

3. Kebiasaannya mereka ini hanya ambil kesempatan dari kesesakan di Kuala Lumpur khasnya di kawasan Masjid India, kawasan Chow Kit, KLCC. Kemudian puak i ni akan war-warkan berjuta yang datang menyokong. Itulah kebiasaannya. yang sebenarnya kawasan ini memang dah sesak. Jadi bila ada mereka yang gila buat hal , maka secara tak langsung maka mereka berhenti untuk melihat mereka yang bodoh ini.

4. Dengan membuat perhimpunan di Ibu kota juga, GMI dan mereka yang serupa dengannnya , bertujuan untuk menyalahkan pihak berkuasa khasnya polis sekiranya ( sudah tentu ) ada kesilapan tangkapan antara mereka yang betul-betul gila atau penonton yang kebetulan lalu di situ dan melihat perlakuan gila dan bodoh ini. Maka di war-warkanlah tentang kekerasan polis dan membuat tangkapan salah. Loyar-loyar buruk pun sibuklah mempromosi firma guaman masing-masing.

5. Kepada GMI, jangan gah sangat dengan gerakan anda. Tak ada pun sokongan sebesar seperti yang anda dakwa. PG cabar sekali lagi, cubalah buat perhimpunan di padang Merbok cukuplah, lihat seramai mana yang datang. Orang bodoh aje yang datang.

6. Jadi janganlah nak mengambil kesempatan atas gerakan sempit ini untuk menggunakan orang awam sebagai benteng gerakan bodoh anda. Cukuplah mempergunakan kesesakan Kuala Lumpur untuk mempromosi bahawa gerakan ini mendapat sambutan.

7. Bosan kami dengan gerakan kamu ini. Menyusahkan beratus ribu pengguna jalanraya KL yang sudah sesak dan membawa kerugian serta kesusahan kepada beribu lagi pihak dan orang persaorangan.

8. Hentikanlah. Meluat.
9. PG selesa hidup dengan ISA. Tak ada calar sedikit pun tubuh PG atau keluarga PG kerana diperlakukan kejam oleh ISA. ISA pun tak pernah mengganggu kami semua. Jadi mengapa takut?
10. Dalam keluarga pun ada berbagai peraturan. Itu sahaja contoh mudah. Dalam keluarga haiwan termasuk serangga pun ada peraturan hingga membawa kematian. Jadi ikut dan patuhlah peraturan seperti kami. Kami pun bukan semuanya suka apa yang kerajaan buat. Kami pun kritik juga. Ban membetulkan kerajaan dan mengkritik nya tak semisti menentang . Macam anak : tak suka mak bapak, tak pun tentang secara terbuka. Buat secara berhemah. Tak ada masalah pun.
11. Berbagai ruang sah ada dibuka oleh kerajaan sekarang. Berhimpun-himpun ini cara gerakan tahun 1950an. dah ketinggalan zaman. Gunakanlah ruang siber dan berbagai ruang lagi yang ada. Apa le GMI ni.

1 comment:

  1. Dalam Islam pun x penah diajar mcm ni... buat sesuatu sampai nak menyusahkan orang lain.. menghuru-harakan masyarakat.. klu dah tak boleh terima ISA pun, diam2 dah le, or guna saluran yg lebih berhemah..ni tidak, xabis2 menyusahkan orang.. haram jaddah punya GMI.. Ptuii!!!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR