Berita Harian
4 mac 2009
4 mac 2009
Bebas semua tahanan ISA: Karpal
GEORGETOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta kerajaan membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping, Perak. "Pembebasan 13 tahanan ISA tidak cukup kerana terdapat 62 tahanan di Kamunting," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan sulungnya sebagai
GEORGETOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta kerajaan membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping, Perak. "Pembebasan 13 tahanan ISA tidak cukup kerana terdapat 62 tahanan di Kamunting," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan sulungnya sebagai
Perdana Menteri yang disiarkan menerusi TV1 malam tadi, mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA itu dengan serta-merta serta berjanji membuat kajian semula terhadap akta itu.
Mengenai janji Najib untuk mengkaji semula akta itu, Karpal berkata langkah itu tidak bermakna kerana akta itu sepatutnya dihapuskan. Mengulas langkah kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah, lidah rasmi PAS, dan Suara Keadilan (Parti Keadilan Rakyat), beliau berkata tindakan itu tidak memadai.
Mengenai janji Najib untuk mengkaji semula akta itu, Karpal berkata langkah itu tidak bermakna kerana akta itu sepatutnya dihapuskan. Mengulas langkah kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah, lidah rasmi PAS, dan Suara Keadilan (Parti Keadilan Rakyat), beliau berkata tindakan itu tidak memadai.
"Apa yang seharus ditarik balik ialah larangan penjualan dua akhbar ini khusus kepada ahli parti sahaja," katanya.
Beliau berharap keputusan kerajaan itu bukan lakonan politik menjelang pilihan raya kecil Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang, Selasa ini. Karpal juga berkata hanya cara untuk Najib mendapat semula keyakinan rakyat adalah bertindak adil kepada semua bangsa di negara ini serta menjalin hubungan baik dengan empat negeri yang diperintah oleh pembangkang. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Inilah mereka yang jenis tak pernah puas apa yang ada. Beri betis nakkan peha. Mereka ini jenis mulut besar yang melihat kerajaan tidak pernah benar walaupun melakukan yang terbaik untuk rakyatnya. Kepada Singh ini, apa yang dia buat kepada rakyat negara . Asyik mencelakakan orang dan memperlekehkan DYMM Raja-Raja. Cakap berdegar-degar. Dah jenis dia semua macam tu. Tapi bila kena serbu di Parlimen, pucat lesi muka. Tak berdarah. Lepas itu kata orang serang dan mengkritik polis tidak menjaga keselamatannnya.
Jaga mulut anda sudah. Anda ini hanya beraja di mulut dan bersultan dihati.
Anda kata DS Najib tidak berlaku adil kepada hak rakyat. Anda dan perti anda berlaku adil ke. Utusan Malaysia tidak dibenar pun membuat liputan akhbar di pejabat Ketua Mnetri Pulau Pinang.
Anda adil ke, dengan anak beranak memaki hamun dan mencelaka kan orang lain dan memfitnah orang lain sebagai pembunuh di dalam parlimen dan berselindung dari kekebalan parlimen ? Adil ke.
Adil ke kalau membenarkan akhbar yang asyik menyebarkan fitnah yang boleh merosakkan pemikiran rakyat. Tulisan akhbarnya pula hanya penuh dengan fitnah, mencarut dan mencai cerca orang dan mencelakakan orang lain. Ini contoh akhbar untuk dibebaskan anak-anak kami membacanya agar dapat meniru seperti bahasa anda di parlimen. Bertempik terlolong dan mencelakakan orang. Kami didik anak tak begitu. Anda tak apa . Memang hasrat anda mengeluarkan produk yang sama macam anda. Keduanya bermulut besar dan berbahasa yang lebih rendah dan tak sepatutnya diguakan oleh manusiapun.
Nak bebaskan semua tahanan ISA? Anda belajar undang-undang mana. Ia adalah tahanan sah. Telah disahkan oleh mahkamah bahawa tahanan ini sah. Tak puashati pergi buat Hobeas coupus. ISA juga diluluskan dengan sah oleh parlimen dan ia adalah akta yang sah kerana perlembagaan membenarkan dibuat akta pencegahan bagi mengadakan beberapa sekatan kebebasan sekiranya keselamatan negara tergugat. Apa masalahnya mengenai ISA ini.
Kami tak ada takut kepada ISA pun. Sudah 49 tahun saya hidup. Tak ada pun polis nak tahan saya di bawah ISA pun.
Tak adil anda berkata kepada DS Najib. Apa ukuran keadilan yang digunakan. Carilah negara lain yang begitu adil kepada semua bangsa di negar ini walaupun mereka bukan berasal dari negara ini pada awalnya. Kami tak pernah pertikai pun hak anda semua. Pergilah ke negara lain termasuk di India kalau anda boleh hidup di sana dengan aman jika anda berbuat onar seperti anda buat semasa di Malaysia. Mungkin Nak panggil EMAK pun tak sempat jika anda berperilaku begini di India. Cuba kalau tak percaya.
Jadi cukuplah bermulut besar. Anda pun dah tak berapa lama lagi boleh melihat dunia ini. Serupa seperti saya juga. Jadi sementara masih bernafas dan boleh melihat keindahan yang telah tuhan jadikan dan diuruskan dengan baik oleh semua pemimpin, maka tunjukkanlah contoh dan sifat yang baik kepada generasi akan datang.
Sebelum mengata dan mengkritik kerajaan , lihat diri anda dahulu. Adakah kita lebih baik dari yang lain. Adakah di rumah anda dalam mendidik anak dan keluarga anda , anda berikan kebebasan penuh walaupun anak melakukan kesalahan. Misti ada peraturan dan hukuman. Semua agama ada peraturan. Inikan pula bernegara.
Ikutlah dan patuhlah kepada undang-undang. Anda dan parti anda yang selalu memperjuangkan agar kerajaan patuh kepada undang-undang. Jadi anda semua patuhlah juga seperti mana 26 juta yang lain boleh patuh tanpa sebarang masalah pun.
Penghuni Gua : Kepada PM, jangan melayan sangat kerenah mereka yang tak tahu berterima kasih ni. Sebab itu Penghuni Gua sudah katakan semalam bahawa apa pun kerajaan buta mereka ini tetap akan menentangnya. Jadi untuk mengkaji semula ISA tu, baik-baik lah fikirkan semasak-masaknya. Itu ada ISA: jika tak ada atau diubah suai hingga kurang sengatnya, tak tahulah apa yang akan mereka semua lakukan.
Penghuni Gua : Pertahankan ISA. Ini benteng kita dari menahan serangan penyangak dan penderhaka ini. Mereka seperti ini adalah jenis yang suka mengambil kesemapatan jika berpeluang bagi kepentingan diri mereka ( lihat gambar: serupa le tu ).
No comments:
Post a Comment