FOLLOWERS

Sunday, 8 February 2009

BERITA-BERITA MUTAKHIR BERKAITAN POLITIK DI PERAK


PULAU PINANG 8 Feb. — Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mengingatkan mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya bersedia dengan apa juga akibatnya.... Berita Penuh



Sebelum ini apabila para pemimpin Barisan Nasional (BN)cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pelopor budaya lompat parti ia dianggap satu propaganda. Semua orang tahu mengenai Pelan 16 Septembernya yang tak menjadi hingga ada drama kejar mengejar para Ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan tidak lama dahulu. Kemudiannya beliau tampil bergaya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri BN kawasan Bota, Perak, Datuk Nasaruddin Hashim melompat 11 hari ke PKR. Tidak timbul soal perlu pilihanraya semula. Bagi Anwar itulah demokrasi. Namun apabila dua Exco Kerajaan Negeri PKR Perak, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu isytihar diri melompat jadi wakil rakyat Bebas, beliau terus menjerit kata tak sah. Rupanya dalam barisan pembangkang ramai yang ‘angin satu badan’ pada Anwar kerana bersikap lidah bercabang dalam soal melompat parti. Ada yang memendam rasa dan ada yang sudah tidak tahan dengan karenahnya.



Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut, demikian menurut The Star.
Pemimpin DAP itu berkata, Anwar telah menimbulkan cukup masalah dan sudah tiba masanya bagi beliau (Anwar) bertaubat.Ekoran itu, Anwar telah dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.



PULAU PINANG 8 Feb. — Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor turut mengecam ketua pembangkang itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti). - Bernama


5. HARAKAHDAILY : SEDANG TIDOR. TIDAK PUN SEDANG SEMBAHYANG HAJAT DIPADANG BOLA KOT. SEDANG MENGGELETAR. KOMEN LE CEPAT TENTANG KECAMAN YB KARPAL DI ATAS. NAK DENGAR JUGA. TAK BERKOKOK LAGI HARAKAHDAILY SEHINGGA JAM 2255. TERKEJUT KOT. TIDAK BERITA DIORANG CEPAT SEKALI. KENA BATANG HIDUNG SENDIRI. PADAN MUKA....................HE HE HE HE HE
6. WA CAYA LU, KARPAL!!!
Salam,Jika sbelum ini pemimpin dan ahli BN serta blogawan mkritik Anwar Ibrahim, pasti ada sahaja jawapan para penyokongnya utk m'mbersihkan' nama beliau.Selepas sekian lama mjadi pemimpin de facto PKR dan 'Pengerusi' Pakatan Rakyat, rasanya belum pernah kedengaran suara-suara sumbang menegur beliau. Sehinggakan usaha beliau menubuhkan Kerajaan Pintu Belakang mlalui retorik 16 September, dsambut penuh gembira pimpinan PKR dan PR.Tbaru, apabila Datuk Nasaruddin Hashim ADUN Bota melompat parti, dia dsambut sbg hero, berani, bijak dan sebagainya.Hari ini, apabila Kerajaan PR di Perak tumbang akibat lompatan 3 ADUN PR dan lompatan semula Datuk Nasa, baharulah kita mdengar suara yg menidakkan Anwar Ibrahim.


7. ANWAR TERKEJUT DENGAR KECAMAN KARPAL . LIHAT GAMBAR.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR