FOLLOWERS

Thursday, 5 February 2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


KALAUPUN benar tapak bangunan Tabika Kemas di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau itu milik kerajaan negeri, wajarkah pintu pagar bangunan itu dikunci sehingga menjejaskan pembelajaran kanak-kanak di tabika tersebut.
Kenyataan Timbalan Ketua Menteri I, Mohamed Fairus Khairuddin bahawa penguncian Tabika Kemas hanyalah simbolik berikutan dakwaan kononnya pihak Kemas enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri, membuktikan betapa soal pendidikan 22 kanak-kanak di tabika berkenaan tidak diambil serius oleh kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Perlukah pembelajaran anak-anak yang merupakan tunas bangsa, yang belumpun mengerti sepak terajang politik, dijadikan ‘senjata’ dalam berurusan dengan mana-mana agensi sekalipun jika ia dilihat bermasalah dengan kerajaan negeri.
Selain itu apakah langkah JKKK Kuala Sungai Pinang mengeluarkan notis mengosongkan bangunan tersebut, sebagai satu langkah bijak yang akhirnya membiarkan kanak-kanak tabika terlibat terpaksa belajar di atas tikar di luar bangunan terbabit.
Awang berpendapat dalam kita berpolitik janganlah sampai kita mengorbankan masa depan anak-anak bangsa kita.
Gunakanlah saluran politik untuk pembangunan bangsa dalam pelbagai aspek seperti mana yang diuar-uarkan dalam manifesto pilihan raya.
Awang – Geleng kepala.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR