HARAKAHDAILY 1 FEB 2009
Dua Exco Perak 'disembunyikan', disyaki kerja jahat BN
Johari Jaafar Sun Feb 01, 09 2:46:16 pm MYT
Johari Jaafar Sun Feb 01, 09 2:46:16 pm MYT
IPOH, 1 Feb (Hrkh) - Dua Exco Kerajaan Negeri Perak, Othman Jailu dan Jamaludin Radzi dipercayai telah 'disembunyikanan' dan ia disyaki angkara jahat BN untuk dalam usaha mereka cuba mengkucar-kacir serta menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak
Berita lanjut : harakahdaily 1 feb 2009
NOTA BLOGGER : PAS DAN PKR APA KURANGNYA. KATA PARANG PAKU SERPIH, KATA ORANG DIA YANG LEBIH. 2 HARI LEPAS BUKAN MAIN SENYUM SAMPAI KE TELINGA MB NI BILA ADUN BOTA HIJRAH KE PR. SALAH KE KALAU BETUL PUN KENA SEMBUNYI. IKUT UNDANG-UNDANG MANA YANG SALAH TU HINGGA PERLU BUAT REPOT. LU PIKIR LE SENDIRI................................
Di bawah ni saya petik kata-kata ADUN Bota semasa beliau berceramah di Stadium Mini Bota Kanan dengan DSAI semalam 31 Jan 2009. Antara katanya " Kalau tidak ada apa-apa tak mungkin burung tempua bersarang rendah," jelas Nasaruddin disambut tepukan gemuruh hadirin. Selain itu beliau berkata " Beliau menjelaskan bahawa kemasukkanya ke dalam Pakatan Rakyat bukan disebut "melompat" tetapi lebih wajar dipanggil "hijrah" ke dalam Pakatan Rakyat . "Sebab, kalau disebut "melompat" itu seolah-olah saya dengan tiba-tiba sahaja tanpa berfikir panjang terus terjun ke dalam Pakatan Rakyat. Tetapi lebih manis diibaratkan perbuatan saya ini sebagai berhijrah kerana ia bermaksud, dari tempat kucar-kacir masuk ke parti yang disenangi iaitu Pakatan Rakyat Perak," katanya. ".
Jadi fikir le sendiri sebelum Dato MB nak kata pada UMNO atau BN. Semalam pun Dato MB Perak ada hadir ke majlis tersebut. Lupa kot apa yang ADUN Bota berucap. Lihat pautan di atas dalam HarakahDaily. Kalau lupa... Jadi alasan yang sama le akan digunakan oleh 2 EXCO PKR tu nanti sekiranya mereka melompat atau berhijrah ? ke BN. Bukan susah sangat analoginya.
Satu lagi terlupa nak ingatkan , mungkin Dato Seri NIZAR LUPA KOT- Pada sidang media pagi Ahad di Ipoh pada Datuk Seri tuduh Barisan Nasional (BN) cuba jatuhkan kerajaan negeri itu secara tidak demokratik ekoran kehilangan dua Exco negeri berkenaan. Beliau yang mendakwa kehilangan dua Exco berkenaan dipercayai hasil perancangan BN, jelas satu cubaan untuk menarik mereka menyertai BN. Katanya, tindakan itu adalah cubaan menafikan hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan negeri sekarang pada pilihan raya umum lalu.
Agaknya dato Seri terlupa. Pihak pembangkang juga secara terbuka hendak menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru 16 September lalu dengan mengajak Ahli Parlimen BN lompat parti. Walaupun itu tidak berlaku tetapi jika ada ahli BN lompat parti menyertai mereka, mereka kata ' itu demokrasi ' namun jika ada kalangan mereka yang telah sedar dan ingin kembali ke BN, itu dituduh sebagai ' sudah dibeli '. MELAYU MUDAH LUPE. TUN YANG CAKAP. LU FIKIR LE SENDIRI....
No comments:
Post a Comment