Bagi jutawan di bawah tu................silap le kome... telan air liur juga le.........
Terdapat keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 1982 di dalam kes antara ahli parti Sarawak United People's Party (SUPP) Dato' Ong Kee Hui lawan� Presiden SUPP iaitu Sinyium anak Mutit yang memutuskan mana-mana 'arrangement' menyerahkan surat peletakan jawatan seorang wakil rakyat kepada Speaker adalah bertentangan dengan polisi awam dan dengan itu ia adalah tidak sah.
Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:- "The candidate so chosen must also be free to act according to the best of his ability and his judgment and should not be subjected to the dictates of others. Therefore, any rule or contract with or without consideration which contravenes this freedom strikes at the very root of representative government and is therefore void and also against the public policy."
(Terjemahan: mana-mana calon mestilah diberi kebebasan untuk bertindak mengikut kemampuan dan perkiraannya sendiri tanpa tertakluk kepada arahan orang lain. Oleh itu sebarang peraturan atau kontrak tanpa sebarang balasan adalah bertentangan dengan kebebasan ini. Oleh itu ia melanggar asas kerajaan yang diwakili dan dengan itu ia adalah tidak sah kerana bertentangan dengan dasar awam.
Secara ringkasnya mereka yang menyatakan bahawa perletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut adalah tidak sah berhujah di atas asas kerana ia dikatakan melanggar prinsip kebebasan kedua-dua Adun tersebut. Peguam Dato' Muhammad Shafee Abdullah berkata tindakan meminta kedua-dua Adun tersebut menandatangani surat peletakan jawatan tanpa mengandungi tarikh menjadikan kedua-dua Adun tersebut sebagai patung (puppet) yang talinya ditarik oleh parti-parti politik (whose strings are being pulled by respective political parties).
No comments:
Post a Comment