06/02/2009 3:37pm
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disaran ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.
Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata beliau kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititah berbuat demikian.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada krisis tersebut dan bersikap “lempar batu sembunyi tangan”.
“Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu kerana lebih mengutamakan kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama
NOTA BLOGGER : Penghuni Gua selepas bertapa dah cadangkan pagi tadi lagi agar gelaran Dato Sri di tarik. Cadangan Penghuni Gua mendahului yang lain kerana dapat petunjuk semasa bertapa. Terus bertapa.....
No comments:
Post a Comment