FOLLOWERS

Wednesday, 4 February 2009

JANGAN POLITIKKAN HAL PENDIDIKAN


BALIK PULAU 3 Feb. - Kerajaan negeri Pulau Pinang mesti memberi penjelasan kepada rakyat berhubung tindakan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) Kuala Sungai Pinang merantai pintu pagar Tabika Kemas di situ.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tabika tersebut bukan dibina di atas tanah kerajaan negeri.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri perlu memberi jawapan kerana bangunan berkenaan didirikan di atas tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

''Tanah ini milik Perda bukan hak kerajaan negeri, jadi kenapa JKKK di bawah kelolaan mereka menghantar surat meminta tabika mengosongkan bangunan sesuka hati.

''Mereka tiada hak, kalau betul tunjukkan surat dan jangan bertindak macam orang tidak bertamadun.

''Jadi, saya berharap kerajaan Pulau Pinang memberi perhatian ke atas perkara ini dan jangan biarkan mereka bertindak sewenang-wenangnya. Macam inikah kerajaan berjiwa rakyat dan kebajikan yang mereka sering laung-laungkan," katanya pada sidang akhbar semasa mengadakan lawatan ke tabika Kemas berkenaan di Balik Pulau di sini hari ini.
NOTA BLOGGER : SUDAH-SUDAH LE BERPOLITIK. LIHAT MUKA ANAK-ANAK TADIKA TU DAN LIHAT JUGA MUKA ANAK-ANAK KITA JUGA. INGAT PADA TUHAN. TAK INGAT KE MATI KOT SEMUA YANG TERLIBAT DALAM ISU INI KE. JANGAN KIRA SIAPA SALAH ATAU BETUL. PELAJARAN UNTUK SI KECIL TU JANGAN DIGANGGU. TAK ADA PERASAAN KE ANDA SEMUA NI. SESEKALI TENGOK MACAM ZIONIS. ZIONIS TU LEBIH BAIK KERANA MEREKA MEMBUNUH MUSUH NEGARA DAN BANGSA LAIN. TAK ADE LE ZIONIS BERGADUH SAMA SENDIRI TERUTAMA DALAM ISU PENDIDIKAN WALAUPUN KERAJAAN ISRAEL BERTUKAR GANTI DARI SEGI PARTI YANG MEMERINTAH AMAT KERAP BERLAKU. DALAM ISU NEGARA DAN PENDIDIKAN MEREKA BERSATU. SEBAB ITU MEREKA PINTAR DALAM SEGALA BIDANG.
DI PULAU PINANG INI , JIKA DILIHAT MEMANG POLITIK KELAS KEDUA. TAK ADA MUTU LANGSUNG. TERMASUK TIM KETAU MENTERINYA. ASYIK DI PEJABAT SAHAJA. DAH BISING BARU NAK TURUN PADANG.
BERTAPA LE DALAM GUA SEKEJAP. BOLEH JUGA BERIKTIQAF DAN MUNGKIN ANDA LEBIH INSAF.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR