FOLLOWERS

Thursday 26 February 2009

KARPAL vs PEMUDA UMNO : KARPAL HAMPIR DITIMPA KECELAKAAN DI PARLIMEN



Malaysiakini : 26 feb 2009


Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.Karpal bagaimanapun menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.


Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor and Kuala LumpurBagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.................Berita lanjut : ............

Penghuni Gua : Kerana mulut badan binasa. Lain kali fikir dulu sebelum bercakap.

Penghuni Gua : Cakap sorang-sorang aje di Gua.

1 comment:

  1. org tua ni sudah sudah la...tau la nk mukanyer lekat kat petrosains antara pemimpin pembangkang yg berkaliber(kaliber,pistol jenis apa?)kaliber/mempunyai taraf kepandaian la...kaliber bukan pd pistol la!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR