FOLLOWERS

Wednesday 25 February 2009

KEDUDUKAN ELI : SULTAN SELANGOR SERAH PADA MB





Feb 25, 09 11:22am


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.



Penghuni Gua :


PESANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MELAYSIA


AMALKAN CARA HIDUP SIHAT

RAKYAT SIHAT NEGARA KUAT


Jadi , pemimpin ( ikon Masyarakat ) yang mengamalkan hidup berpasangan tanpa perkahwinan yang sah tidak sepatutnya berada dikedudukan tersebut atas apa alasan pun. Dibimbangi ia akan memberi isyarat yang salah kepada generasi muda bahawa cara hidup tersebut lah yang baik dan diterima masyarakat. Pemimpin kalau tidak bermoral sekali pun , mistilah kelihatan bermoral pada pandangan mereka yang dipimpinnya. Jadi letak jawatan atau singkirkan saja wakil rakyat ini demi kepentingan generasi hadapan.


Penghuni Gua : Teringin juga nak jadi pengganti.

2 comments:

  1. As salam,

    Dalam sibuk-sibuk memperkatakan perilaku moral pemimpin politik ni, kita mungkin terlupa satu asas penting iaitu kesihatan pemimpin tersebut.

    baru tamat pilihanraya, tiba-tiba kena heart attack. baru nak panaskan kerusi wakil rakyat, tiba-tiba masuk wad.

    kalau nak masuk PLKN, kena buat ujian kesihatan. kalau nak jadi atlit, kena buat ujian kecergasan.

    kalau nak jadi wakil rakyat, ujian apa yang ada ya?

    1) ujian mental -- sebab banyak fitnah akan dihadapi perlu kena tahan
    2) ujian public speaking -- sebab pemimpin perlu belajar etika berpidato yang baik dan tertib
    3) ujian Bahasa Melayu -- sebab ada pemimpin yang cakap Melayunya tunggang terbalik.
    4) ujian seni tempur tanpa senjata -- sebab nak berlawan dalam dewan rakyat nanti, tehehehe.

    ReplyDelete
  2. wow, bagus le komen anda. itu le lebihnya orang muda. Nanti saya akan siarkan dalam blog saya di muka depan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR