FOLLOWERS

Monday 2 February 2009

Konstabel koma tiga bulan akibat dibelasah meninggal


MELAKA: Selepas hampir tiga bulan koma akibat dibelasah lebih 20 lelaki di sebuah restoran di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Konstabel Mohd Fairuz Shafie, 23, dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi. Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor, berkata anggotanya disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor kira-kira jam 9 malam tadi. "Polis kontinjen negeri berasa kehilangan besar seorang anggota yang sangat berdedikasi. Biarpun baru lebih setahun bekerja, Allahyarham menunjukkan komitmen tinggi terhadap tugasnya sepanjang berkhidmat di Jabatan Siasatan Jenayah IPK,' katanya di sini hari ini. Allahyarham dibelasah sekumpulan 22 lelaki di Restoran Subaidah MITC, Ayer Keroh, kira-kira jam 11.45 malam 21 November lalu ketika sedang minum bersama seorang wanita.


Berita Perdana jam 8 malam ini ada menyiarkan rakaman mengenai lawatan Ketua Polis Melaka bersama YB Dato Mat Siraj ( Ahli Parlimen Bt Berendam ). Dalam berita tersebut tak kelihatan pun lawatan dari mereka yang memperjuangkan keadilan dalam kes penjenayah K. Kugan tempoh hari. Kemana mereka semua.??????? Sunyi sepi semua NGO , pakar-pakar dalam undang-undang ( lawyer { burok kot } ) dan mereka yang menjadi pembela mereka yang dikatakan didera. Mana mereka, mana mereka. Anggota Polis yang meninggal ni dipukol penjenayah. Mengapa pembela-pembela penjenayah ini membisu seribu bahasa dalam kes ini. Selama 3 bulan koma ada ke seorang dari semua pembela dalam ke penjenayah K Kugan pernah datang melawat. Rasanya tidak. Jauh sekali memberi bantuan.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan rohnya ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman. AMIN. Kepada keluarga Allahyarham, bersabar dan tabah dalam menghadapi situasi ini.

1 comment:

  1. Sebagai seorang anak bekas polis bersimpati ke atas nasib konstabel berkenaan...Polis hanya menjalankan tugas menjaga keamanan. Siapa yang buat jenayah harus merasa padahnya.Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. Amin

    ReplyDelete

PETA PELAYAR