FOLLOWERS

Friday 6 February 2009

Murugiah batal hasrat saman Khalid

Senator T. Murugiah hari ini membatalkan hasratnya untuk menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar - selepas mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak selaku kakitangan kerajaan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelum ini bercadang menyaman Khalid yang mengaitkannya dengan tindakan 'menceroboh' bilik mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu. Menurut Murugiah, beliau telah mendapatkan pandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tindakan saman itu. Timbalan Perdana Menteri katanya, telah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

''Tidak perlu bagi saya meneruskan hasrat (saman) itu dan kita akan hentikan salah faham ini kerana perkara ini hanya melibatkan kita berdua sebagai kakitangan kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR