FOLLOWERS

Monday 9 February 2009

OPEN LETTER TO KARPAL SINGH : DR SIDDIQ AZANI PENSYARAH UNDANG-UNDANG UiTM

Kali ini benar lah bahawa Pakatan Rakyat sudah retak. Retaknya sudah retak seribu, ibarat sekeping papan sedang menanti tiupan sang taufan, tercampak terguling-guling masuk parit. Janganlah dinafikan lagi bahawa kedua-dua kapal milik BN dan Pakatan sedang bocor, tetapi nampaknya kapal Pakatan bocor lagi besar. Ini kerana salah seorang anak kapal bernama Karpal Singh sudah mengamuk malam semalam. Beliau hentam Kapten kapal cukup-cukup. Disebabkan beliau sangat geram, beliau bocorkan kapal yang beliau naiki sendiri.

Terima kasih Karpal Singh. Terima kasih daun keladi. Sesungguhnya saya tidak akan melupakan saat dimana anda berkata “Anwar has created a lot of trouble in this country. Anwar Ibrahim harus bertaubat!” Saudara Karpal, akan saya ingat ayat keramat anda ini sehingga bila-bila, dan akan saya ceritakan peristiwa ini kepada anak cucu saya. Tahniah Karpal Singh. Kerana telah menegakkan kebenaran. Hari ini saya amat menyukai anda kerana atas apa yang telah anda buat. Cuma anda seorang sahaja pemimpin Pakatan yang menentang lompat parti, kerana yang lain semua ikut telunjuk Anwar Ibrahim.

Cuma apa yang berlaku di Perak tidak menyebelahi anda, tetapi menyebelahi saya dan parti saya. Cuma yang membuat kita serupa ialah kita sama-sama benci Anwar Ibrahim. Saya tahu anda telah lama bersabar. Peranan anda tidak diendahkan walaupun anda merupakan pengerusi DAP kebangsaan. Hakikatnya anda terpaksa menurut kehendak dua beranak Lim tersebut. Tidak mengapa, anda kini telah bebas.

Benar kata anda bahawa Anwar adalah punca segala-gala huru-hara ini berlaku di negara kita. Jika anda sedar, kita merupakan sebuah negara yang aman sejak Anwar berada dalam penjara. Kita bangga jadi Rakyat Malaysia kerana dunia sedang memerhatikan kita dan sangat menghormati pemimpin kita, Tun Dr.Mahathir Mohamad pada masa itu. Ekonomi kita sangat memberansangkan dan isu perkauman tidak pernah timbul langsung. Tetapi apabila Anwar keluar dari penjara, dia telah mewujudkan satu suasana yang tidak aman, mengancam hubungan antara kaum, mengakibatkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi ekoran daripada ketidakyakinan pelabur dari luar.

Sesungguhnya kehadiran Anwar kedalam kancah politik negara sering menimbulkan huru-hara. Mari kita ingkap kembali sejarah;

Peristiwa Protes Mahasiswa 1974

Diketuai oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi pemimpin pelajar Universiti Malaya. Beliau telah mengakibatkan puluhan mahasiswa dibuang universiti dan terpaksa ditamatkan pengajian.

Tumbangkan Ghaffar Baba 1993

Anwar telah menumpaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghaffar Baba dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO, menyebabkan perpecahan yang ketara dalam UMNO. “Team Wawasan” ditubuhkan Anwar telah menguasai UMNO dan memecahbelahkan perpaduan dalam parti.

Reformasi 1998

Sesudah dipecat dari jawatan TPM oleh kerana sifat kerakusannya merebut jawatan, Anwar melancarkan reformasi besar-besaran, menggerakkan seluruh penyokongnya untuk memusnahkan Kuala Lumpur dan mendesak Perdana Menteri pada masa itu meletak jawatan. Anwar telah mengakibatkan ekonomi negara bertambah buruk oleh kerana kejatuhan minat pelabur asing untuk melabur di Malaysia, seterusnya mengakibatkan kedudukan FDI Malaysia jatuh dengan mendadak.

Lompat Parti 2008

Anwar sekali lagi memalukan Pakatan beliau setelah rancangan untuk “merasuah” ahli-ahli parlimen BN gagal. Bagaimanapun Anwar masih mampu menebalkan muka dengan 5 kali muncul dengan tarikh berbeza berkenaan dengan kemunculan kerajaannya yang baru. Bagaimanapun ia sama sekali gagal. Anwar telah sekali lagi merugikan negara, ekoran daripada tindakan beliau mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi negara.
Jadi fahamlah saya mengapa anda terlalu marah dengan Anwar. Benar kata anda, Anwar telah banyak menimbulkan masalah kepada negara. Kalau Karpal pun tahu bertaubat, Anwar masih tak fahamkah?

Written by Dr.Sid
February 9, 2009 at 10:50 am

3 comments:

  1. Assalamualaikum Brader,

    From : Penghuni Gua Junior - Ganu

    Semakin bernas blog anda dalam menyedarkan mereka yang berkecimpung dalam arena dan kancah politik negara. Syabas.

    Saya rasa Anuar tu kena sedar akan sumbangannya yang sentiasa mengeruhkan politik tanahair. Eloklah beliau mengikuti jejak Dr Chandra Muzafar. Insaf dan kembalilah menjadi orang yang sentiasa mencintai keamanan bagi bumi tanah melayu.

    Karpal Singh didapati telah membuka pekong orang yang selama ini disanjung oleh pembangkang. Syabas Y.A. ( Yang Antam) Karpal Singh.......

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASEH ATAS KOMEN ANDA. INI MENAIKKAN SEMANGAT SAYA UBTUK TERUS MENULIS BAGI MENYELAMATKAN NEGARA TERCINTA SAYA WALAUPUNBAKAL DI MAKI HAMUN OLEH MEREKA YANG TAK BERTANGGUNG JAWAB. TQ

    ReplyDelete
  3. Buto laa Siddiq.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR