FOLLOWERS

Friday 20 February 2009

Salah guna kuasa: MB Selangor akan didakwa



UTUSAN MALAYSIA ( TERKINI )
20/02/2009 11:39am


PULAU PINANG 20 Feb. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan penyelenggaraan kereta mewah dan pembelian lembu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung kes itu dan kertas siasatan telah siap dan akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat. - Utusan


Penghuni Gua : Dari segi undang-undaang memang salah tindakan MB ini membaiki kerosakan kereta sendiri menggunakan duit kerajaan. Menurut MB ini kereta tersebut telah dijadikan keret rasminya. Jadi boleh lah dibaiki dengan duit kerajaan. Mana boleh Dato macam tu. Kalau ada surat serah menyerah kereta tersebut untuk dijadikan kereta rasmi Dato.; Dato akan selamat. kalau tak ada surat tersebut maknanya padamlah masa depan Dato.


Kepada semua pegawai kerajaan : terutama berjawatan JUSA dan ke atas, jika tidak sesuai/selesa menaiki kereta yang disediakan kerajaan, dan lebih selesa menggunakan kereta sendiri dalam tugas rasmi, cara yang sah dari segi undang-undang ialah tulis surat kepada SUK ( kalau dalam kes Dato MB Selangor ) dengan menerangkan bahawa beliau ingin menyerahkan kereta lexus beliau kepada kerajaan negeri bagi kegunaan rasminya. jadi SUK boleh mengambil tindakan lanjut dengan mengistiharkan kereta yang didermakan oleh MB itu sebagai harta kerajaan dan memasukkan kereta berkenaan sebagai HARTA MODAL kerajaan dan didaftarkan.

Jadi segala perbelanjaan dan pembaikan dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan. selepas 16 bulan dipakai secara rasmi dan Dato Khalid tidak lagi menjadi MB Selangor, maka kenderaan tersebut boleh dipohon semula secara belian balik dengan harga yang ditetapkan oleh perbendaharaan, maka bolehlah ia menggunkakanya semula secara persendirian. Tidak boleh diambil balik begitu sahaja selepas berhenti kerja. selalunya mereka akan ditawarkan oleh kerajaan dengan harga yang minima sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka , kereta yang terakhir yang digunakan oleh mereka atau dalam kes ini oleh MB Selangor.


Dengan lain perkataan, dari awal lagi penghuni Gua sudah yakin, bahawa memang MB Selangor akan didakwa. Ini kes terus. Tida memerlukan rujukan undang-undang. Iaitu tuntutan palsu.

1 comment:

  1. salam,

    Semua org tau MB khalid cuba nk tegak kan benang yg basah..
    sampai kan beliau sendiri tertangkap basah
    kesian..kesiann

    ReplyDelete

PETA PELAYAR