FOLLOWERS

Saturday 28 February 2009

SEMUANYA KING : MEE BODOH KING DAN ROTI CANAI KING




Jam 830 pagi tadi Penghuni Gua sekeluarga menjamu selera di Tengkera Melaka dengan hidangan Mee Bodoh King . Wowwwwww. Pekena 2 pinggan Mee Bodoh King dan 2 telur mata kerbau serta 2 gelas teh tarik. Wowwwww. Menyelerakan sekali. Macam biasa, orang berpusu-pusu datang untuk menikmati mee ini. Dari awal tahun 1986 semasa mula-mula Penghuni Gua Datang bekerja di Melaka ( masa bujang ) gerai ini baru 2 bulan dibuka . Pada masa tersebut gerai ini hanyalah berbentuk gerai kereta sorong sahaja. Pada masa sekarang ia dan dinaiktaraf dari segi gerai, kerusinya. Yang tidak berubah ialah senduk/ sodeknya masih yang dulu. Dah jadi kentot / pendek dibahagian depannya , tapi masih digunakan oleh tuannya untuk menggoreng. Katanya senduk/sodek bertuah. Juga yang tak berubah ialah perkerjanya. Semuanya kekal orang lama cuma seorang dua budak baru. Adik dan abangnya yang bekerja sebagai guru pun berhenti jadi guru untuk menolong dan pekerja membantu gerai ini.
Juga semalam Penghuni Gua menjamu sarapan pagi di gerai Roti Canai King di Depan Masjid Bukit Beruang. Wowwwwww. Roti Canai dengan kuah kari dan sambal sotong ( sotong kulit kaki kata orang Terengganu- sotong besar ). Cuba le. Jika tidak anda menyesal. Jangan lupa, kunjungan anda ke Melaka tidak lengkap jika tidak berkunjung di kedua-dua gerai ini. Nikmatilah MEE BODOH KING DAN ROTI CANAI KING: GUNA NAMA BARU SEBAB RAMAI SANGAT NAK JADI KING.
Penghuni Gua : Lengkap lah majlis Hari jadi Isteri. Semua sihat dan berbahagia selalu.

3 comments:

  1. WAA...BEST LA..MAKAN MEE BODOH..
    NANTI NAA BALIK..NAK GI MKAN JUGA..
    DAH LAMA TAK MAKAN MEE BODOH..
    KAT KELANTAN NI MAKANAN TAK SEDAP..MANIS JE..
    NAK TELAN PON JADI GELI TEKAK..

    ReplyDelete
  2. padan muka. semalam pekena roti canai king dengan sotong. urghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

    ReplyDelete
  3. http://bodohmelayubodoh.blogspot.com/http://bodohmelayubodoh.blogspot.com/http://bodohmelayubodoh.blogspot.com/

    ReplyDelete

PETA PELAYAR