Berita TV 3 jam 1330
3 Feb 2009
3 Feb 2009
SPR memutuskan tiada pilihanraya kecil di dua DUN berkaitan surat perletakan jawatan yang didakwa dihantar oleh 2 ADUN PKR pada 2 FEB 2009. Memang dah dijangka dan pihak saya telah menulis sebelum itu.
Alasanya mudah . Surat tersebut yang dibuat selepas PRU ke 12 dibuat sebagai pengikat kepada semua MP dan ADUN PKR bagi memastikan mereka tidak melompat parti dan di tandatangani tanpa tarikh. Isunya mudah. Surat berkenaan akan dihantar ke speaker dimana-mana negeri sekiranya ada MP dan ADUN PKR yang melompat parti. Isi surat menyatakan bahawa jika mana-mana ADUN dan MP PKR yang melompat parti maka mereka akan dikira meletak jawatan dan satu piliharaya kecil akan diadakan.
Dengan lain perkataan, jika mereka mengistiharkan keluar dari PKR maka ia dikira meletak jawatan. Masalahnya kedua-dua ADUN ini tidak pernah mengistiharkan diri keluar PKR c uma mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi. Apa alasan boleh difikir sendiri. Jadi mereka berdua melanggar syarat di dalam surat akuan berkenaan. Cuma disebabkan kecetekan ilmu speaker dewan Perak disamping bimbang kehilangan kedudukan masing-masing jika sekiranya berlaku pertukaran kerajaan maka tanpa berfikir panjang telah menghantar surat berkenaan kepada SPR mengistihar kekosongan kedua kerusi DUN berkenaan. Jadfi apa isunya. Kedua exco ini tidak melanggar apa-apa syarat.
Keduanya, kedua exco ini mengakui bahawa mereka menandatangani surat akuan berkenaan tanpa tarikh. Cuba lihat adakah surat yang dihantar kepada speaker yang didakwa surat perletakkan jawatan itu mempunyai tarikh atau tidak. Jika tidak mempunyai tarikh, maka dangkal sangat lah fikiran speaker tersebut dengan menggunakan surat tanpa tarikh ini yang dilampirkan kepada SPR bagi istihar kekosongan kerusi. Surat resmi misti ada tarikh. Juga sekiranya surat tersebut mempunyai tarikh maka kedua-dua ADUN ini atau wakilnya perlu membuat lapuran polis tentang pemalsuan surat berkenaan dan bagi mengetahui siapa yang menghantar surat berkenaan kepada speaker dan bagi mengetahui siapa yang menuliskan tarikh di atas surat berkenaan. Jadi ini pemalsuan dokumen dalam bahasa yang muda. Satu kesalahan dari kanun keseksaan.
Jadi sebagai kerajaan yang sah mentadbir kerajaan negeri dan dikatakan cekap, sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Bagaimana hendak merancang dan membuat perancangan yang lebih strategik untuk pembangunan negeri Perak jika perkara-perkara remeh begini boleh terlepas pandang.
Pokok yang utama mengapa ini berlaku kerana tidak ikhlas dalam tugas. Itu aje. Semuanya mempunyai kepentingan. Jadi tanggunglah malu kepada semua rakyat, lebih-lebih lagi kepada penyokong sendiri. Cakap-cakap aje berdegar-degar, punggung sendiri bersepai najisnya.
Bagi PKR yang didakwa lebih demokrasi dan telus rupanya lebih teruk dari mana-mana parti politik di dunia ini. Kalau betul demokratik, apa perlunya surat akuan tanpa tarikh tersebut. Ini lah yang dinamakan ugutan secara lembut tapi amat berkesan yang digunakan. Jika tidak timbul isu dua exco ini, alangkah nampak sempurnanya PKR dari segi demokrasinya berbanding dengan parti politik yang lain. RUPENYE ..........................FIKIR LE SENDIRI. DI NEGARA HAITI DAN SOMALIA SERTA DI PELESTIN DAN MALDIVES PUN TAK PERNAH DIBUAT SURAT IKATAN SEDEMIKIAN. SELEKEHNYA. ISLAM PUN TAK AJAR MACAM TU. ... BROTHER. INILAH YANG DIKATAKAN DEMOKRASI TERPIMPIN . P. RAMLEE PERNAH CAKAP DULU.......BERTAPA LE ANDA DALAM GUA YANG DIBINA SENDIRI. Saya penghuni gua memang bertapa di gua tapi masih ada komputer riba dgn broadband sekali. Dapat pulak tu line nya walaupun jauh di dalam gua. Jadi tahu le juga dunia luar sikit-sikit berbanding speaker tu...
No comments:
Post a Comment