UTUSAN MALAYSIA 2 FEB 2009
Menteri Besar Perak pagi semalam meminta dua ahli Exco, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi menyatakan pendirian selepas mereka menghilangkan diri sejak 26 Januari. Kira-kira 6.15 petang, Speaker Perak mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan peletakan jawatan ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang itu. Kira-kira 9 malam, kedua-dua wakil rakyat itu menafikan menghantar surat meletak jawatan. Kira-kira 11 malam, difahamkan, Timbalan Speaker Perak akan menyertai MCA. Bagaimanapun, MCA menafikannya. Bekas Menteri Besar, Mohd. Tajol Rosli Ghazali dikatakan akan menghadap Sultan Perak hari ini.
NOTA BLOGGER : ITULAH PERAK. NEGERI DATO MAHARAJA LELA. Nampak tenang tapi gelora. Dato Speaker pun kalut sangat nak istihar pilihanraya kecil di dua DUN. Panas kot. Periksa betul-betul surat tersebut. Telipon le dulu dua ADUN ni. Surat siapa-siapa boleh buat. Tak kan itu nak diajar. Nak jadi pemerintah macamana kalau cetek sangat dari segi sepak terajang politik. Surat-surat sebegini biasalah cara blackmail paling mudah. Tidak pun mereka tahu Dato Speaker terlalu cetek pengetahuannya. he he he he he
No comments:
Post a Comment