FOLLOWERS

Thursday 26 February 2009

TOL : HAPUS ! NAIK ! KAJI BALIK ?



Sepanjang minggu ini berita gembira dikhabarkan berkaitan penghapusan kutipan tol dibeberapa tempat di Kuala Lumpur. Semalam, Menteri kerjaraya , Dato Mohd Zin pula mengumumkan kenaikan kadar tol dibeberapa laluan termasuk lebuh Raya PLUS. Hari ini pula ( 26 feb 2009 ) PM pula mengarahkan kabinet mengkaji semula kadar tol yang dinaikkan semalam. Menurut PM, ia akan dibawa kedalam mesyuarat kabinet esok. Aduh............mana satu nak buat ni. Pening kabinet memikirkannya. Minggu lepas kabinet yang bincang dan bersetuju menaikkan kadar tol dan kemudian diumumkan oleh Menteri Kerja Raya. Esok kabinet nak kaji semula kadar yang dinaikkan semalam.


Apa cerita ni. Tak sampai seminggu boleh berubah keputusan. Sebelum ini kabinet tak kaji dahulu kah kesan kenaikan tol ini pada rakyat. Kalau kabinet tak bincang kesan kenaikan tol pada rakyat pada mesyuarat kabinet minggu lepas, maknanya membazir aje le mesyuarat kabinet yang di adakan. Ini esok kabinet yang sama juga yang meeting nak turunkan semula kadar tol. Sat perkara, 2 kali kerja. Tak ke membazir namanya tu. Kalau sekali imbas , nampaknya sistem penyampaian kabinet tak berkesan dan tidak begitu baik.


Ini berlawanan dari seruan kerajaan agar perbaiki sistem penyampaian. Inilah diantara perkara yang menampakkan kelemahan kerajaan di mata rakyat. selepas ini, kabinet perlu memikirkan dengan baik dan mengkaji semua aspek sebelum membuat keputusan. Bagi kami Blogger ini dah letih dalam mempertahankan kerajaan. Kadangkala patah semangat kami dengan tindakan dan keputusan kerajaan sebegini.


Penghuni Gua : Jalan kaki dan naik kuda aje. Tak kena tol. Paling kuat melecet kaki dan melecet peha.

1 comment:

PETA PELAYAR