FOLLOWERS

Thursday, 7 May 2009

SIDANG DUN PERAK 2 : SAMBUNGAN KEJADIAN



TAMBI SIVA MULA DIHERET DAN DIHALAU KELUAR


2.59 petang: Ganesan kini duduk di tempat Speaker dewan dan minta ahli dewan bertenang. Beberapa Adun pembangkang masih cuba halang tapi dikawal polis.

2.44 petang: Suasana terus tegang dalam Dewan. Adun pembangkang terus berkumpul di tempat Speaker

2.39 petang: Bentara Dewan cuba bawa Sivakumar keluar dewan, tapi cuba dihalang Adun pembangkang sehingga berlaku tolak menolak termasuk dengan anggota polis.

2.43 petang: Sivakumar dibawa anggota keselamatan keluar dewan



3.07 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, buat usul sidang diteruskan dan untuk titah perasmian Raja Dr Nazrin Shah. Tapi Adun pembangkang terus membuat bising dan tidak duduk di tempat masing-masing.

3.11 petang: Speaker, Ganesan keluar dewan untuk menjemput Raja Dr Nazrin Shah masuk dan rasmi sidang Dewan.

3.15pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah masuk ke dewan untuk majlis pembukaan persidangan DUN.

3.20 petang: Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, memasuki dewan dan sedang sampaikan titah perasmian.


3.25 pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN. Baginda kemudian bertitah kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan).
Mohamad Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing.

3.31 petang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Adun pembangkang mengadu sesuatu kepada Raja Dr Nazrin sebelum baginda bertitah. Nizar kemudian minta semua Adun pembangkang duduk. Baginda kemudian titah polis keluar Dewan.


3.47pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam.Baginda menyentuh pakej rangsangan ekonomi tetapi tidak mengulas isu-isu politik.


4.00 pm Pemimpin PKR Tian Chua ditahan polis di belakang bangunan sekretariat kerajaan Perak sewaktu cuba menyambut kehadiran wakil-wakil rakyat Pakatan yang akan keluar dewan selepas perasmian sebentar tadi.

4.01 petang: Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, selesai sampaikan titah perasmian. Dewan berhenti rehat 15 minit bagi mengiringi keberangkatan pulang baginda.

4.12 petang: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguh ke satu tarikh ditetapkan nanti. Usul oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan diluluskan Ganesan walaupun dibantah Adun pembangkang.

Penghuni Gua : Tamat sudah satu episod yang mendebarkan. Pembangkang cuba membawa ke masa tambahan agar sidang DUN gagal berlangsung pada hari ini. Sebab itu mereka buat kecoh agar sidang gagal diperkenan sempurnakan perasmiannya oleh DYMM Raja Nazrin.Jika sidang tak dapat diadakan pada hari ini maka DUN terpaksa dibubarkan kerana tidak bersidang lebih dari 6 bulan. Inilah strategi mereka. Jahanam Si tambi ini yang telah menghina DYMM sehingga DYMM terpaksa bersemayam di pejabat / bilik Di Raja DUn Perak selama hampir 6 jam.

Kerana Jahanam Siva ini juga, yang tidak pernah terjadi dalam sejarah di mana-mana negara pun, di mana DYMM Raja-Raja terpaksa menunggu rakyat. Di Mana mereka belajar ini. Jika di Thailand pun dah lama belayar Jahanam ni.

Dalam dewan , dititah oleh DYMM agar duduk baru lah penderhaka Nizar ini duduk dan mengarahkan pula pembangkang lain yang tidak beradap ini duduk. Sesuatu perlu dibuat bagi mreka pengajaran bahawa di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Kesabaran kami semua sudah hampir ke hadnya.

Sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan Malaysia dan penguatkuasa agar penghinaan pada Institusi ini dapat dihentikan segera . Kuatkuasa segala undang-undang yang ada. Kita sudah cukup dan sempurna undang-undangnya. Ada hampir 800 lebih akta dan undang-undang serta ordinan di negara ini. Nak kuatkuasakan atau tidak aje.

Inilah jadinya jika kita dan pihak bertanggungjawab tidak menguatkuasakan dengan tegas dari awal.

Disamping itu, kepada kerajaan, jangan ulangi lagi memburuk dan mendedahkan keburukan PDRM seperti dibawah pemerintahan lalu. Cukup lah. Ini penguatkuasa utama negara. Nak melumpuhkan kerajaan ialah dengan melumpuhkan PDRM. Sebab itu bila ditubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan oleh PM dahulu, inilah yang menjadi permulaan kejatuhan kerajaan. Memburuk PDRM oleh kerajaan terdahulu akhirnya telah melemahkan dan menjatuhkan kerajaan dan kerajaan kurang dihormati lagi.

Pukul anak biar di dalam rumah. Terutama anak sulung yang menjaga ketuanan negara ini. Jangan terjadi lagi peristiwa menelanjangi PDRM oleh Pemmimpin kerajaan sendiri. Jangan.

Jika masih dilakukan , saya percaya kerajaan BN hanya tinggal nama tanpa batu nesan lagi.

1 comment:

  1. Kami amat setuju menyokong amaran keras dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Bun Tun Hussien, supaya tidak memilih bulu diambil tindakan tegas terhadap mana pihak yang melanggar undang-undang, apatah lagi melaggar titah Tuanku Sultan Perak yang menyingkirkan bekas MB Nizar dan kegegilan bekas Speaker DUN Perak Mr.Siva Kumar seolah dia lebih berkuasa dari Kuasa mengatasi Undang-Undnag Tubuh Negeri Perak sejak awal lagi masalah DUN Perak berlakunya Siva kumar enggan lepas jawatan melampau batas menjejaskan ketenteraman awam telah menyusahkan pihak keselamatan terutamanya pihak Polis bertungkus rumus menjaga ketenteraman awam dan keselamatan rakyat. Saya mohon jangan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak menghormati undang-undang negara ini.
    Dari Rakyat Perihatin.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR