FOLLOWERS

Thursday, 7 May 2009

MENGHINA MAHKAMAH : LAPURAN POLIS KEPADA ALGOJO SIVA


Malaysiakini

Laporan polis terhadap Sivakumar
May 7, 09 1:01pm

..........................................Beliau mendakwa tindakan Sivakumar itu sebagai menghina mahkamah.

Dalam laporan polisnya, Saiful Adli berkata, pada jam 10.20 pagi tadi beliau berada di luar bangunan SUK Perak dan menerima SMS berita dari akhbar the Star yang berbunyi: "7/5 Sidang DUN Perak: Speaker DUN arah MB Perak, 6 Exco dan 3 ADUN bebas keluar dewan sebelum dirasmi Raja Muda Perak/MStar". Berita lanjut : KLIK


Berikutan itu, katanya, beliau membuat laporan polis itu kerana mendakwa tindakan Speaker DUN Perak itu - V Sivakumar - telah menghalang perjalanan sidang DUN, menghina dan mengingkari keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 dan 16 April lalu.

Penghuni Gua : Bagus dan amat tepat tindakan naib ketua Pemuda Umno bahagian Teluk Intan, Saiful Adli Mohd Arshad yang membuat lapuran polis berkenaan. Memang tindakan algojo ( Penggantung ) ini ( Speaker yang paling banyak mengantung orang ) telah menghina mahkamah. Keputusan mahkamah adalah mengikat tindakan sesiapa jua termasuk Algojo Siva. Sepatutnya banyak lagi lapuran polis dibuat terhadapnya dengan tindakannya yang berbagai sepanjang krisis ini berlangsung.



Beri pengajaran sepenuhnya kepada algojo ini agar ia memahami apa itu undang-undang dan juga bagaimana hidup di bawah naugan DYMM Raja-Raja.
Kepada kerajaan, ambil tindakan keras yang lain yang boleh mententeramkan keadaan ini. Rakyat sudah rimas mengenai ini. Jika dibiarkan berlarutan , kerajaan akan dianggap lemah dan takugt.


Ini akan memberikan isyarat yang salah kepada rakyat. Juga ini akan melemahkan semangat penyokong kerajaan ( 75 % orang Melayu yang telah mengundi BN ). Ambil tindakan keras yang lain hatta mengistiharkan darurat dan paling tidak pun gunakan akta pencegahan seperti ISA sepenuhnya. Melayan mereka ini tak akan berkesudahan.


Sebab , mereka hanya bercakap dan hanya pandai mengkritik dan memfitnah. Jadi ambil tindakan tegas walaupun ia tidak popular pada segelintir orang. Lihat zaman Tun Mahathir, masa berlembut , ya belaiu berlembut. Jika perlu tindakan keras belaiu akan ambil. Hasilnya pembangunan negara terus berjalan tanpa gangguan. Negara aman.


Segerakan tindakan.

Selain itu PG nak sentuh juga beberapa perkara lain yang mungkin berkaitan dengan isu ini secara tidak langsung. Iaitu mengenai Kementerian Penerangan.


Kepada kementerian Penerangan : Perbanyakkan penerangan mengenai isu ini dari perpektif yang betul seperti mana pernah dibuat oleh Dato seri Dr Rais Yatim semasa Menteri Luar yang bercakap mengenai Isu ini di RTM.

Juga bertegas dengan semua penerbitan dan stesen TV yang lain agar mengutamakan kepentingan negera dari hanya menyiarkan perkara yang merosakkan. Kemeterian Penerangan adalah satu " TOOL " yang penting dalam meredakan isu ini. Kementerian ini boleh lebih kehadapan dalam memberikan kefahaman kepada rakyat mengenai isu semasa.


Cukup le dengan rancangan tak berfaedah seperti drama melayu yang tak berkualiti disiarkan. Buat rancangan yang membentuk pemikiran rakyat. Ini peranan sebenar Kementerian ini.

2 comments:

  1. Setuju. Kerajaan BN tak perlu bagi muka pada pengacau agenda negara. Jika layan diorang, rakyat jelata yang tak tau apa-apa teraniaya.

    ReplyDelete
  2. Rimau Teganu : Agaknya zaman dulu mereka yang derhaka kepada Sultan atau Raja dah lama kena ... dan dibuang negeri jajahan takluk... Sekarang dah nampak ada juga baka mereka yang derhaka dengan membuta tuli semakin membiak....Yang sedihnya melayu juga yang derhaka kepada Sultan....Tak sedar mereka digunakan bagi mencapai agenda golongan tertentu. Jangan bagi bumi Tanah Melayu kita terus dihina oleh kaum pendatang....Mereka harus sedar asal usul. Dan melayu lah yang menerima mereka................

    ReplyDelete

PETA PELAYAR