Utusan Malaysia
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika itu berlaku, Malaysia akan mengatasinya dengan cara yang baik bagi menjaga hubungan diplomatik dengan Sri Lanka.
LTTE, kumpulan pemisah yang berjuang bagi penubuhan sebuah wilayah Tamil di Sri Lanka, kini menghadapi tindakan balas oleh kerajaan negara itu.
Ahmad Zahid berkata, sekiranya Prabhakaran lari ke Malaysia, Kementerian Luar akan
menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia mengenai perkara itu.
“Kerajaan tidak mengamalkan dasar campur tangan dengan hal ehwal politik negara luar,” katanya. – BERNAMA
Penghuni Gua : Penghuni Gua sudah menerangkan sebelum ini bahawa kerajaan perlu memerhatikan dengan lebih dekat isu ini. Kemungkinan Pemimpin LTTE ini memasuki Malaysia memang besar kerana pendokong kuatnya ada di Utara negara ini. Ia seorang pemimpin utama sebuah kerajaan di Utara Semenanjung dan amat berpengaruh.
Jadi awasi mereka ini dan ambil tindakan keras kepada pendokongnya juga. Jika tidak berbagai perkara buruk akan berlaku. Jangan benarkan mana-mana pemimpin dan tentera LTTE dari sebarang pangkat dibenakan memasuki negara ini. Ini dalam jangka panjang akan mempengaruhi sebahagian rakyat di negara ini untuk mengambil contoh perjuangan yang sama bagi menuntut hak mereka.
Bunga-bunga perjuangan yang hampir serupa sudah nampak contohnya sejak akhir-akhir ini. Ambil juga tindakan kepada rakyat Malaysia yang dikesan mengunjungi Utara Sri Lanka seperti mana kita mengambil tindakan kepada orang Melayu dan Islam yang mengunjungi Afghanistan dan akhirnya terlibat membantu Taliban. Akhirnya ia hampir tidak terkawal dan mereka mula mengganas dengan merompak bank-bank di Malaysia bagi membiayai gerekan perjuangan mereka.
Jadi sebelum terlambat, ambil segera tindakan yang lebih keras dan tegas dalam mengangani isu ini. Laman web / blog mereka yang mendokongnya di Malaysia ini boleh dilayari di : http://www.tamilnation.org/forum/ramasamy/index.htm. Lihat siapa pendokongnya di Malaysia dan tidak mustahil LTTE masuk ke sini melalui...........................................
No comments:
Post a Comment