FOLLOWERS

Friday, 8 May 2009

KRISIS PERAK : KOMEN AWANG SELAMAT


Utusan Malaysia
8 mei 2009


AMAT memalukan! Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa 'menunggu' sehingga petang untuk merasmikan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan pagi.

Ia berpunca daripada kecoh di dalam Dewan. Awang melihatnya kerana sikap enggan menerima realiti. Akibatnya ada anggota Dewan bertindak tidak realistik. Jadilah ia sesuatu yang tidak pernah terjadi di mana-mana DUN di negara kita.

Bagi Awang, masalah timbul apabila sekurang-kurangnya dua perkara asas tidak diambil perhatian sewajarnya.

Pertama, soal penghormatan kepada institusi Raja. Dan dalam kes ini ia melibatkan Raja Dr. Nazrin Shah.

Kedua, ada pihak tidak menghiraukan perintah mahkamah apabila penghakiman tidak memihak kepada mereka.

Kedua-dua perkara itu sebenarnya menyentuh penghayatan Rukun Negara yang sepatutnya menjadi pegangan semua warganegara lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang bergelar YB. Mereka sepatutnya menjadi teladan kepada rakyat.

Maka, perjalanan awal DUN itu umpama adegan dalam filem.

Awang - Malu.

1 comment:

  1. Persoalan yang masih belum menerima jawapannya......
    Selepas apa yang berlaku di DUN Perak, beberapa persoalan masih terawang-awang di pemikiran saya.................

    (1) Seperti yang kita sedia maklum, keputusan siapa Menteri Besar yang sah hanya akan di putuskan pada 11.05.09 @ isnin ini, persoalannya sekarang semasa persidangan tersebut bermula, siapakah menteri besar yang sah, Datuk Sri Nizar Jamaluddinkah atau Zambry Kadir ?

    (2) Setelah DUN Perak mula bersidang, Sivakumar adalah speaker yang sah, speaker telah mengarahkan supaya Zambry dan beberapa exconya serta 3 ekor berok yang melompat


    tersebut keluar dewan, persoalannya arahan tersebut tidak dipatuhi, bentara engggan mematuhi arahan speaker untuk mengeluarkan Zambry dan gengnya dari dewan tersebut.

    a- Apakah arahan speaker tersebut sah, jika sah, apakah kesannya terhadap Zambry & gengnya yang engkar terhadap arahan speaker tersebut ?

    b- Bentara dewan yang engkar mematuhi arahan speaker, apakah hukuman yang sepatut nya diterima oleh bentara tersebut ?

    (3) Jika arahan speaker diatas sah, apakah Zambry dan gengnya masih mempunyi majoriti di dewan ? jika tidak, macam mana dia boleh melantik speaker yang baru ?

    Setakat ini saya masih tercari-cari jawapannya dari akhbar dan laman-laman blog, namun tidak di temui..................apakah peguam-peguam handalan kita boleh memberikan jawapannya ?
    tolonglah .......916

    ReplyDelete

PETA PELAYAR