Agong perkenan Najib PM keenam
Apr 1, 09 7:39pm
Apr 1, 09 7:39pm
Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Seri Paduka telah memperkenankan majlis pelantikan Najib itu yang akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi. Berita lanjut : KLIK.
Penghuni Gua : Tahniah DS Najib. Semuga masa suram kerajaan dan parti anda akan berakhir. Tadbirlah Negara Malaysia ini dengan baik dan kerana Allah. Pedulikan mereka yang tidak pernah diam mengkritik anda. Ini adalah sifat dan sikap mereka. Siapa pun menjadi PM sekiranya bukan dari kalangan mereka akan dituduh dan difitnah dengan berbagai perkara. Allah sudah janjikan kepada mereka ini tempatnya. Jadi jangan layan kerenah mereka.
Jika kita ikhlas , Allah sentiasa disisi kita untuk membantu dan membimbing kita. Setiap orang ada masa silam masing-masing. Jadi lupakan yang lepas. Kita seharusnya memandang masa hadapan. Jadikan Malaysia sebuah negara yang maju dari semua segi.
Satu perkara yang tidak harus dilupa ialah gerakkan semula Wawasan 2020 seperti sebelumnya yang kelihatan sedikit perlahan dari segi perlaksanaannya sebelum ini. Juga , jangan lupa, mulakan semula pembinaan jambatan bengkok ( Gerbang selatan/ Gerbang Perdana ) di Johor Bharu. ini adalah maruah kita walaupun kita terpaksa membayar harga yang tinggi dari segi wangb dan sebagainya. Laksanakan segera.
Salamz...
ReplyDeletePerkara kedua yang dinanti-nantikan selepas perlantikan DS Najib sebagai PM adalah barisan ahli kabinetnya
kita tungguuuuu
hahahaha