FOLLOWERS

Tuesday 7 April 2009

MEMBACA AL QURAN : LIHAT JAWAPAN NGA KOR MING


Nga dakwa Nik Aziz kata tak salah baginya petik ayat Al-Quran
07/04/2009 3:36pm

IPOH 7 April — Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming hari ini mendakwa kononnya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahunya bahawa beliau boleh memetik ayat Al-Quran walaupun beliau bukan beragama Islam.

“Tok guru Nik Aziz sendiri telah menjelaskan kepada saya bahawa memetik ayat Quran tidak bersalah,” katanya kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas bantahan umat Islam ekoran tindakannya membaca ayat Al-Quran dalam satu ucapan di Bukit Gantang baru-baru ini.

Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Nga kerana disifatkan telah melampaui batas.

“Saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, cuba dihalang,” kata Nga. — Bernama


Penghuni Gua : Pandai pula menjawab Nga ni. Inilah kalau ada orang beragama berpolitik lebih dari usaha untuk menyebarkan agama. Mudah sangat dan terlalu liberal dalam segala hal bila melihat keuntungan politik kepada mereka. Membenarkan perkara yang tidak dibolehkan dalam agama. Ini jika dibiarkan akan memeberi isyarat salah kepada bukan islam untuk pergi lebih jauh lagi. Perkara lebih buruk akan berlaku lagi jika dibiarkan.


Penghuni Gua tidak salahkan Nga. tetapi penyokong-penyokong parti yang bertanggung jawab ( terdiri dari orang islam ) boleh bersorak dan bertepuk tangan mereka yang menggunaka agama ini ( walaupun bukan islam ) dan bersorak gembira. nak jadi apa ini. Dengan sorakan dan tepuk tangan kegembiraan penyokong-penyokong ini , ia memberi isyarat salah kepada Nga dan orang bukan islam lain bahawa islam membenarkan perbuatan ini. Selepas ini perkara lain pula mengenai islam akan disentuh dan dipermainkan.


Sebelum ini ada blog yang menuliskan bahawa menunaikan fardhu haji adalah satu permuatan yang sia-sia. jadi dengan membiarkan perbuatan Nga ini dan sebahagian orang agama yang berpolitik membenarkannya maka tidak mustahil akan berulang. Di Barat sudah ada mereka yang menghina islam lebih teruk dari ini termasuk menghina agama kristian dengan menjadikan wanita yang bertudung / mungkin juga paderi wanita kristian dijadikan objek mangkuk tandas ( lihat gambar ).


Inilah yang akan terjadi jika dibiarkan. Bukan salah jika memetik maksud ayat tetapi membaca ayat Quran dalam bentuk asal dengan pelat dan tak betul sebutannya tu yang salah. Nga mengatakan " beliau cuba nak mengenali islam dan memahami islam pun salah dan ia melahirkan rasa kesal " . Ini adalah kenyataan bodoh dari seorang yang berpelajaran. Anda bukan hendak memahami islam, tetapi menggunakan ayat Quran untuk kepentingan anda dan politik anda. Jangan nak bodohkan kami yang lain seperti mana anda bodohkan pengikut dan penyokong PAS dan PKR di Perak. Jangan menjawab lagi. Ia sudah melebihi had kesabaran jika dipanjangkan lagi. Anda tidak mengetahui islam, jadi jangan cuba nak bercakap tentang islam. DIAM. DIAM. DIAM.


Kepada semua orang beragama yang berpolitik, fikirkanlah tentang perkara -perkara ini. Yang tak boleh dan nampak tak elok jangan kata islam tida melarangnya. Mungkin tiada larangan dalam islam cara khusus mengenai ini. tetapi lihat kesan dan impak jangka panjang jika perkara ini dibenarkan. Berhentikalah berpolitik jika melibatkan agama. Munafik kita jadinya.


Penghuni Gua: Jauhkan Penghuni Gua dari sifat orang munafik. Yang benar katakan benar.

3 comments:

  1. Pemimpin-pemimpim PAS akan masuk syurga dengan Nga nanti.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Ada tatatertib untuk membaca ayat al Quraan.

    Setahu saya;

    Contoh : Orang perempuan yang berhadas besar (haid), dibolehkan membaca doa, ayat hafazan (cth; Ayat Qursi), ayat 3 Qul..dengan syarat kena niat berzikir.

    Setahu saya, pengkaji al Quran (non muslim) hanya menggunakan tafsir al Quraan (contoh; tafsir dalam bahasa Melayu) dalam pengkajiannya.

    Saya hanya risau.. dia (nga), menggunakan ayat Al Quraan hanya untuk menarik perhatian. Jika ini betul..makan ia boleh dianggap sebagai menghina Islam.

    Kenapa tidak Ustaz PAS sahaja yang membaca ayat2 tersebut.. Sebab itu bila nga baca, saya rasa janggal..

    Dan apa yang saya rasa pelik..kenapa dia tersalah mengatakan tentang Surah ayat tersebut, iaitu Surah yang tidak wujud dalam AL Quran.
    ..Nampak mcm dia xprepair betul2

    Semoga apa yang saya risaukan ini tidak betul..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  3. Bangsaaaaaaattttttt!!!
    Dorang nak kena tetak ke?
    kurang ajar,kurang ajar..
    SUDAH LA TU PAS.
    Jgn jd bangsat lg.
    BERSATU UMAT ISLAM!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR