Berita Harian
3 mac 2009
3 mac 2009
Reja Petra diperintah bayar RM1 juta kepada Bendahari Umno
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin membayar pampasan RM1 juta kepada Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi kerana menerbitkan artikel berbentuk fitnah. Keputusan itu dibuat Timbalan Penolong Pandaftar mahkamah, Nor Hartini Abdul Hamid di dalam kamar mahkamah.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin membayar pampasan RM1 juta kepada Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi kerana menerbitkan artikel berbentuk fitnah. Keputusan itu dibuat Timbalan Penolong Pandaftar mahkamah, Nor Hartini Abdul Hamid di dalam kamar mahkamah.
Penghuni Gua : WOW. WOW, WOW. Tahniah DS Abdul Azim kerana mendapat durian runtuh dan berjaya mengajar penulis blog ini yang amat suka menabur fitnah. Kepada yang lain ambil tindakan serupa kepada penulis blog dan penyebar fitnah yang lain. Dengan cara ini mereka lebih bertanggungjawab atas tulisan mereka. jangan hanya pandai membaling batu sembunyi tangan.
Satu kumpulan lagi Penghuni Gua merasakan punggung mereka dah mula panas dan kemetot semuannya. Nampak gaya pun dalam 2 minggu lepas nada dan cara penulisan mereka dah mula berlainan arah tuju. Tidannya buka main menfitnah orang. Contoh menuduh DS Najib terlibat dengan Atlantuya lah, pembelian kapal selam lah dan sebagainya. Nak tengok juga mereka ini menulis lagi dalam blog mereka mengenai ini.
Tapi nampak yang dah tulis pun dah mula " delete " post " masing-masing mengenai Atlantuya, kapal selam dan sebagainya. Buat le lagi . Takut ke ? Cakap berdegar-degar. Habuk pun tak ada. Inilah satu-satunya cara kalau kerajaan dan mereka yang difitnah ingin memberhentikan dan mengajar pemfitnah ini.
Buat lapuran segera jika difitnah dan failkan affidavit anda di mana-mana mahkamah untuk menghentikan penyiaran artikel ini. Nak buat akuan bersumpah / affidavit ni bukan susah sangat. RM 5. Kemudian buat injuksi untuk mendapatkan perintah interim bagi menghalang penyiaran sebarang artikel pemfitnah ini dari terus ditulis atau disiar.
Kemudian Cari le mana-mana peguam. Kalau kes fitnah ini memang menang punya. Peguam selalunya tak ambil duit pendahuluan. Selalunya mereka tolak 20-30 % dari hasil kemenangan saman fitnah ini. SELAMAT MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA PEMFITNAH-PEMFITNAH INI. BIAR MEREKA RASA.
memang boleh buat duit kan! aduh terlambat le pulak, banyak blog yang dah delete post depa. haru biru depa hari ini. dah le pm entah ke mana. bayangkan hari ini yang angkat sumpah orang lain. sedisnya hari ini... bagaikan tiada esok bagimu. kesian!!!
ReplyDelete