FOLLOWERS

Thursday 2 April 2009

PAS BOHONG BUKAN NIZAR : LIHAT PERLEMBAGAAN PAS !



Dipetik Dari Blog : Segalanya Mungkin

Nizar Tidak Bohong, PAS Yang Menipu Sejak 1951.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.

MENGIKUT satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951). Fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Semenjak ditubuhkan PAS sudah mempunyai 8 orang Presiden yang mendasari perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Jikalau berdasarkan 4 tujuan yang tersebut tanpa ada sebarang pindaan sejak 1951 hingga sekarang maka bekas MB Perak tidak berbohong ketika berbahas di dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika masih bergelar Menteri Besar, amat menarik kerana secara jelas Nizar mencabar supaya dibuktikan PAS hendak menubuhkan sebuah negara Islam. Berdasarkan rakaman tersebut, isu berkenaan dibangkitkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli yang menyatakan PAS kini sudah lari daripada matlamat asal mereka untuk menubuhkan Negara Islam.


Nizar yang mendengar kenyataan Tajol itu, bangun meminta penjelasan. “Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar. (agendadaily.com)

Nizar tidak berbohong. Pembohong paling besar adalah partinya sendiri yang memainkan isu-isu penubuhan sebuah negara Islam sebagai gimik menghadapai setiap kali pilihanraya. PAS hanya BERHASRAT untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Hasrat dan niat tidak salah tetapi janganlah ianya dijadikan polimik berpanjangan bagi menagih sokongan daripada pengikutnya yang taksub.

Apabila slogan 'Membangun Bersama Islam' yang menjadi moto pilihanraya 2004 bertukar kepada 'Negara Kebajikan' dalam pilihanraya 2008 ianya bukan sesuatu yang memeranjatkan. Anwar Ibrahim sendiri telah membuat kenyataan,“Isu negara Islam bukan lagi satu isu bagi PAS. Mereka tidak bercakap mengenainya atau membangkitkan isu ini sejak tiga tahun yang lalu. Saya tidak fikir ianya relevan untuk dibangkitkan sekarang," (Malaysiakini.com)

Kalau PAS boleh berbohong dengan penubuhan negara Islam tidak mustahil juga PAS berbohong mengenai perlaksanaan hukum Hudud. Bagi penyokong PAS yang boleh berikir terutama pengundi-pengundi di Bukit Gantang supaya jangan lah sampai ditipu sepanjang hayat. Bagi mereka yang suka berdemontrasi atau yang baring di atas jalanraya......udah-udahlah tu. Janganlah menjadi alat dan 'kambing hitam' kerana perjuangan kamu betul tetapi perjuangan kamu itu tidak ada pun tertulis di atas mana-mana dokumen sebagai bukti kejujuran pemimpin-pemimpin kamu. Sedarlah pemimpin -pemimpin kamu samalah dengan pemimpin-pemimpin politik yang lain. Sama busuk kentutnya iaitu perebutan untuk mendapatkan KUASA.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Posted by amirhamzah64 at 12:18 PM

7 comments:

  1. rang2 Pas ni dah mula goyang dengan kehilangan kuasa mereka...baru rasa setahun pegang jawatan memasing dah rasa seronok dan kemaruk...tidak sedar diri diperkudakan oleh bangsat PKR dan DAP...hala tuju perjuangan Pas yang dulu diorang cakap halal dan akan dibalas pahala sehingga balasan syurga pada pemikiran mereka telah menyimpang jauh tanpa disedari oleh mereka....mereka sanggup jual harga diri dengan menderhaka kepada Raja Melayu yang mana dijunjung sebagai pemimpin Islam dalam negara kita ini...mereka sanggup menggadaikan masa depan anak cucu dengan hanya mementingkan kuasa mereka sekarang...seburuk-buruk UMNO selama 52 tahun mendaulatkan maruah bangsa... sebaik-baik Pas sanggup memberikan hak yang lebih istimewa kepada bangsa lain yang hendak menghancurkan agama islam dan bangsa melayu....kalau PKR sibuk cakap tentang DS Najib dan Altantuya yang tidak ada bukti...sudah lupakah mereka tentang Anwar Ibrahim skandal dengan Norlaila satu ketika dulu yang ada bukti kukuh rakaman perbualannya...Guna akal untuk berfikir...tepuk dada tanya iman....

    ReplyDelete
  2. MENGIKUT satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951). Fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

    Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

    Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

    Semenjak ditubuhkan PAS sudah mempunyai 8 orang Presiden yang mendasari perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

    PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

    KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

    KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

    KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

    Jikalau berdasarkan 4 tujuan yang tersebut tanpa ada sebarang pindaan sejak 1951 hingga sekarang maka bekas MB Perak tidak berbohong ketika berbahas di dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika masih bergelar Menteri Besar, amat menarik kerana secara jelas Nizar mencabar supaya dibuktikan PAS hendak menubuhkan sebuah negara Islam. Berdasarkan rakaman tersebut, isu berkenaan dibangkitkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli yang menyatakan PAS kini sudah lari daripada matlamat asal mereka untuk menubuhkan Negara Islam.


    Nizar yang mendengar kenyataan Tajol itu, bangun meminta penjelasan. “Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar. (agendadaily.com)

    Nizar tidak berbohong. Pembohong paling besar adalah partinya sendiri yang memainkan isu-isu penubuhan sebuah negara Islam sebagai gimik menghadapai setiap kali pilihanraya. PAS hanya BERHASRAT untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Hasrat dan niat tidak salah tetapi janganlah ianya dijadikan polimik berpanjangan bagi menagih sokongan daripada pengikutnya yang taksub.

    Apabila slogan 'Membangun Bersama Islam' yang menjadi moto pilihanraya 2004 bertukar kepada 'Negara Kebajikan' dalam pilihanraya 2008 ianya bukan sesuatu yang memeranjatkan. Anwar Ibrahim sendiri telah membuat kenyataan,“Isu negara Islam bukan lagi satu isu bagi PAS. Mereka tidak bercakap mengenainya atau membangkitkan isu ini sejak tiga tahun yang lalu. Saya tidak fikir ianya relevan untuk dibangkitkan sekarang," (Malaysiakini.com)

    Kalau PAS boleh berbohong dengan penubuhan negara Islam tidak mustahil juga PAS berbohong mengenai perlaksanaan hukum Hudud. Bagi penyokong PAS yang boleh berikir terutama pengundi-pengundi di Bukit Gantang supaya jangan lah sampai ditipu sepanjang hayat. Bagi mereka yang suka berdemontrasi atau yang baring di atas jalanraya......udah-udahlah tu. Janganlah menjadi alat dan 'kambing hitam' kerana perjuangan kamu betul tetapi perjuangan kamu itu tidak ada pun tertulis di atas mana-mana dokumen sebagai bukti kejujuran pemimpin-pemimpin kamu. Sedarlah pemimpin -pemimpin kamu samalah dengan pemimpin-pemimpin politik yang lain. Sama busuk kentutnya iaitu perebutan untuk mendapatkan KUASA.

    ReplyDelete
  3. bodoh pnya BN...mcm mna PAS nk tubuhkan NEGARA ISLAM kalau x dapat kerjasama sepenuhnya...Yang BN pulak harus ker tggu PAS laksanakan NEGARA ISLAM??? knapa bukan BN shja yg buat???

    ReplyDelete
  4. Wahai pengundi2...undilah UMNO...sesungguhnya kami sajalah yang akan membela kamu semua, para pembangkang memang tak nak makan rasuah...

    Undilah UMNO sebab kami adalah jagoan kaum Melayu, jangan undi pembangkang yang mahu agar Sains dan Matematik diajar didalam Bahasa Melayu....

    Undilah UMNO sebab media kami kawal agar pro-BN dan bukannya seperti media pihak pembangkang yang kami dah berhentikan agar mereka tiada sumber berita

    Undilah UMNO sebab janji ANWAR nak turunkan harga minyak dalam debat sedangkan kami boleh naikkan harga 70 sen walaupun dah janji tak naikkan minyak tahun lepas....

    Undilah UMNO agar kami boleh naikkan harga tol setiap tahun sedangkan pihak pembangkang mahu ianya diberhentikan disebabkan perjanjian berat sebelah...

    Undilah UMNO agar kami boleh naikkan tarif air di Selangor sedangkan pihak pembangkang beria2 mahu berikan air percuma...

    Undilah UMNO agar kami boleh naikkan tarif elektrik walaupun harga minyak dah turun dan perjanjian dengan penjana tenaga bebas yang menguntungkan mereka dan membebankan rakyat.

    Rakyat Malaysia Boleh!!!

    ReplyDelete
  5. ini adalah pandangan cetek pemikiran anda. jgn pertikaikan sesuatu wadah utk Islam,

    ReplyDelete
  6. anda tender aje nama islam . buka anda pertahankannya. Merosakkan islam ada le. dulu kata sebab bersama mca dAN MIC , MAKA UMNO KAFIR.HABIS SEMBAHYANG 2 IMAM. HAI SEKARANG SIAP BERDAKAP DENGAN SIKAFIR PULAK. TAK TAKAFIR PULAK ANDA ZOOL. JADI LIHATLAH DIRI ANDA ZOOL/FOOL.jANGAN JUAL NAMA ISLAM.jANGAN LETAKKAN KESALAHAN PADA ORANG LAIN. LU FIKIR LE SENDIRI.

    ReplyDelete
  7. SEMALAM PUN HEBOH PAS TABOR FITNAH BAHAWA DYMM AGUNG TAK PERKENAN PERLANTIKAN DS NAJIB. BUKAN FITNAH KE TU. NAMA AJE ISLAM. MASUK NERAKA LA KAU ZOOL/FOOL SOKONG PEMBAWA FITNAH TU. INI MEMANG SAH FITNAH. KAU NAK KATA APA LAGI. LIHAT HARAKAH ONLINE SEMALAM. ADA BERITA TU. BUKAN FITNAH KE. ISLAM KE TU. JADI JANGAN NAK JUAL NAMA ISLAM LAH.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR