FOLLOWERS

Friday 3 April 2009

PETUALANG BANGSA : SIAPA ?



Dipetik dari Blog : Belantan.

Nota : Petikan ini dipinjam dari blog Belantan kerana Penghuni Gua mengalami kekangan masa untuk menulis kerana peperiksaan akhir tinggal lagi 19 hari termasuk 3 projek paper yang belum siap. Jadi dari dibiarkan kosong tanpa post baik dipinjam dari blog lain yang difikir bagus untuk tatapan kita semua dan juga untuk difikirkan. )





Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat.


Jika dilihat ayat al-Quran dan hadis ini dan dipadankan dengan beberapa janji yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap masyarakat, ternyata manusia munafik ini terlalu berkuasa dan rakus demi kepentingan politik mereka. Dalam manifesto Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990 butiran 3.3 ( c ) , Nik Aziz berikrar mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan Badan Hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan jika Pas menang dalam pilihan raya umum di Kelantan.


Sehingga kini badan yang bernama Hisbah itu hanya tinggal janji. Yang dipakai hanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu dibentuk oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional (BN). Pas juga berjanji beberapa enakmen akan dipinda ke arah lebih kepada kehendak Islam secara menyeluruh. Pas berjanji, “demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan pelantikan beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (dilantik) untuk mewakili kumpulan tertentu.”


Pas sudah memerintah Kelantan lebih 17 tahun. Sehingga ini, belum ada satu pun janjinya mengenai pindaan enakmen itu dibuatnya. Begitu juga janjinya untuk melantik beberapa Adun. Sudah beberapa kali menang pilihan raya, mana Adun yang dijanjikan itu? Adakah janji itu nak bawa ke dalam manifesto baru pula? Pas kutuk kerajaan BN kerana membenarkan pelbagai kegiatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam.


Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya. Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi.


Katanya, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk muslihat umum.


Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya (tentulah termasuk sama babi) bagi menmpung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?” DULU : “Pas hukum bahawa orang Islam menjadi kafir kerana berikat dengan orang kafir memerintah negara Oleh itu, orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan orang MCA dan MIC.


“Pas sedia bekerjasama dengan UMNO tapi dengan cara lain. Suruh UMNO tukar, terima Islam sebagai Aad-din. Syarat kita (untuk kerjasama ialah terima) Islam.” (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan – 4 Oktober 1996)


KINI : “Pas terima DAP dengan mudah walaupun parti itu terang-terang bukan-Islam. Kerana perlukan bantuan DAP dalam usaha memenangi pilihan raya, Pas sanggup menggugurkan slogan bagi menubuhkan negara Islam.


“Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia – 12 Mei 1999) Pas meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO.


Sebaliknya DAP yang letak syarat kepada Pas untuk gugurkan hasratnya menubuhkan negara Islam pun Pas boleh terima. Kenapa Pas berani dengan UMNO tapi penakut dengan DAP? Jadi di sini siapakah yang sebenarnya anti-Islam, pengkhianat bangsa, dalang yang bakal menghancurkan negara? Tak perlu toleh ke mana kerana jawapannya sudah jelas. Hanya mereka yang buta hati dan dangkal pemikiran sahaja yang tidak akan mahu mengakuinya.


Suara PolitikTaminsari



Dicatat oleh Taminsari di 12:31 PM


Penghuni Gua : Minta penulis dan penerbit Harakah daily online lihat TV 1 sekarang. Majlis perlantikan DS Najib sebagai PM di Istana Negara. Semalam mereka fitnah bahawa DYMM Sultan Mizan tak perkenan perlantikan DS Najib. Lihat skarang. Itulah fitnah terbaru mereka. Patut dan wajar sekali pengharaman akhbar berkenaan. Haram terus lagi baik dari digantung 3 bulan. Akhbar ini boleh merosakan pemikiran rakyat sahaja dan boleh menggalakkan budaya fitnah.


Suruh dan serulah penerbit dan penulis akhbar ini , buanglah kopiah dan serban di kepala tu kalau hari-hari asyik menabur fitnah. Tok Guru Nik Aziz ada bagitahu bahawa kalau yang berserban dan berjubah hisap rokok dianggap seperti LEMBU. Jadi lagi teruk daripada LEMBU le kalau berkopiah, berjubah dan berserban asyik menabur fitnah.


Fikirlah diluar kotak sikit.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR