FOLLOWERS

Thursday 2 April 2009

SURAT PAKATAN RAKYAT KEPADA DYMM SULTAN MIZAN



Pakatan Rakyat mohon YDP Agong tangguh pelantikan Najib
Harakahdaily Thu Apr 02, 09 4:13:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Pakatan Rakyat memohon limpah restu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar menangguhkan pelantikan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, yang dijadualkan jam 10 pagi esok.

Dalam surat yang dihantar ke Istana Negara, Pakatan Rakyat memohon YDP Agong membuat penangguhan itu supaya beliau disiasat dan dibersihkan terlebih dahulu daripada pelbagai tuduhan yang dihadapkan kepada Timbalan Perdana Menteri. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Apalah PR ni. Semua yang anda dakwa itu merupakan fitnah sahaja. Mana buktinya. Buktikan jangan hanya membuat dakwaan. Anda semua beragama dan kebanyakkannya ada pengetahuan undang-undang. Mana buktinya , sekurang-kurangnnya beri bukti Prima facie untuk polis memulakan siasatan.


Inilah jadinya kalau kita ini telah dibuatakan oleh Allah mata dan fikirannya. Mereka yang menuduh kalau mengikut islam, misti memberikan bukti. Ini asas utamanya. DSAI yang bercakap lebih tu, asyik menghalang pihak polis dan mahkamah untuk memperlambatkan kes nya yang telah tersedia buktinya. Yang dah tentu ada bukti yang akan dikemukakan oleh polis , anda cuba menghalang perbicaraannya. Yang tak tahu hujung cerita dan hanya fitnah kau orang minta letak jawatan atau ditangguhkan perlantikannya.


Yang baiknya dan sah akan ke mahkamah seperti DSAI tu, dia sendiri patut jadikan contoh untuk letak jawatan. Jangan pandai menuding jari pada orang lain tetapi diri sendiri lebih teruk. Nak bersumpah pun tak berani. Macam-macam alasan.


Jadi surat tersebut sepatutnya PR ambil dan tarik balik. Selepas ditarik balik surat tersebut ditukar alamat . Surat tersebut sepatutnya dialamatkan kepada DSAI ( ada kes mahkamah ) dan juga satu salinan hantar kepada YB fairos , Tim. Ketua Menteri Pulau Pinang yang sah telah ditangkap dan dituduh di mahkamah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR