FOLLOWERS

Thursday 29 April 2010

BUKA AJE STESEN TV SENDIRI !!!!




Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini darrpada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun.

Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kini sudah 2 orang penerbit TV membuat aduan mengenai stesen TV yang dikatakan menyekat usaha mereka dalam berkreativiti. 2 hari lepas, penerbit NTV7. KLIK

2. Jawapannya mudah aje. Kalau nak terbitkan rancangan mengikut selera penerbit dan mendapat kebebasan sepenuhnya dalam berkarya, buka aje saluran tv sendiri. Sudah kerja dengan syarikat , anda sepatutnya patuh kepada peraturan dan kehendak stesen TV yang menjadi tempat cari makan.

3. Stesen TV ini bukan harta benda kita yang boleh terbit sesuatu rancangan sesuka hati. Ia perlu difikirkan mengenai kepentingan masyarakat dan negara. Ikut kepala kita semuanya betul dan menyalahkan pihak stesen TV. Stesen TV ada matlamat dan hala tujunya. Bukan main hentam keromo aje. Banyak perhitungan terpaksa diambil kira.

4. Kepada dua penerbit tersebut, PG cadangkan mereka berdua ini , buka aje stesen TV sendiri kalau berhajat nak terbit rancangan mengikut selera mereka. Atau mereka kerja aje dengan Malaysiakini atau bekerja dengan PKR atau DAP atau menjadi setiausaha pemimpin politik tempat beliau mengadu hal tersebut. Kita tengok , boleh ke mereka ini berkarya dengan bebas atau memang kena patuhi kehendak PKR atau DAP atau pemimpin mereka.

5. Lihat ajelah, Harakah Daily, TV Selangor, Malaysiakini atau apa sahaja penerbitan pembangkang. Semua pekerja dan kakitangan mereka pun bekerja mengikut peraturan dan kehendak yang ditetapkan oleh majikan mereka. Boleh ke atau ade ke TV Selangor dan Harakah Daily atau Suara Keadilan yang mengkritik serta menghentam majikan mereka. Cuba penerbit atau wartawan mereka terbitkan berita atau rencana yang menghentam pemimpin mereka. Tak akan disiar pun. Lihatlah contoh di depan mata anda.

6. Kepada penerbit berkenaan: Buka aje stesen TV sendiri. Jangan dok bising-bising. Stesen TV tu bukan bapak kita punya..........................Habis cerita. Mana ada dalam dunia ini kebebasan mutlak. Mesti ada undang-undang dan peraturannya. Jangan cakaplah......Alam haiwan pun ada hiraki dan peraturannya.. Dirumah kita sendiri pun ada peraturanya. Bukan semua yang anak nak lakukan , bebas aje dia nak lakukan. Semuanya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan.

5 comments:

  1. kalaulah boleh bukak sendiri.. dah dekat 12 tahun PAS hantar surat rasmi mintak permit akhb ar harian yg bernama Purnama.. sampai sekarang tiada jawapan.. kalau ada tv sendiri.. dah lama umno mampos..

    ReplyDelete
  2. penakiri...kalau nak stesen tv sendiri,kena menang PRU lah.Bodohlah UMNO kalau luluskan..lu pikirla sendiri

    ReplyDelete
  3. Kalu PAS dan sekutunya memerintah Malaysia , dpt ke UMNO buat tv sendiri ? Sampai mampos PAS pun tak dapat !

    ReplyDelete
  4. pena kiri, ape??? pas nak bukak stesen sendiri??.. bukak kandang babi leh lah...

    ReplyDelete
  5. Tak semua perkara perlu didedahkan. Adakalanya, elok dibincangkan secara tertutup. Mahkamahpun jika perlu, bicara dibuat tertutup. Ini agenda negara atau agenda pihak ketiga?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR