FOLLOWERS

Thursday 8 April 2010

HARBEAS CORPUS BENJEY : BUANG MASA AJE KAK YAN !






KUALA LUMPUR 8 April - Peguam Benjey, Amer Hamzah Arshad hari ini memfailkan writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk mendapatkan perintah supaya anak guamnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim dibebaskan serta merta.Benjey yang kini ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 selaku pemohon memohon perisytiharan bahawa penangkapan dan penahanannya adalah tidak sah, salah dan bersifat berniat jahat.Amer Hamzah bersama ibu Benjey, seniwati Azean Irdawaty hadir di Pejabat Pendaftaran Jenayah mahkamah tersebut pada pukul 12.15 tengah hari. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sedih dan kesian juga membaca kisah anak Azean Irdawaty ini. Anaknya ditahan di bawah Akta dadah merbahaya 1983 ( langkah-langkah pencegahan khas ). Penahanan ini untuk tempoh 60 hari dan setelah diperakui oleh lembaga penasihat, kemungkinan besar Benjey akan ditahan di pusat tahanan Simpang Renggam, Johor untuk tempoh paling minimanya 2 tahun atas arahan Menteri Dalam Negeri.

2. Pada pandangan PG, buang masa aje , Kak Yan membuat permohonan Harbeas corpus di atas. Ini permohonan ini hanyalah bersifat teknikal iaitu peguam hanya boleh pertikai dari segi prosedur tahanan dan perkara-perkara yang berkaitan teknikal sahaja.

3. Sekiranya mahkamah menerima dan membenarkan permohonan Kak Yan ini , dan Benjey kemudiannya dibebaskan, pihak berkuasa akan menahannnya semula di bawah seksyen dan akta yang sama untuk tempoh masa tertentu yang juga tidak kurang dari 2 tahun.

4. Perbicaraan bagi harbeas corpus ini akan memakan masa yang lama. Dalam tempoh tersebut sehingga selesai permohonan harbeas corpus ini mungkin setahun atau lebih yang bermakna Benjey sudah pun menjalani tahanan di Simpang Renggam Johor dengan tempoh setahun atau lebih. Jadi sekiranya mahkamah benarkan permohonan ini dan Benjey kemudiannya dibebaskan, polis akan menangkap dan menahannya semula ( dengan membetulkan semula apa yang cacat seperti yang didedahkan dimahkamah yang menyebabkannya dibebaskan ) dan menjalani semula ( dari awal ) tahanan di Simpang Renggam untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi. ( 2 tahun yang baru dan bukan baki sebelum dibebaskan ). Begitulah ianya akan berulang sekiranya permohonan harbeas corpus yang baru akan dibuat pula. Pusingan ini terus berjalan.

5. Jadi, apa yang PG nak sampaikan, sekiranya permohonan harbeas corpus ini tidak dibuat mungkin Benjey hanya ditahan untuk tempoh 2 tahun sahaja. Tetapi dengan permohonan harbeas corpus ini dibuat maka dengan proses perbicaraan dan tempoh tahanan yang berjalan, maka ia sudah menjadi 3 atau 4 tahun atau lebih.

6. Jadi kepada Kak Yan, PG nasihatkan tak payahlah buat harbeas corpus. Memang ini hak tahanan atau hak anda dari segi undang-undang untuk melakukannnya. Tetapi pihak berkuasa juga di bawah akta ini akan membuat tindakan seperti yang saya sebutkan tadi dan ini akan menyebabkan tahanan Benjey secara teknikalnya akan lebih panjang. Benjey dan Kak yang yang rugi dan sudah.

7. Terimalah apa yang ada dan akuilah keterlibatan Benjey dengan dadah. Bukannya hukuman mati pun. Tahanan pencegahan aje. Polis tak menginaya Benjey pun. Buang masa dan duit sahaja dengan membuat harbeas corpus.

8. Itu pandangan PGlah. Hak memang hak dari segi undang-undang. Tetapi kita kena lihat untung rugi dan masa depan Benjey. Janganlah dipanjangkan lagi kes ini. Bukalah lembaran baru. Hidup mesti diteruskan.

12 comments:

  1. Nak tanya, peguam Kak Yan tu tak tahu ke birokrasi macam ni ?

    Peguam sepatutnya memberi nasihat selengkap mungkin supaya client dapat membuat keputusan yg bijak.

    Siapa tk bijak disini ?

    ReplyDelete
  2. Peguam ni nampaknya nak cari makan saja.
    Nasihat yg terbaik adalah Kak Yan mengupah Karpal Singh peguam pakar dlm kes2 dadah!

    ReplyDelete
  3. betul pandangan PG, janganlah terlalu mempertikaikan sistem, semua orang jadi susah kerana kita. Kepada Kak Yan sekarang perlukan kesabaran dan try to damage contol the situation

    ReplyDelete
  4. Salam Anon,

    Rasa2 peguam tu mungkin dah nasihat Kak Yan. Kak Yan aje yg mungkin nak cuba nasib. Kalo peguam tu tarik diri nampak sgt tak pro, so dia teruskan jugak. Peluang nak menang tu agak tipis.

    Buat Kak Yan, jgn buang duit la. Duit tu belikan kitab2 agama bagi Benjey baca kat dalam tu.

    Si mamat Benjey ni pun kalo nak hidup senang cari la jalan lain. Nasib baik ko kena cekup skrg, kalo tidak dadah tu ko tolak kat budak Melayu. Lama2 pupus org Melayu...

    ReplyDelete
  5. Minta maaf,nak tanya sikit bro PG,soalan naif pasal undang2 ni.Kenapa benjy tak didakwa atas akta 39B yg membawa hukuman mati,sedangkan dia ditahan kerana memiliki jumlah dadah yg begitu banyak siap dgn makmal lagi.Kenapa cuma ditahan atas akta pencegahan yg ringan saja.Ini saya keliru sikit.

    ReplyDelete
  6. Nak cari peguam yg anu bukan senang..

    ReplyDelete
  7. Betul kata PG tu Kak Yan...jgn buang masa.
    Klu anak saya terlibat kes mcm ni,wlu syg saya mcm mana pun pada dia..saya akn biar dia jalani hukuman.Supaya dia tahu akibat perbuatan dia sdri.Terlibat dadah diperingkat mcm ni,sama mcm jadi 'pembunuh'.Fikir fikirlah...

    ReplyDelete
  8. kak yan ni terlalu nak menegak benang basah....patut dah bersyukur benjy kena tahan bawah akta pencegahan khas. walhal klu ikutkan dah patut kena akta hukum mati mandatori.

    dengar citer, sengaja (atas tujuan nak tolong) polis declare serbuk tu bukan dadah...sebab belum diproses utk dijadikan dadah...logiknya apa ke jadah pg simpan benda alah tu kat umah...siap ada nota cara nak buat dadah...dengan peralatan lengkap...klu bukan nak buat dadah.....budak sekolah pun tahu la kakyan...

    elok kak yan diam jer sambil berterima kasih pada polis kerana menyelamatkan benji dari terus ke tali gantung..

    ReplyDelete
  9. keliru
    maaf lambat respon,
    benjy ditahan ditempat lain. kemudian dia membawa polis ditempat dimana dadah dijumpai. jarak lebih kurang 8 km. dalam keadaam begini dimana dadah tidak dijumpai bersama benjy adalah sukar untuk mahkamah mensabitkan tertuduh kerana di dalam pendakwaan 3 elemen perlu ada iaitu pengetahuan, pemilikan dan custody ( kawalan sepenuhnya. pdalam kes benjy, pennetahuan ada, pemilikan ada sebab kondonya tetapi yang biasa mahkamah dan pihak pendakwa nak buktikan terutama dalam kes benjy ialah kawalan sepenuhnya. ini lah yang selalunya kes dibuang. Rumah tersebut ramai penghuninya. itu isunya. jadi langkah terbaik bagi mengelak kes ini sia-sia , maka bagi mengelak pengedar terlepas dan menyelamatkan masyarakat maka akta pencegahan digunakan. Itulah lebih kurangnya. Dalam kes dadah mahkamah berkenhendakkan dan ia satu kewajipan iaitu kes mestilah beyond reseonable doubt / melampaui keraguan menasabah. tq

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Sepatutnya Kak Yan pertikaikan knp si Benjy ada makmal kat umah. Apa tujuan makmal tu? Nak buat dadah ke atau kerepek pisang. Nasib baik kes tak strong utk buat pendakwaan. Kalo tak... tak tau nak kata... Polis cekup mesti ada asas, mana bole suka2. Sepanjang saya tahu kes habeas corpus ni sedikit2, jarang2, kadang2 yg menang.....

    ReplyDelete
  11. at least ade gak sesuatu utk dibicarakn slain politik 24jam
    thanx PG

    ReplyDelete
  12. Rimau Teganu;

    Sepatutnya kita bersyukur atas apa yang berlaku. Setiap saat sebegini kita patut muhasabah diri. Jangan melawan arus. Nasihat PG tu nampaknya begitu telus dan ikhlas. Terimalah kenyataan Kak Yan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR