FOLLOWERS

Tuesday 27 April 2010

REMAJA DITEMBAK POLIS : POLIS TAK SALAH PUN !





SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG bukan nak menyokong polis membabi buta. Tetapi kalaulah berdasarkan lapuran akhbar hari ini, jelas kes remaja yang mati ditembak awal pagi tadi adalah sama kesnya denga kes Tony Beliang yang menembak mati seorang doktor ( Cina ) yang sedang berkhalwat dengan seorang jururawat Melayu islam di kawasan Bandar Tasek Selatan dalam tahun 1990an dulu.

2. Walau pun pada mulanya anggota polis ini iaitu Tony Beliang di sabitkan kesalahan di mahkamah Tinggi tetapi mahmakah rayuan kemudiannya melepas dan membebaskanya dengan alasan beliau berhak mempertahankan dirinya. Ini kerana tindakan si mati mengundurkan kenderaan / merempuhnya itu merupakan satu tindakan yang boleh memudharatkan nyawa Tony. Sek 100 kanun keseksaan berjalan seiring. Juga uniform polis yang dipakai oleh Tony adalah juga defence utama beliau. Tembakkan amaran tiada dalam undang-undang. Itulah kata YAA Hakim dalam kes ini. KLIK

3. Jadi alasan keluarga remaja ini yang mengatakan bahawa anak mereka bukan penjenayah kerana baru 15 tahun bukan satu persoalan undang-undang dan bukan isu. Isunya tindakannya merempuh polis dan di awal pagi , sudah cukup untuk polis melaksanakan tindakannya mempertahankan diri mengikut seksyen 100 kanun keseksaan. Kes yang sama juga berkaitan hak mempertahankan diri ini juga boleh dirujuk dalam kes seorang peguam ( Dato Harpal Singh : kalau tak silap) yang menembak mati seorang lelaki india di tengah Kuala Lumpur apabila lelaki india ini menyerangnya selepas pergaduhan akibat kes kemalangan kes di jalan raya. Peguam ini pun kemudiannya di bebaskan atas dasar yang sama.

4. Jadi untuk rujukan semua di perturunkan semula alasan penghakiman kes Tony Beliang tersebut untuk faedah kita bersama. Lihat di bawah :


Tony Ak Beliang v Pendakwa Raya

RAYUAN JENAYAH NO 42A-49-2000

HIGH COURT (KUALA LUMPUR)2002

MLJU LEXIS 1127; [2002] 578 MLJU 1DECIDED-


DATE: 1 November 2002

1. CATCHWORDS:

[*1]Criminal Procedure - Appeal - Conviction and sentence, against - Accused police officer convicted for causing death - Private defence - Findings of fact by sessions court judge - Sessions court judge relied heavily on testimony of pathologist to support his finding that accused was not in danger at the time when he fired shots at deceased's car - Whether sessions court judge ought to accept testimony of accused's patrol partner that car was speeding towards accused's direction - Whether sessions court judge's failure to consider evidence of both the pathologist and patrol partner resulted in him making an erroneous finding of fact - Whether appellate court should interfere -

2. Criminal Procedure - Defence - Private defence, right of - Accused police officer convicted for causing death - Deceased drove car towards direction of accused - Accused fired shots in the direction of car - Whether it was necessary for accused to retreat or seek refuge before exercising his right of private defence when faced with apprehension of danger to his body - Whether accused had successfully proven private defence -

COUNSEL:Mohamed Haniff Bin Khatri Abdulla with Cheow Wee (Haniff & Rajendran), Ahmad Bin Bache [*2] (Timbalan Pendakwa Raya)JUDGES: Augustine Paul J3.


JUDGMENTS: ALASAN PENGHAKIMAN
Dalam kes ini Tertuduh menghadapi pertuduhan seperti berikut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur:Bahawa kamu pada 29hb Sept. 1999 jam lebih kurang 10.00 malam di kawasan lapang Stesyen LRT Bandar Tasek Selatan, di dalam Daerah Cheras, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyebabkan kematian Tai Eng Teck, KPT 700624-04-5053 iaitu dengan mendatangkan bencara tubuh yang mungkin menyebabkan kematian Tai Eng Teck itu dan dengan yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan

.4. Setelah pertuduhan dibaca dan diterangkan Tertuduh telah membuat pengakuan tidak bersalah. Pihak pendakwaan telah memanggil 12 orang saksi bagi membuktikan kesnya. Kes pihak pendakwaan diteraskan kepada keterangan-keterangan ahli kimia Khoo Ah Kow (SP7); rakan rondaan Tertuduh L/Kpl Abdul Moin b Idris (SP8); ahli pathologis Dr Sharom b Abd Wahid (SP9); teman simati Suhana bt Mod Nor (SP10); dan pegawai penyiasat ASP Wan Kok Chai (SP12).

5. Di akhir kes pendakwaan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan Tertuduh telah [*3] dipanggil membela diri. Tertuduh memilih untuk memberi keterangan atas sumpah. Di samping itu tiga orang saksi lain dipanggil oleh Tertuduh. Di kesudahan kes, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana mendapati Tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara. Terkilan dengan keputusan tersebut Tertuduh merayu ke Mahkamah ini terhadap sabitan dan hukuman.

6. Fakta kes secara ikhtisarnya adalah seperti berikut; Tertuduh adalah seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur. SP8 dalam keterangannya menyatakan beliau keluar bertugas bersama Tertuduh selepas taklimat tugasan dengan menaiki motosikal masing-masing. Mereka berdua pada mulanya membuat rondaan di kawasan Bandar Tun Razak dan Desa Tun Razak. Lebih kurang jam 10.00 malam mereka menuju ke stesen LRT Bandar Tasek Selatan. Semasa membuat tinjauan di situ mereka ternampak sebuah kereta diletak di hujung tempat letak kereta yang sunyi dan gelap.

7. Kereta tersebut kemudiannya dicamkan memakai nombor pendaftaran JCJ 8336. SP8 merasa curiga dan mengajak Tertuduh membuat pemeriksaan lebih dekat terhadap kereta tersebut. Setibanya mereka dekat dengan kereta itu masing-masing telah turun dari motosikal. [*4] SP8 melihat cermin kereta tersebut berkabus. Oleh itu isi kereta tidak kelihatan. SP8 telah mengetuk pintu hadapan sebelah penumpang kereta itu. Semasa itu Tertuduh berada di belakang SP8. Pintu dan cermin kereta tidak dibuka. SP8 kemudiannya telah mengetuk cermin hadapan kereta dan menyuluh ke bahagian dalam kereta dengan menggunakan lampu suluh yang dibawa.

8. Oleh kerana cermin hadapan juga berkabus SP8 sekali lagi gagal melihat isi kereta. Namun begitu SP8 perasan ada pergerakan dalam kereta dan nampak bayangan manusia tetapi tidak dapat dipastikan jumlah orang yang berada di dalam kereta. Semasa SP8 telah memperkenalkan diri dan meminta pintu kereta dibuka dia telah terdengar bunyi enjin kereta serta penyaman udara kereta dihidupkan. Pemandu kereta terus mengundurkan kereta tersebut. Selepas bergerak sedikit enjin kereta telah mati tetapi kemudiannya telah dihidupkan semula. Kereta tersebut terus mengundur dengan laju. SP8 kemudian menambah:9. 'Selepas itu kereta itu bergerak ke hadapan dan menghala ke arah saya dan OKT. 2 kaki sebelum sampai kereta ini membelok ke kiri. Semasa belok ke kiri kereta itu terus terbabas di lereng bukit.'10. Menurut SP8 Tertuduh telah berlari [*5] ke arah kereta. Kereta berkenaan telah sekali lagi mengundur. SP8 telah melihat Tertuduh berada di hadapan kereta dalam keadaan mengacukan revolvernya. SP8 mengarahkan Tertuduh agar tidak mengacu senjatanya dan melepaskan tembakan. SP8 menganggarkan Tertuduh berada lebih kurang lima kaki daripada kereta itu. Semasa SP8 melarang Tertuduh daripada mengacukan revolvernya dan tidak melepaskan tembakan kereta itu belum lagi meluru ke arah Tertuduh.

11. Ini dijelaskan oleh SP8 semasa soal balas seperti berikut:'Q: Di mana OKT berada semasa menjerit itu?A: Berdekatan X5.Q: Semasa OKT berada di X4, beliau juga angkat tangan kanan melambangkan isyarat berhenti.

A: Tidak setuju.Q: Awak tidak pasti atau tidak ingat?

A: Yang saya ingat dia angkat tangan dan pegang pistol di tangan kanan. Dengan angkat tangan kiri beliau memberi isyarat berhenti.Q: Adakah kereta berhenti?A: Tidak.Setuju kereta kemudian berundur ke X6. Cara undur masih secara tergesa-gesa dan dengan laju.Q: Pada masa kereta undur kali kedua, pada fikiran awak kereta masih cuba melarikan diri?A: Setuju.Q: Bila OKT berganjak ke X5, secara tiba-tiba kereta meluru ke arah OKT?A: Setuju.'

12. Dalam menjelaskan [*6] apa yang telah berlaku kemudiannya SP8 berkata:'Saya terus berjalan ke arah kereta dan kereta tersebut meluru ke arah OKT. Tiba-tiba saya dengar 3 das tembakan daripada arah OKT. Saya cuma dengar bunyi tembakan.

Tidak nampak cahaya tembakan dan tidak nampak ke arah mana dia tembak. Tetapi bunyi tembakan datang dari arah OKT.'

13. Selepas tembakan dilepaskan kereta tersebut telah terbabas di lereng bukit dan tidak dapat bergerak. SP8 pergi menghampiri kereta dan melihat cermin pintu hadapan sebelah pemandu pecah. SP8 telah mematikan enjin kereta. Daripada cermin pintu yang pecah itu SP8 telah melihat pemandu kereta berdarah di kepala. Pemandu tersebut adalah simati. SP8 kemudian melihat SP10 keluar dari kereta. SP10 tidak mengalami apa-apa kecederaan. SP10 pada masa itu merupakan seorang jururawat pelatih. SP10 membuat pemeriksaan ke atas simati mendapati simati masih bernafas. Simati telah dihantar ke hospital dengan ditemani Tertuduh bersama SP10. Malangnya simati telah menemui ajalnya. Bedah siasat terhadap mayat simati telah dilakukan oleh SP9. Dalam keterangannya SP9 berkata:

14. 'Saya berpendapat simati telah mati akibat kecederaan kepala akibat luka tembakan. Gun [*7] shot di humerus tidak fatal.

Terdapat 2 gun shot wound - iaitu satu tembak di kepala yang fatal dan satu lagi di siku kanan.Peluru yang masuk memecahkan tengkorak dan mencederakan otak dan ini boleh menyebabkan kematian. Daripada kecederaan yang dialami oleh simati, chance of survival beliau adalah kosong.'

15. Dalam memberikan pendapatnya berkenaan kedudukan sipenembak sebelum tembakan dilepaskan, SP9 menyatakan:'Ada 2 kebarangkalian:

(1) Si penembak memang ada di bahagian kanan tepi hadapan kereta dan melepaskan tembakan; atau

(2) Dia berada di hadapan bucu kanan kereta, dan si pemandu mengilas ke kiri kereta dan tembakan dilepaskan dan mengenai simati.'16.

Dalam pembelaannya Tertuduh mengakui melepaskan tembakan yang membawa maut kepada simati dan ianya terpaksa dilakukan dalam melaksanakan hak pertahanan persendirian. Tertuduh menyatakan beliau terpaksa melepaskan tembakan kerana pada sangkaannya simati cuba melanggarnya dengan kereta semasa beliau berada di hadapan kereta simati. Tertuduh dalam keterangannya berkata:

17. 'Apabila kereta berhenti seketika saya menghala dua langkah ke hadapan. Bila saya melangkah ke hadapan tiba-tiba bunyi enjin kereta kuat dan hendak langgar [*8] saya. Pada masa itu nyawa saya betul terancam.18. Seterusnya saya terpaksa lepaskan tembakan secara spontan kerana saya yakin nyawa saya betul-betul terancam ketika itu dan saya juga ketika itu cemas dan terdesak. Seterusnya saya tidak dapat berfikir kerana masa terlalu singkat dan saya lepaskan tembakan ke arah kereta pada masa itu. Tidak ingat berapa das tembakan saya lepaskan ketika itu.

19. Pada masa itu saya tidak berniat untuk menyebabkan kematian atau mencederakan orang dalam kereta. Sekiranya saya tidak ambil tindakan sedemikian kemungkinan saya akan mati. Saya beranggapan sedemikian ketika itu.'20. C/Insp Rapolla @ Raffiullah Haji Abdul Satar (DW2) adalah Ketua Polis di mana Tertuduh berkhidmat. DW2 dalam keterangannya menyatakan bahawa anggota-anggota di bawah seliaannya termasuk Tertuduh mempunyai tugasan membuat rondaan. Terdapat dua kawasan rondaan di bawah bidangkuasa Balai Polis Sungai Besi. Pada malam 20hb September 1999 untuk shif antara pukul 7.00 hingga 11.00 malam terdapat dua kumpulan rondaan. Tertuduh bersama SP8 telah ditugaskan untuk membuat rondaan di kawasan satu yang mana kadar jenayah adalah lebih kritikal berbanding kawasan dua.

21. Sebelum Tertuduh dan [*9] SP8 keluar membuat rondaan satu taklimat telah diadakan oleh penyelia bertugas di balai berkenaan. Taklimat berkenaan menumpukan kepada kes-kes jenayah yang berlaku di kawasan Sungai Besi dan penekanan khususnya diberikan kepada kes bunuh dan samun berkumpulan. Tujuan taklimat adalah untuk memperingatkan anggota-anggota yang keluar bertugas supaya lebih berwaspada serta sedar akan keadaan jenayah yang telah berlaku. Di dalam taklimat tersebut dimaklumkan bahawa satu pembunuhan telah berlaku di Lebuhraya Kesas berdekatan stesen LRT Bandar Tasek Selatan.

22. Juga dimaklumkan tentang satu kejadian di stesen LRT Sri Petaling di mana seorang ahli pasukan polis yang membuat intipan telah cuba dilanggar dengan kereta yang dipandu oleh orang yang disyaki penjenayah. Kes-kes yang ditaklimatkan tersebut adalah kes yang belum diselesaikan dan anggota rondaan diarah mencari dan mengesan penjenayah-penjenayah terbabit. Di samping itu anggota-anggota juga beri maklum bahawa kadar kes-kes kecurian di stesen LRT terlalu tinggi.23. Pembelaan Tertuduh merupakan pertahanan persendirian. Undang-undang berkaitan dengan hak pertahanan persendirian termaktub di dalam seksyen-seksyen 96, 97, 99, 100 dan [*10] 102 Kanun Keseksaan. Untuk memudahkan rujukan diperturunkan peruntukan-peruntukan tersebut.

Ianya adalah seperti berikut:24. Seksyen 96Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan pada menjalankan hak pertahanan persendirian.Seksyen 97Tiap-tiap orang ada hak, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang terkandung dalam seksyen 99, mempertahankan -(a) Tubuhnya sendiri, dan tubuh seseorang lain, terhadap apa-apa kesalahan mengenai tubuh manusia;(b) Hartanya sendiri atau harta seseorang lain, sama ada yang boleh dialih atau yang tak boleh dialih, terhadap apa-apa perbuatan yang menjadi suatu kesalahan yang termasuk di bawah takrif kesalahan mencuri, rompak, khianat, atau pencerobohan jenayah, atau yang menjadi suatu percubaan bagi melakukan kesalahan mencuri, rompak, khianat, atau pencerobohan jenayah.25. Seksyen 99(1) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang tidak munasabah menyebabkan ketakutan mati atau cedera parah, jika perbuatan itu dilakukan, atau cuba dilakukan, oleh seseorang penjawat awam yang bertindak dengan suci hati atas kuasa jawatannya, meskipun perbuatan itu mungkin tidak diluluskan di sisi undang-undang dengan sepenuhnya. [*11]

(2) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang tidak munasabah menyebabkan ketakutan mati atau cedera parah, jika perbuatan itu dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut arahan seseorang penjawat awam yang bertindak dengan suci hati atau kuasa jawatannya, meskipun arahan itu mungkin tidak diluluskan di sisi undang-undang dengan sepenuhnya.

(3) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian dalam hal-hal yang sempat mendapat perlindungan pihak berkuasa awam.(4) Hak pertahanan persendirian tidaklah sekali-kali termasuk kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan.Huraian 1 - Seseorang tidaklah terlucut hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan, atau cuba dilakukan, oleh penjawat awam, atas sifatnya sebagai penjawat awam, melainkan jika ia ketahui, atau ada sebab mempercayai bahawa orang yang melakukan perbuatan itu adalah seorang penjawat awam yang sedemikian.

29. Huraian 2 - Seseorang tidaklah terlucut hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut arahan penjawat awam, atas sifatnya sebagai penjawat awam, melainkan jika ia ketahui, atau ada sebab mempercayai [*12] bahawa orang yang melakukan perbuatan itu adalah bertindak menurut arahan tersebut; atau pun melainkan jika orang itu menyatakan kuasa yang membolehkan ia bertindak atau pun sekiranya orang itu mempunyai kuasa bertulis, melainkan jika ia menunjukkan kuasa itu, apabila diminta.30. Seksyen 100

Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh, di bawah sekatan-sekatan yang tersebut dalam seksyen yang terakhir di atas, adalah termasuk menyebabkan dengan sengaja kematian atau apa-apa kerosakan yang lain kepada penyerang itu, jika kesalahan yang menyebabkan hak itu dijalankan adalah dari mana-mana jenis yang disenaraikan di bawah ini -(a) Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa kematian akan berakibat dari serangan itu jika hak pertahanan tersebut tidak dijalankan;(b) Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakuan bahawa cedera parah akan berakibat dari serangan itu jika hak pertahanan tersebut tidak dijalankan;(c) Sesuatu serangan dengan niat melakukan rogol;(d) Sesuatu serangan dengan niat memuaskan nafsu luar tabii;(e) Sesuatu serangan dengan niat mencolek atau melarikan orang;(f) Sesuatu serangan dengan niat hendak mengurung seseorang dengan salah [*13] dalam keadaan yang munasabah menyebabkan ia takut bahawa ia tidak akan boleh dapat pertolongan pihak berkuasa awam bagi kelepasannya.

32. Seksyen 102Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh bermula setelah sahaja ketakutan yang munasabah akan bahaya kepada tubuh terbit dari sesuatu percubaan atau ugutan hendak melakukan kesalahan itu, walaupun kesalahan itu tidak dilakukan; dan hak itu masih ada selagi ketakutan akan bahaya kepada tubuh itu masih ada.33. Di dalam penghakimannya Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah panjang lebar membincangkan pemakaian prinsip hak pertahanan persendirian. Beliau telah memetik kes-kes Lee Thian Beng v PP (1972) 1 MLJ 248; Palmer v Queen (1971) WLR 831; PP v Ngoi Ming Seng (1981) 1 MLJ 24; dan Jai Dev v State of Punjab AIR 1963 SC 612. Juga dipetik ucapan Ong Hock Sim HMP dalam kes Lee Thian Beng v PP (1972) 1 MLJ 248 antara lain pada muka surat 252 memutuskan:34. 'Turning to the plea of private defence, s 99 of the Penal Code provides that the right of private defence in no case extends to the infliction of more harm than is necessary to inflict for the purpose of defence. Subject [*14] thereto, s 100 provides that the right of private defence extends to the voluntary causing of death or of any other harm to the assailant if the offence which occasions the exercise of the right be such an assault as may reasonably cause the apprehension that death will otherwise be the consequence of such assault. Section 102 provides that the right of private defence of the body commences as soon as a reasonable apprehension of danger to the body arises from an attempt or threat to commit the offence; and it continues as long as such apprehension of danger to the body continues. The plea of private defence is one of the general exceptions set out in Chapter IV of the Penal code, proof of which by virtue of s 105 of the Evidence Ordinance, rests on the accused.'35. Malangnya tidak dirujuk oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana satu keputusan oleh Nik Hashim PK (sebagaimana beliau pada masa itu) dalam kes Ya bin Daud v PP (1997) 4 MLJ 322 di mana pada muka surat 326 telah diputuskan:36. 'In the case of Musa bin Yusof v PP (1953) MLJ 70 the Court of Appeal held that:'... The law in this country gives greater latitude to a person who is attacked than does the law in [*15] England. The question in such cases is not whether there was an actual continuing danger, but whether there was a reasonable apprehension of danger. If such a condition exists, the person attacked is not obliged to retreat, but may pursue his adversary till he finds himself out of danger, and if in a conflict between them, he happens to kill, such killing is justifiable.'37. Whilst in the case of Govindran Neelambaran v State of Kerala AIR 1960 Ker 258 the following passage appears in the judgment of the Court of Appeal:

'It is not necessary nor does the law require that the accused should wait till he receives a grievous injury for the purpose of exercising his right of private defence. In considering whether the accused is entitled to exercise the right of private defence, one has to place himself in the position of the accused in the midst of circumstances in which the accused stood and then form an opinion whether under the peculiar circumstances, the accused had not the apprehension of such injuries to his body as would entitle him to exercise his right.'

38. The Supreme Court of India made the following observations in the case of Jai Dev v State of Punjab AIR 1963 SC 612: [*16]'The law of private defence does not require that the person assaulted or facing an apprehension of an assault must run away for safety'.'39. Jelas sekali seseorang yang menghadapi ancaman bahaya bencana kepada tubuh badannya tidak perlu mengundurkan diri atau mencari perlindungan terlebih dahulu sebelum hak pertahanan persendirian boleh digunakan. Malah dia diperbolehkan menggunakan segala kekerasan munasabah bagi perlindungan dirinya sehingga dirinya terkeluar daripada ancaman bahaya.40. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana dalam alasan penghakimannya telah mendapati Tertuduh tidak berada dalam keadaan bahaya semasa melepaskan tembakan dan jika sekalipun Tertuduh terdedah kepada ancaman bahaya kepada tubuh badan beliau seharusnya mestilah cuba mengelak terlebih dahulu sebelum bertindak mempertahankan diri. Oleh itu Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana memutuskan dalam alasan penghakimannya seperti berikut:41. 'Seterusnya saya mendapati bahawa OKT tidak mengambil sebarang tindakan untuk retreat atau mengelak dari bahaya yang datang mengancam keselamatan dan nyawa seperti yang didakwanya bila nyata beliau mempunyai segala masa dan ruang. Apa yang dibuat hanya melepaskan tembakan [*17] yang bertubi-tubi sehingga beliau tidak sedar berapa das tembakan telah dilepaskan.

42. Kedudukan OKT menjadi lebih buruk dengan fakta bahawa sebelum tembakan dilepaskan simati telah membelokkan keretanya ke kiri seperti mana boleh diinfer dari fakta bahawa cermin hadapan kereta tidak pecah dan kecederaan yang dialami oleh simati seperti dihuraikan di perenggan-perenggan di atas.'43. Dalam menyokong dapatan faktanya beliau telah menerima keterangan SP9 bahawa simati telah cuba membelok ke kiri dalam usahanya untuk mengelak dari melanggar Tertuduh. Beliau berpendapat nyawa Tertuduh tidak pernah terancam sejurus sebelum tembakan dilepaskan. Dengan kata lain Tertuduh tidak pernah berada dalam kebimbangan yang munasabah bahawa bahaya bencana tubuh badan akan menimpanya.

44. Beliau berpendapat oleh kerana cermin depan kereta simati tidak pecah tertuduh tidak mungkin berada di hadapan kereta. Dalam membuat kesimpulan tersebut beliau telah menerima keterangan SP9 yang menyatakan daripada kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati kebarangkaliannya Tertuduh berada di tepi hadapan kereta dan bukannya di hadapan kereta. Sekiranya penemuan fakta seperti yang dirumuskan oleh Hakim Mahkamah [*18] Sesyen yang bijaksana itu betul maka natijahnya pembelaan Tertuduh bahawa beliau bertindak sedemikian demi pertahanan dirinya tidak berasas dan sewajarnya ditolak.

45. Di hadapan saya peguam terpelajar bagi Tertuduh menyatakan bahawa penemuan fakta yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana tidak boleh diterima. Untuk menimbang hujahan pihak pembelaan adalah perlu pertama-tamanya untuk dipertimbangkan keadaan-keadaan di mana mahkamah yang mendengar rayuan boleh campur tangan terhadap penemuan fakta yang dibuat oleh mahkamah bawahan. Adalah amalan yang mantap Mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan menganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Mahkamah yang membicarakan kes kecuali dalam keadaan tertentu, umpamanya apabila ianya boleh ditunjukkan bahawa perjalanan peristiwa yang didapati oleh hakim perbicaraan tidak mungkin telah berlaku.

46. Gangguan fakta di perdengaran rayuan juga mungkin diwajarkan dalam keadaan di mana hakim perbicaraan telah gagal menilai dan menganalisis keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa secara kritikal. Umumnya Mahkamah yang mendengar sesuatu rayuan daripada Mahkamah bawahan tidak akan mencampuri penetapan fakta yang dibuat oleh Mahkamah [*19] yang mendengar kes memandangkan Mahkamah yang mendengar rayuan kehilangan manfaat melihat dan mendengar keterangan saksi-saksi bagi menilai kekukuhan keterangan mereka. Namun begitu, jika sekiranya hakim yang mendengar kes di peringkat pertama silap dalam membuat menerima fakta, maka Mahkamah yang mendengar rayuan wajar campur tangan. Dalam kes DP Vijandran v PP (1999) 1 MLJ 385 Gopal Sri Ram HMR pada muka surat 413 berkata:46. 'It is the settled practice of this court not to interfere with concurrent findings of fact save in very rare cases. If, for instance, it could be shown that the course of events affirmed by the trial judge could not have occurred, that would be a good reason for reversing his view. See The Eurymedon (1942) 73 Lloyd LR 217; Tara Singh & Ors v PP (1949) MLJ 88 and Tengku Mahmood v PP (1974) 1 MLJ 110. So too may appellate interference be warranted where the trial judge has failed to critically assess and analyse the prosecution's evidence. See Syed Abu Bakar bin Ahmad v PP (1984) 2 MLJ 19.'47. Mokhtar Sidin H (sebagaimana beliau pada masa itu) dalam kes Dato' Yap Peng v PP (1993) 1 MLJ 337 dalam membincangkan dalam keadaan mana Mahkamah yang mendengar rayuan [*20] diwajarkan campur tangan terhadap penemuan fakta Mahkamah bawahan pada muka surat 342 berkata:48. 'Before proceeding further, it was raised by the respondent that the appellate court had no right to disturb the findings of fact by the trial court. It was contended by the respondent that the decision of the learned sessions court judge was based on findings of fact by her and as such I could not disturb the findings of fact. I agree with the learned DPP that it is trite law that an appellate court does not interfere with the findings of facts of the trial court. But there are exceptions to this rule. An appellate court is always empowered to interfere and must so interfere if the so-called findings of facts of the trial judge suffer from some serious error or the decision is against the weight of evidence. Thus in the case of Chia Han Kiat v R (1937) MLJ 261, it was held that:

'An appellate court should not rarely interfere with the conclusions arrived at by the judge or magistrate who has had the advantage of hearing the witnesses and obtaining the impression of their veracity from their demeanour. But it is the duty of an appellate court to be a judge of fact as well [*21] as of law and it would be abrogating its functions if it made a hard and fast rule never to interfere with the findings of fact, and felt bound to support a judgment which, on a review of all the evidence, it considered to be clearly wrong . (Emphasis added.)'49. Again in the case of Goh Ah San & Ors v R (1938) MLJ 95, the same principle was stated by the court as follows:'Although an appellate court is reluctant to reverse a magistrate's decision based on a finding of fact, it should set aside the orders of the lower court if it is of opinion that such decision is against the weight of evidence'.'50. Sekarang saya akan meneliti sama ada penemuan fakta yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana itu sememangnya berdasarkan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi. Beliau banyak terpengaruh dengan keterangan SP9 yang merumuskan bahawa ada kebarangkalian Tertuduh berada di bahagian kanan tepi hadapan kereta atau di hadapan bucu kanan kereta dan sipemandu mengilas steering kereta ke kiri semasa tembakan dilepaskan.

51. Keterangan SP9 itu diterima oleh beliau sebagai menyokong penemuan faktanya bahawa Tertuduh tidak berada dalam keadaan bahaya semasa melepaskan tembakan. [*22] Tetapi beliau telah tidak memberi pertimbangan kepada keterangan SP9 di mana SP9 tidak dapat membuat konklusi yang tepat tentang kedudukan Tertuduh sebelum tembakan dilepaskan memandang beliau gagal menemui kesan tayar kereta simati pada tempat kejadian. SP9 mengatakan:52. 'Saya ke tempat kejadian untuk cari kesan tayar untuk tunjukkan samada kereta sudah berpusing atau tidak. Tanpa kesan tayar saya tidak dapat memastikan kedudukan si penembak sebelum tembakan dilepaskan.'53. Walaupun SP9 tidak dapat memastikan kedudukan Tertuduh semasa tembakan dilepaskan beliau tetap dengan pendiriannya dan berkata:54. 'Semasa tembakan dilepaskan kedudukan pemandu dan penembak adalah seperti yang saya terangkan pagi tadi.'55. Keterangan SP9 telah diterima bulat-bulat oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana. Beliau tidak langsung menimbangkan keterangan SP9 yang menyatakan tanpa kesan tayar kedudukan Tertuduh sebelum tembakan dilepaskan tidak dapat dipastikan. Oleh itu keterangan SP9 berkenaan kedudukan Tertuduh sebelum berlaku tembakan perlu ditimbangkan dengan penuh waspada. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana tidak merujuk kepada keterangan SP8 di mana dalam keterangannya beliau [*23] ada berkata seperti berikut:56. 'Semasa kereta berundur saya berada di belakang kereta, sementara OKT saya lihat berada di depan kereta.'57. Seterusnya SP8 menambah:'Saya terus berjalan ke arah kereta dan kereta tersebut meluru ke arah OKT.'Semasa disoal-balas oleh peguam Tertuduh SP8 telah menjawab seperti berikut:'Q: Bila OKT berganjak ke X5, secara tiba-tiba kereta meluru ke arah OKT?A: Setuju.Q: Pada masa itu lampu masih terpasang?A: Ya.58. Semestinya pemadu boleh lihat OKT ada di hadapan beliau. Cara panduan kereta daripada X6 ke X5 adalah dengan tergesagesa dan laju.Q: Cara kereta dipandu daripada X6 ke X5 dalam keadaan tidak mempedulikan keujudan OKT di hadapan.A: Setuju.Q: Bila kereta benar-benar hampir dengan OKT awak dengar tembakan?A: Benar.

59. Pada keseluruhan masa, cara kereta dipandu tidak mengendahkan keselamatan saya dan OKT.'60.Sekiranya keterangan-keterangan yang dipetik di atas dirujuk oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana pasti beliau akan membuat penemuan fakta bahawa Tertuduh berada di hadapan kereta simati semasa Tertuduh melepaskan tembakan.61. Dalam keadaan SP9 gagal memberi kepastian tentang kedudukan Tertuduh Mahkamah [*24] seharusnya menerima keterangan SP8 yang menyatakan Tertuduh berada di hadapan kereta simati semasa tembakan dilepaskan. Perlu diperhatikan SP8 memberi keterangan sebagai saksi yang melihat kejadian sementara keterangan SP9 pula, jika sekalipun keterangannya boleh diterima hanyalah keterangan berasaskan pendapat. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana juga berpendirian bahawa Tertuduh berada di tepi kereta simati sebelum tembakan dilepaskan memandangkan cermin hadapan kereta simati tidak pecah.

62. Beliau mungkin akan membuat rumusan yang berlainan sekiranya keterangan SP8 dipertimbangkan sewajarnya. Adalah dapat diperjelaskan kenapa cermin hadapan kereta simati tidak pecah semasa tembakan dilepaskan biarpun Tertuduh berada di hadapan kereta simati. Pada pendapat saya semasa tembakan dilepaskan oleh Tertuduh simati semestinya telah mengilas steering keretanya ke sebelah kiri. Tembakan yang dilepaskan oleh Tertuduh dan percubaan simati mengelak ke kiri berkemungkinan besar berlaku secara serentak. Keadaan ini memperjelaskan kerosakan yang berlaku pada cermin pintu hadapan sebelah pemandu kereta simati dan keterangan SP8 yang menyatakan kereta simati meluru ke arah Tertuduh.

63. Ini semua [*25] telah gagal dipertimbangkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana. Kesilapan beliau memberikan pertimbangan sewajarnya kepada keterangan kedua-dua saksi penting pihak pendakwaan ini menyebabkan beliau telah membuat penemuan fakta yang silap dan tidak didasarkan kepada keterangan saksi-saksi. Seharusnyalah campur tangan Mahkamah ini terhadap penemuan fakta beliau adalah wajar dalam keadaan sedemikian. Oleh itu dengan mengenepikan keterangan SP9 dan menerima keterangan SP8 berkenaan kedudukan Tertuduh sebelum tembakan dilepaskan jelas menunjukkan Tertuduh berada dalam ancaman bahaya dilanggar oleh kereta simati.

64. Ini mewajarkan Tertuduh mengambil tindakan bagi pertahanan diri. Keadaan Tertuduh ketika itu juga perlu dipertimbangkan berdasarkan latarbelakang taklimat yang diberikan kepada Tertuduh sebelum keluar membuat rondaan dan juga keengganan simati mematuhi amaran yang diberikan oleh Tertuduh dan SP8. Tembakan yang dilepaskan oleh Tertuduh hanya dibuat bilamana nyawanya benar-benar dalam bahaya dan terancam dan bukannya dibuat secara membabi buta tanpa amaran terlebih dahulu dan mengambil tindakan awalan membuat siasatan terdahulu.

65. Pada masa SP8 melarang Tertuduh dari melepaskan [*26] tembakan Tertuduh akur memandangkan ancaman bahaya kepada nyawa belum lagi timbul. Tertuduh juga mengambil langkah berhati-hati dengan mengacukan revolver ke udara terlebih dahulu dan bukannya terus melepaskan tembakan. Ini jelas dari petikan keterangan berikut:66. 'Peguam: Rujuk P6 (revolver)A: Tidak cam samada ini revolver yang telah diisu kepada saya malam itu. Bentuk dan jenisnya adalah sama.Witness demonstrates bagaimana revolver diacukan ke arah bumi dan tangannya menghala ke hadapan. Juga demonstrates bagaimana revolver diacukan ke arah langit sambil tangan kiri dihalakan tegak ke hadapan.Q: Apa tujuan mengeluarkan revolver.A: Untuk memberhentikan orang yang saya anggap sebagai penjenayah.

67. Pada masa itu saya tidak berniat untuk gunakan revolver itu. Saya cuma berniat memberi amaran supaya dia berhenti. Saya keluarkan revolver kerana saya anggap orang dalam kereta adalah penjenayah kerana pada anggapan saya dari mula lagi dia hendak langgar saya dan tidak endahkan kata-kata amaran saya berulangkali. Saya juga yakin dia adalah penjenayah yang saya harus tangkap.'68. Tembakan yang dilepaskan Tertuduh itu bukanlah dibuat serta merta apabila Tertuduh melihat [*27] kereta simati. Ianya dibuat dalam keadaan kereta simati meluru ke arah Tertuduh. Sebelum daripada itu simati juga ada memandu keretanya ke arah Tertuduh tetapi Tertuduh tidak melepaskan tembakan. Keterangan Tertuduh ini disokong oleh SP8 di mana dia ada berkata:69. 'Selepas itu pemandu start engine balik dan terus undur dalam keadaan laju dan tergesa-gesa. Selepas itu kereta bergerak ke hadapan dan menghala ke arah saya dan OKT. 2 kaki sebelum kereta sampai kepada kami, kereta ini membelok ke kiri. Semasa belok ke kiri kereta itu terus terbabas di lereng bukit.'70. Jika Tertuduh berhasrat untuk menggunakan senjatanya sewenang-wenang pastinya bila kereta simati meluru ke hadapan Tertuduh buat kali pertama tembakan telah dilepaskan. Perlu diperhatikan bila kereta simati pertama kali meluru ke arah Tertuduh dan SP8, Tertuduh tidak pun mengeluarkan revolvernya apatah lagi melepaskan tembakan. Apabila enjin kereta simati dihidupkan semula dan percubaan untuk mengundur sekali lagi dibuat barulah SP8 melihat Tertuduh mengeluarkan senjatanya.

71. Apabila kereta simati sekali lagi meluru ke arah Tertuduh, barulah tembakan dilepaskan. Ini semua menunjukkan bahawa langkah berhati-hati [*28] diambil oleh Tertuduh. Hanya bila terdedah kepada bahaya yang tidak terelak barulah tembakan dilepaskan. Dalam keadaan ini ianya munasabah Tertuduh beranggapan kereta itu cuba melanggarnya memandangkan ianya dipandu ke arah Tertuduh dalam keadaan tergesa-gesa. Dilanggar kereta yang dipandu laju ke arah seseorang pastinya boleh membawa maut atau setidak-tidaknya mengakibatkan cedera parah. Jika demikian halnya seksyen 100(a) dan (b) Kanun Keseksaan membenarkan tindakan yang boleh menyebabkan kematian demi pertahanan diri.

72. Seperti yang dirujuk sebelum daripada ini seksyen 102 Kanun Keseksaan memperuntukkan hak pertahanan diri bermula sebaik sahaja ketakutan munasabah akan bahaya kepada tubuh badan terbit dan hak tersebut berterusan selagi ketakutan yang munasabah itu ada. Dalam keadaan di mana kereta simati meluru betul-betul ke arah Tertuduh sudah semestinya terbit ketakutan yang munasabah pada dirinya akan bahaya kepada tubuh badan jika tidak diambil tindakan nekad dalam keadaan sedemikian. Selagi ketakutan masih ada adalah tidak perlu untuk Tertuduh mengelak diri daripada ancaman bahaya kepada tubuh badannya.
73. Tertuduh semestinya tidak menyangka simati akan mengelak ke sebelah [*29] kiri supaya tidak terlanggarnya. Seperti yang dikatakan terdahulu percubaan untuk mengelak ke sebelah kiri oleh simati dan tembakan yang dibuat oleh Tertuduh berlaku dalam masa yang sama. Tertuduh pada masa melepaskan tembakan beranggapan simati akan melanggarnya dan nyawanya dalam bahaya.

74. Dia tiada menduga simati akan mengelak ke sebelah kiri. Persoalannya adakah kesilapan Tertuduh dalam keadaan tersebut menghalang beliau daripada bergantung kepada hak pertahanan persendirian. Sesuatu perbuatan yang dilakukan akibat kekhilafan fakta bukanlah satu kesalahan di sisi undang-undang. Undang-undang memberi kemaafan jika sesuatu perbuatan yang merupakan suatu kesalahan itu dilakukan kerana kekhilafan fakta asalkan pelakunya dengan suci hati percaya dia dibenarkan oleh undang-undang melakukannya. Kedudukan undang-undang ini dikanunkan melalui seksyen 79 Kanun Keseksaan yang berbunyi seperti berikut:75. 'Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang diluluskan oleh undang-undang pada melakukannya, atau oleh seseorang yang oleh kerana silapfaham nyataan dan bukannya oleh silapfaham undang-undang dengan suci hati percaya dirinya sebagai diluluskan oleh undang-undang [*30] pada melakukannya.'76. Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa seseorang yang membangkitkan kekhilafan fakta dikehendaki bertindak dengan suci hati dan seksyen 52 Kanun Keseksaan mensyaratkan suci hati melibatkan kecermatan dan perhatian. Ketiadaan suci hati dalam ruanglingkup kedua-dua seksyen bermaksud kegopohan atau kecuaian (lihat Bux Soo Meah Chowdhry v King AIR 1938 Rang 350). Sir Hari Singh Gour dalam bukunya Penal Law of India 11 th Ed Vol 4 pada muka surat 571 menjelaskan:77. 'The question of good faith must be considered with reference to the position of the accused and the circumstances under which he acted. Good faith requires not logical infallinility but due care and attention. The question of good faith is always a question of fact to be determined in accordance with the proved facts and circumstances of each case.'78. Seksyen 79 ini dibaca bersama dengan seksyen 105 Akta Keterangan 1950 meletakkan beban pembuktian ke atas Tertuduh untuk menunjukkan dia berhak kepada pengecualian yang dibenarkan oleh undang-undang (lihat PP v Teo Eng Chan & Ors (1988) 1 MLJ 156). Meskipun Tertuduh melepaskan tembakan dalam keadaan kekhilafan hak pertahanan diri tidak musnah [*31] dan tidak boleh dinafikan asalkan dia percaya dengan suci hati adalah perlu baginya menggunakan kekerasan dalam keadaan yang beliau harungi pada masa itu untuk mengelak ancaman bahaya pada tubuh badannya.

79. Semasa pemeriksaan utama Tertuduh menjelaskan:'Q: Pada masa yang sama adakah terlintas apa-apa di fikiran awak?A: Saya hanya fikirkan nyawa saya ketika itu benar-benar terancam. Saya juga fikir mungkin saya boleh mati atau cedera parah.Q: Adakah awak sedar apa yang awak perlu lakukan?A: Saya sedar apa yang saya perlu lakukan iaitu menyelamatkan nyawa saya. Saya tidak ada jalan lagi untuk selamatkan nyawa saya.'80. Keterangan SP8 bahawa beliau ada meminta Tertuduh tidak melepaskan tembakan adalah dibuat sebelum Tertuduh terdedah kepada ancaman bahaya. Ini telah dijelaskan sebelum daripada ini. Bila Tertuduh melepaskan tembakan tiada disangkanya simati akan mengelak ke sebelah kiri. Semasa melepaskan tembakan meskipun ketakutan yang dialami Tertuduh adalah terkhilaf ianya bersandarkan kesucian hatinya. Tertuduh tiada berniat untuk menyebabkan kematian atau mencederakan sesiapa.

81. Tindakan diambil kerana dia bimbangkan keselamatan dirinya. Jika tidak bertindak sedemikian [*32] Tertuduh percaya kemungkinan dia akan mati dilanggar kereta simati. Keterangan yang dikemukakan Tertuduh telah memadai untuk membawa kesnya terjatuh dalam pengertian seksyen 79 Kanun Keseksaan. Dengan itu pandangan saya adalah bahawa Tertuduh telah berjaya membuktikan satu pembelaan untuk pertahankan diri sendiri.

82. Adalah amat malang dalam keadaan kes ini suatu nyawa telah hilang apatah lagi yang mati itu merupakan seorang doktor yang perkhidmatannya amat diperlukan. Kematian simati bukan sahaja kehilangan kepada negara malahan keluarganya semestinya lebih merasai kehilangan simati. Tiada siapa menyangka simati bakal menemui ajal di tangan anggota polis yang sedaya upaya melaksanakan tugasnya.

83. Tertuduh sebagaimana tindakan anggota polis yang lain apabila mengesyaki sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang pastinya akan mengambil tindakan yang perlu. Tiada siapa dapat menafikan fakta bahawa pihak polis dalam menjalankan tugasan mereka mempertaruhkan nyawa mereka. Dalam kes ini adalah menjadi kewajipan Tertuduh menyiasat apabila terdapat sebuah kereta di suatu tempat yang sunyi yang jauh dari pandangan orang. Apabila kereta yang hendak disiasat cuba merempuhnya tidak dapat [*33] tidak Tertuduh terpaksa mengambil tindakan perlu dengan menggunakan senjata apinya. Bukan sahaja Tertuduh malahan mana-mana anggota polis yang lain pastinya akan bertindak sedemikian dalam situasi yang sama bila berhadapan dengan bahaya.

84. Pihak polis tidak seharusnya dipersalahkan jika kekerasan yang wajar dan munasabah digunakan dalam keadaan yang memerlukannya bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada mereka. Mereka patut diberi sokongan dalam menegakkan pentadbiran undang-undang serta keselamatan negara. Jika setiap kali mereka menggunakan kekerasan yang wajar mereka dipersalahkan pastinya jentera keamanan negara akan terjejas. Mereka akan berselindung dari menjalankan tugasan mereka. Ini tidak boleh dibenarkan dari berlaku.Saya dengan ini membenarkan rayuan Tertuduh dan melepas serta membebaskan Tertuduh.

Posted by Arif Omar at 08:44

Nota : Apa pun , kita tunggu siasatan penuh oleh pihak polis dalam perkara ini. Semua pihak harus bersabar. PG tetap berpendapat berdasar kes Tony Beliang ini, tindakan anggota polis kontinjen Selangor tersebut adalah benar dan mengikut undang-undang. Tetapi amat malang dan PG juga sedih nyawa remaja tersebut telah hilang sia-sia. Usia tidak menjadi alasan untuk seseorang itu melakukan jenayah.

53 comments:

  1. You are right. Nasib lah budak Melayu, walaubagaimanapun sisatan perlu dijalankan juga.

    Kalau budak India atau Cina, saya rasa dah nak runtuh Polis dan Kerajaan Malaysia di kerjakan oleh media, NGO, pembangkang DAP.....

    Begitulah nasib Melayu yg masih rasional dan bertoleransi di Malaysia bumi bertuah ini

    ReplyDelete
  2. PG, walaubagaimana pun, rakyat sentiasa melihat Polis bersifat ganas walaupun kesalahan itu ketara bagi mereka....

    Lebih-lebih lagi bagi mereka yang jauh dipengaruhi dakyah pembangkang, setuju dengan komen Peneroka, kalau ianya berlaku pada budak India atau Cina, maka beraraklah mereka seluruh kampung...

    ReplyDelete
  3. saya pun bersetuju dgn hujah PG. Dalam keadaan yang sebegini tak kan polis akan bertanya berapa umurnya sebelum mengambil tindakan lanjut. Klu ianya terjadi ke atas bukan Melayu saya fikir isu ini akan dimanipulasi oleh peguam2 dari pembangkang yang akan mempolitikkan isu ini serta akan memberi imej yang buruk kepada pihak polis.

    ReplyDelete
  4. POLIS SIASAT POLIS, BUDAK TU YANG SALAH

    ReplyDelete
  5. bagai lalang dibuai angin. senang je kita melentur. tanpa was-was, tanpa soal, terus kita tegakkan "kebenaran" dengan hanya berdasarkan laporan media yang sememangnya dibawah telunjuk tuan-tuan kita. bila disuap, kita tak mamah, kita terus telan. kalau ada tulang macamana? adakah ini takdir orang kita? bak kan lembu dicucuk hidung, diikat, ditarik kesana kemari tanpa menilai dimana maruah diri kita sebagai manusia yang berakal serta berhati-perut. adakah ini gambaran orang kita yang kita mahu banggakan? Dimanakah tulang belakang kita. Sudah hilang dibuat sup oleh mereka yang membutakan mata, deria, pemikiran kita semua?

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Saya setuju peristiwa ini kalo berlaku pd orang India atau Cina teruk polis & kerajaan kena hentam tanpa menunggu siasatan selesai. Pembangkang akan mainkan isu ini. Masalahnya yg memegang tampok kerajaan tu lembut sangat. Suka sgt melayan konon nak ambik hati. Sesiapa pun bole buat tuduhan, bangkitkan isu tetapi kena ada bukti yang kukuh. Tanpa bukti ia jadi fitnah. Fitnah ni lebih teruk dr membunuh. Jadi kpd dajal2 ni kalo tak boleh adakan bukti masukkan aje kedalam sbg pengajaran. Tak perlulah nak berlembut. Barulah aman....

    ReplyDelete
  7. screw all ye policeman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go and screw you own arsehole. Idiot.

      Delete
  8. Salam,Saya hanya hendak tahu, apa yang dia buat sampai pukul 2 pagi tu.

    ReplyDelete
  9. Anda cubalah untuk melepaskan polis si pembunuh remaja malang tersebut

    Dan anda akan lihat hampir seluruh rakyat akan membenci polis dan sistem kehakiman

    Apakah bezanya hidup dalam negara yang huru hara dengan negara yang dibelenggu undang2 yang kejam dan polis barua kerajaan BN yang bersifat "trigger happy"

    Saya tak terkejut jika selepas in banyak mayat mat2 rempit akan bergelimpangan dek kerana hak pertahanan (polis sahaja) persendirian ini

    Yang pasti pihak polis berada di dalam masalah besar

    Encik boleh pikir sendiri..kalau anak encik yang ditembak mati sebegini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh bodoh, trigger happy kepala bapak ko. Kalau Polis trigger happy, dah ramai dah mat rempit mati atas jalan raya tu.

      Pasal polis tak trigger happy lah banyak kes ragut hingga menyebabkan kematian berlaku. Polis tak boleh tembak sebab peruntukan undang2 tak membenarkan. Jadi kalau mak ko kena ragut lepas tu jatuh dan mati, jangan salahkan polis kerana tidak bertindak.

      Polis tak akan melepaskan tembakan sesuka hati tanpa pertimbangan yang waras. Kalau polis Malaysia ni gila, ramai dah saspek penjenayah mati tergolek.

      Sebenarnya saya suka polis diberi kuasa yang lebih untuk menembak saspek penjenayah. Aman sikit Malaysia ni.

      Tapi dalam kes budak ni memang banyak persoalannya khususnya kepada budak ini. Budak tak ada lesen, macam mana boleh bawa kereta. Bawa kawan lagi. Merayau pagi2 buta. Rempuh road block polis lagi. Ni budak jenis apa ni? Mak bapak dia buat apa?
      Bila benda tak elok berlaku, nak salahkan polis. Itulah jalan yang paling mudah. Tapi sebenarnya, ajal budak tu dah sampai. Ini satu perkara yang kita semua tidak boleh menafikan.

      Tapi komen saya satu je. Punca banyak jenayah di Malaysia ni adalah kerana ada terlalu ramai peguam2 untuk membela penjenayah2. Ramai peguam telah menjadi `The Devil`s Advocate`. Langsung tak ada moral.

      Tapi nak tanya, Sek. 52 KK tak terpakai ke untuk polis yang didakwa tu?

      Delete
  10. ocpd shah alam, buatlah statement yang betul. tak ada rakyat malaysia yang percaya ada parang dalam kenderaan ini. Saya takut dan sungguh takut sekarang ini bukan nya kepada penjenayah tetapi kepada polis. Insyaallah di izinkan tuhan saya akan pindah dari Malaysia .

    ReplyDelete
  11. anoy
    Penghuni gua tu bercakap berdasar lapuran akhbar dan berdasar kes yang lepas mengikut undang-undang. bukan sentimen. baca habislah dulu apa yang ditulis.

    nak polis mati dilanggar budak tu dulu ke baru boleh menembak. hak untuk budak tu sahaja ke. polis tak ada anak bini dan tak perlu jaga nyawa mereka?

    kepada anoy seorang lagi tu, pakai akal le. jangan serkap jarang . memang ada paranglah baru polis beri kenyataan, anda berada ditempat itu ke dan lebih mengetahui dari polis yang ada tempat kejadian tersebut?

    ReplyDelete
  12. buat apa pagi2 buta. budak pun apa beza. itu yang penuh disekolah henry gurney tu.

    ReplyDelete
  13. BENJY ANAK AZEAN IRDAWATY PUN MAKNYA KATA BAIK DAN MENGETAHUI PERANGAI ANAKNYA. KKAN POLIS LETAK PULAK DADAH DALAM RUMAH BENJY. JADI JANGAN BERCAKAP BERDASAR SENTIMEN TAPI FAKTA DAN UNDANG2.

    MACAM PENGHUNI GUA CAKAPLAH. IA BUAT ANALIS BERDASAR FAKTA DARI LAPURAN AKHBAR DAN KEPUTUSAN AKHIRNYA BERDASAR HASIL SIASATN PENUH. TUNGGULAH.SIAPA TAK SAYANG ANAK. INI BUKAN BERCAKAP HAL SAYANG MENYAYANG TETAPI BERDASAR KES YANG LEPAS YANG TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH. BACA LAH SEMUANYA TULISAN PENGHUNI GUA TU. INI PAKAI BACA TAJUK AJE , ANOY OII.

    ReplyDelete
  14. Islam hakikatnya telah mengajar kita bahawa segala kejadian adalah datangnya dari qada dan qadar Tuhan, segala-galanya ada hikmah disebalik setiap ketentuanNya. Anonymous MencariPedoman

    ReplyDelete
  15. UMUR 15 TAHUN DRIVE KERETA?
    salah siapa? bukan salah ibu bapa?

    UMUR 15 TAHUN KELUAR MALAM?
    salah siapa? slaah ibu tak reti mendidik

    ReplyDelete
  16. mmg betul tak salah Polis, tapi adakah wajar menembak hanya dengan niat rempuhan, anggota Polis tersebut berupaya menyelamatkan diri jika hendak kerana dia ada masa untuk melepaskan tembakan ke kepala , ini bermakna anggota tersebut ada masa untuk membidik ke sasaran. Maka dia juga ada masa untuk meloncat atau menyelamatkan diri dari melepaskan tembakan.

    JIka anda tidak ada anak atau anak anda masih kecil jangan komen tentang hak orang lain mendidik anak-anak, kerana anak anda nanti belum tahu jadi orang ke tidak nanti. terima kasih

    ReplyDelete
  17. salam,
    kenapakah polis yang disalahkan..
    pernahkah polis dipuji apabila berjaya menyelesaikan sesuatu kes?
    fikirlah tugas polis yang berusaha menjaga keamanan..
    wajarkah remaja 15 tahun berada di luar rumah dan memandu kereta pada jam 2 pagi?
    tapi pernahkah anda terfikir, jam 2 pagi, lebih baik polis duduk je kat rumah, teman anak bini, dan teruskan jenayah berleluasa, biarkan rumah anda disamun etc..


    -anak polis pencen-

    ReplyDelete
  18. Memang kesian kita org melayu ni. Masih boleh lagi berlembut. Itu yg membezakan kita dgn org cina dan india. Masih jaga hati kaum lain walaupun kita ni majoriti dalam negara Malaysia ni. Terpaksa kena tunduk pada kaum yg minoriti. Apa kita nak takut jika dasar yg ada sekarang ni pun lebih dimonopoli oleh kaum cina. Kita pun kena pertahankan kita punya maruah yg asyik di persoalkan oleh kaum lain. Bak kata TUN Mahatir kita tak perlu takut jika apa yg kita buat ni berdasarkan perlembagaan. Biarla dia org kaum lain nak kata apa tapi yg dapat faedah lebih pun dia org kaum lain tu juga. Sebab kita ni boleh tolak ansur.

    ReplyDelete
  19. let this be a lesson to all. the public and the police. personally i think the police is just doing their duties. assuming the unfortunate boy tried to run away as obviously he had no valid driving licence. in this point of view, parents of the boy is also at fault for letting the boy drive. what if he had an accident and knocked someone else dead? are we going to blaME THE POLICE AGAIN

    ReplyDelete
  20. menyelinap keluar, pandu kereta tanpa lesen, tak berhenti walaupun diarah berhenti.. baikkah macam tu?

    pemilik kereta iswara tu boleh didakwa atas kesalahan cuai menjaga barang hak milik sehingga menyebabkan kematian

    polis dah bagi tembakan amaran.. dah kejar jauh2.. tapi kenapa takut berhenti? salah ke polis tembak?

    pernah ke anda fikir kalau yang dalam iswara tu ade senapang.. xke mati polis tu nanti kene tembak..

    ibu, kakak, ahli keluarga... tolong jangan tunjuk2 salah orang.. satu jari tunjuk orang, 4 lagi tunjuk diri anda.. anda malu orang cerita pasal arwah? terimalah hakikat dengan hati terbuka, akuilah QADA dan QADAR!!!

    jangan cuba tutup salah sendiri dengan slahkan orang,,

    anak2 anda meluangkan banyak masa di luar berbanding dengan famili.. boleh ka kata die baik di sekolah, di rumah padahal 70% mase dia bukan dengan anda?

    fikir guna akal waras dan rasional bukan dipandu emosi dan amarah

    ReplyDelete
  21. Salam.

    Saya agak sedih bila baca bbrp posting dlm blog ni. Saya dri Seksyen 11 Shah Alam. Dah duduk sini since tahun 79. Arwah dan klurganya amat kami kenali. Ibunya seorang ibu tunggal yang kematian suami. Seorang yang alim dan berpendidikan. Kenyataan ibunya tidak pandai mendidik tak dapat saya terima, kerana arwah yg kami kenali begitu baik dan amat menghormati org tua. Jadi, saya berdoa, penulis yg menghina ibunya sebegitu, diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Anda tunggulah akibat dri tuduhan anda itu. Anda telah memfitnah seorang wanita yg baik dan mulia pada pndgn masyarakat kami.
    Saya sndri tlh myrtai urusan memandikan jenazah arwah dan solat ke atas jenazahnya.. Wajah arwah begitu tenang dan bersih ketika belum dimandikan lagi.

    Sentimen emosi dalam hal ini tak blh dielakkan. Namun saya juga harus rasional dalam menilai keadaan ini.

    Arwah memang melakukan kesilapan kerana tidak memberhentikan keretanya apabila di suruh oleh pihak polis. Namun, kslhnnya, masih belum melayakkan lagi untuk dia di tembak. Bro and bra (utk pompuan), nak pegang pistol ni, bkn blh suka2 klu takde training, tanyalah kwn kita SB dri kedah tu. Training bp lma bang? Prosedur plak camana bang? blh ke sesuka hati ambik jln mudah utk tembak.

    Sblm itu, arwah telah mendpt kbnrn dri kakaknya utk menggunakan kereta kakaknya utk pergi menolong rakannya yg pancit motornya dan menonton bolasepak. Namun, dalam perjalanan pulang, beliau tergesel sebuah kereta. Seorang remaja 15 tahun, ketakutan, lari dgn laju shgga memotong kenderaan polis. Di situlah sglanya brmula.

    Sahabat sekelian, kita nak expect apa, budak 15 tahun, takde lesen, baru tergesel kereta org, nmpk polis, larilah dia.. saya ada di syed seksyen 11 waktu tu. terlalu ramai saksi yg nmpk, berdas2 tembakan dri kenderaan polis dilepaskan… tak kurang 7 das.. Kelongsong peluru kat jalan masuk rumah beliau je, berbelas-belas. Saya dan rakan2 berada di area rumah beliau setiap hari. Semalam tghri masih ada lg pihak forensik dtg mengutip kelongsong2 peluru yg masih tgl.

    Saya sendiri telah mendgr ktrgn dri the only saksi yg hidup dan berada bersama arwah. Arwah telah ditembak di kpla dan meninggal dunia sewaktu sedang memandu dan itu yg menyebabkan kereta beliau terbabas ke longkang di jalan masuk ke rumahnya. Hairan, mcmna org yg dah kena tmbak mati tu, boleh reverse kereta dia ye. Ntahlah, biarlah pihak polis yg jawab, mereka lbh arif. Arwah ketika kereta terbabas, jatuh ke peha rakan disblhnya, masih smpt ckp, “ko kena lari cepat”. Kawan ni klua je kereta, kena pijak n tendang dgn polis, kuasa Allah nak slmtkn seorg saksi, 2 anggota yg amat terlatih dgn tempur tanpa senjata ni, gagal menghalang rakan mangsa (yg juga budak 15 tahun) yg masih hidup ni utk bangun dan lari sampai polis kejar pun tak dpt.. Huh..

    Kepada bloggers2, saya tak mengatakan arwah tak salah langsung.. dia tetap salah kerana tak brntikan kenderaannya.. tp bro n bra, put urself in 15 yrs old kid shoes lah, yg bwk keta takde lesen, bru lps tgesel keta org, kna kjr lak dgn polis, tak takut ke? klu tak takut tu, mmg korang adalah putus wayar kat mana2…

    Kslhn lari ni, masih belum cukup kuat utk polis gunakan tembakan maut. Betul tak en Arif Omar? Keta iswara kakak dia tu, kat bhgn sandar kplanya, tembus dek peluru..

    Soal polis mnjlnkn tugas tu betul, cuma cara mereka mnjlnkn tugas dan mengambil tndkn yg boleh dipersoalkan… Mat rempit yg terkenal dgn kisah meragut dan langgar polis dan sekatan polis pun polis tak tembak, inikan pulak yg lari dri polis, tak langgar polis or apa2 sekatan pun…

    Renung2kanlah…

    Baca True Report dri d only saksi yg hidup n bersama arwah ketika itu.. - http://muslimeen-united.blogspot.com/2010/04/laporan-polis-sahabat-arwah.html

    ReplyDelete
  22. saya bercakap mengenai undang-undang dan berdasar lapuran akhbar juga kenyataan ketua polis selangor. bukan mengenai kasih sayang dan kenal atau tidak. itu saya tak ambil tahu. saksi semua ada saksi. polis pun ada saksi. tunggu siasatan lanjut polis. sabar. forensik akan buat siasatan juga berdasar kesan tayar dijalan dan segala aspek juga kesan tembakan. smada tembakan kepada remaja ini sem,asa kejar mengejar atau semasa berhenti. jarak dekat atau jarak jauh. jangan bimbang. siapa yang bersalah akan dihukum. saya hanya bincang berdasarkan kes Tony beliang. baca semuanya. dan fahami. bukan isu kenal atau tidak atau budak ini baik atau tidak. itu penghuni gua tidak mahu ambil tahu pun.

    ReplyDelete
  23. Hakikatnya, kami penduduk seksyen 11 shah alam, yg kawsannya tak sebesar mana, sekangkang kera je, amat2 kesal dgn kejadian ni. Saya dah duduk sini since 1979, tak pnh terdapat kes tembak mati mcm ni.. skli jadi, salah tembak remaja pulak tu, orang yg kami kenal, keluarganya kami kenal lama.. rakan2 saya juga ramai dri anggota pdrm balai s11, balai s6 dan ipk sndri. hari2 kami minum brsama dan elok je... kami tak mnylhkn anggota pdrm scara keslrhnnya, tp ada dua tiga kerat yg bertndk ikut emosi ni, tak ikut prosedur yg amat kami kesalkn...

    harap pihak polis, " jangan tutup salah sendiri dengan salahkan orang.."

    "fikir guna akal yg waras dan rasional bukan dipandu emosi dan amarah"...

    ReplyDelete
  24. saya pun sedih. tapi posting ini bukan membicarakan tentang perilaku remaja ini tetapi hak polis melepaskan tembakan berdasar alasan penghakiman kes tony beliang. itu aje. tak ada pun saya mengatakan remaja ini penjenayah pun. tunggu siasatan penuh polis. takziah untuk keluarga remaja ini. sabar.

    ReplyDelete
  25. NAK TUNGGU POLIS DIHIMPIT DAN MATI DULU DILANGGAR KE , BARU POLIS BOLEH TEMBAK. APA HAK POLIS PULAK.

    CUBIT SIKIT

    DARI HANTU

    ReplyDelete
  26. pg LUPA. INKUES JUGA AKAN DIADAKAN SEWKIRANYA DARI SIASATAN POLIS TIADA KESALAHAN BERLAKU DALAM KEMATAIN REMAJA INI. SEKIRANYA INKUES MENDAPATI ADA / UJUD KES JENAYAH DALAM KEMATIAN REMAJA INI, KORONER AKAN MENCADANGKAN SATU TUDUHAN DIKENAKAN KEPADA PIHAK POLIS YANG TERLIBAT.
    JADI KEPADA KELUARGA DAN MERREKA YANG BERSIMPATI DENGAN REMAJA INI, JANGAN BIMBANG. KEADILAN TERPELIHARA UNTUK KEDUA PIHAK. REMAJA DAN PIHAK POLIS. TUNGGU HASIL SIASATAN PENUH POLIS. TAK PERLULAH NAK BERDEMO.
    ITU KERJA bodoh namanya.HANYA NAK DAPAT KREDIT POLITIK. TAK DEMO PUN SIASATAN AKAN ADIL. INKUES ADA. ITU TERCATAT DALAM UNDANG-UNDANG. TAK PERLU ARAHAN MENTERI PUN. INI PROSEDUR DAN UNDANG-UNDANG. JANGAN DENGAR LOYAR BURUK YANG RAMAI SANGAT DI LUAR TU.

    ReplyDelete
  27. "PG tetap berpendapat berdasar kes Tony Beliang ini, tindakan anggota polis kontinjen Selangor tersebut adalah benar dan mengikut undang-undang. Tetapi amat malang dan PG juga sedih nyawa remaja tersebut telah hilang sia-sia. Usia tidak menjadi alasan untuk seseorang itu melakukan jenayah."

    Seorang lelaki yang jelas dewasa, di Bandar Tasek Selatan, berkhalwat dengan Jururawat Islam, reverse keta sampai nak langgar Tony Beliang. Hmmm, jelas sangat salahnya tu.. Dia tembak selepas benar2 mendapat ancaman dri si mati.. Wajar? Ya wajar!

    "Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMINULRASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

    Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti."
    (Berdasarkan laporan satu2nya saksi yg ada bersama arwah ketika itu - agak2 bertukar or terpakai tak dalam court?)

    Tak tau pulak ye, orang yang dah kena tembak mati boleh reverse keta sampai nak langgar polis dan menimbulkan ancaman...

    "bukan isu kenal atau tidak atau budak ini baik atau tidak. itu penghuni gua tidak mahu ambil tahu pun." PG memang tak mahu ambil tahu sbgmna kami yg telah mengenali mereka2 ini, kecuali benda ni terjadi dalam keluarga or jiran2 PG sendiri.

    Apa yg saya cuba utarakan di sini ialah, kenapa pihak pdrm cepat sgt melatah, label dia nak menyamun or penjenayah? Baca paper hari2, ada je knytaan yg berbeza.. Smlm, ckp budak ni langgar sekatan, hari sblm tu, kejar dri seksyen 25 (taman sri muda, shah alam) lagi..

    Soalnya skrg, kawajaran mengambil tindakan sedemikian oleh pihak polis, dgn berdas2 tembakan yg tak sepatutnya..

    Saya hormat PG kerana menyatakannya dari sudut perundangan dan kes sebelum ni. Namun, kita perlu ada sedikit prihatin dan sensitif kepada kedua2 pihak, bukan shj pihak polis tetapi pihak keluarga mangsa.

    Hakikatnya kita tahu dan sedar, masih ada kes2 sblm ini yg masih belum selesai dan mndpt pembelaan sewajarnya..

    Xpelah, kita berdoa, semoga keadilan tercapai pada kedua2 belah pihak. PDRM akn terus diperayai, arwah dan keluarganya dapat dibersihkan namanya dan mendapat pembelaan sewajarnya..

    p/s: untuk HANTU... kesian, nama pun HANTU.. xpelah, itu pilihan awak, awak yg kenal diri awak sndri..

    Adakah alasan tu cukup kukuh untuk tembak org sesuka hati? Klu kena kat ahli kluarga or kwn baik HANTU, cmna? Hmmm, memang naik HANTU jgk rasanya.. Sabarlah ye..

    Cubit Balik...

    Insan

    ReplyDelete
  28. KPN sedia arah anggota polis undur
    Apr 29, 10 6:02pm

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

    "Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.

    “Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, - termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.

    Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

    Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

    Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu.

    "Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap.

    "Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa.

    NOTA : TAHNIAH TAN SRI. ITULAH JAWAPANNYA. PG SETUJU. RAMAI SANGAT NAK JADI LEBIH POLIS DARI POLIS.

    ReplyDelete
  29. MEREKA INGAT NYAWA POLIS AYAM KE. NAK FIKIR HAL ORANG AJE. HAL POLIS BAGAIMANA. TAK ADAHARGA KE NYAWA POLIS.

    HANTU

    ReplyDelete
  30. Salam.
    Saya teringat kes pemuda mengamuk kerana ditinggalkan kawan, dikatakan menyerang polis yang cuba mententeramkan beliau, berakhir dengan ditembak sampai mati

    kali ni pemandu yang tak memberhentikan kereta, dikejar, dikatakan mengundurkan keretanya, berakhir dengan ditembak sampai mati.

    semua ni berakhir dengan maut atas alasan "nyawa polis terancam".

    persoalan yang timbul :

    kenapa perlu mematikan suspek yg mengancam nyawa polis? kenapa tidak dihalang dengan cara lain atau dicederakan supaya suspek tidak dapat mengatasi niatnya? Adakah satu2nya cara polis melindungi nyawanya dengan tembakan ke tempat yang boleh membawa maut?

    Fikirkanlah tuan2.. ini bukan kes pertama yang membuatkan rakyat mempersoalkan kewajaran pihak polis melepaskan tembakan hingga maut.

    Saya sentiasa menyokong polis dalam membenteras jenayah, tapi tidak bersetuju kepada jastifikasi keadaan yang membenarkan polis mengakhiri hayat suspek jenayah.

    Kejadian malang adik Aminulrashid perlu diambil iktibar semua pihak, termasuk keluarga dan polis agar kejadian ini tidak berulang lagi. Namun, sesuatu PERLU DIPERBETULKAN dalam jabatan ini agar mendapat kepercayaan dalam menjaga ketenteraman serta melindungi rakyat.

    Wallahua'lam

    Walkure

    ReplyDelete
  31. "Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.

    “Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, - termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” - Tahniah Tan Sri, ini memang jawapan yang baik dari seorang amat2 diharapkan. Beremosi dan tak berhemah langsung. Klu Tan Sri beremosi ketika anak buahnya dan tindakan mereka dikecam, salah ke ahli keluarga arwah juga beremosi apabila anak mereka dituduh penjenayah oleh pihak polis tanpa usul periksa?

    "Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis." - Tahniah Tan Sri. 4 Tembakan je? berbelas kelongsong peluru duk kutip, empat je yang tembak.. Hmmm... Camana arwah boleh reverse keta kalau dia dah mati ditembak ye? Hebat budak 15 tahun ni.. Kebal kot..

    "Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa. - Tahniah Tan Sri. Jadi kita boleh lah tgk mat rempit ramai2 kena tembak dgn polis ye lepas ni. Tu lesen untuk tembak tu.. Tungggguuuuu... - Moral of the story, klu polis suruh berenti, berenti tauuuu... lmbt berenti nnt kena tembak. cpt berenti nnt pn kena tmbk jgk, yelah, kut polis tersondol keta kita.. ancaman pada polis jgk kang dikatanya... agak2 la sndri berenti tuu ye..

    Tahniah Tan Sri, Tahniah Tan Sri dan Tahniah Tan Sri sekali lagi...

    Inilah kenyataan dri Tan Sri Musa Hassan yang amat kita harapkan dan percaya kredibilitinya selama ini. Amat terdesak dan tidak berhemah langsung (yg awal2 tu lah).

    p/s: HANTU OH HANTU... Kalau nyawa polis tu macam ayam, kena jgk sembelih dgn tertib dan ikut hukum, klu tak jatuh haram, tak blh makan. Bukan ke tugas polis memang kena fikir hal orang, takkan fikir hal ayam pulak. Hantu lagilah, takkan nak pk jugak. Setiap nyawa tu berharga, jadi kenalah bertindak dgn wajar dan tidak mengikut perasaan. HANTU lainlah, hebat. Pasal tu jadi HANTU..

    ReplyDelete
  32. nak buat camner benda dah jadi

    ReplyDelete
  33. TAHNIAH dan SEKALI LAGI TAHNIAH kepada Ketua Polis Negara dgn 2 statement yang patut dibanggakan oleh Pihak Polis..

    saya pernah dengar seorang bos Jepun saya berkata kepada seorang manager tempatan di sebuah syarikat antarabangsa di Pulau Pinang.. akibat tersilap membuat statement di dalam satu mesyuarat antara syarikat2 Jepun.. ayatnya berbunyi "Resign betta (better)"..

    hanya sedutan kisah..

    ReplyDelete
  34. Salam,

    Benda dah jadi, memang tak blh nak reverse dah. Rakyat taknaklah benda ni jadi lagi dan lagi dan lagi (which is what is happening now)...

    Kalau tak benarkan rakyat buat spekulasi or tuduhan melulu, pihak polis pun janganlah terus2 buat spekulasi or labelkan arwah ni penjenayah. Kalau dah terlepas cakap, mintaklah maaf pada keluarga arwah. Teruskanlah siasatan dengan ikhlas, jujur dan telus.

    Semua orang nak kan keadilan, bukan shj arwah dan keluarganya malahan pihak polis sendiri. Kita perlukan pihak polis sebagai pembela rakyat, pengawal keamanan dan penegak keadilan.

    Kita pn tak mahu pengganas, penyangak or penjenayah bergerak dgn lbh bebas dan buat sesuka hati.

    Kita juga tak mahu pihak polis yang mempunyai kuasa yang besar ni, bertindak semberono.

    Jadi, kesimpulannya, kepada keluarga arwah, kuatkanlah semangat, keadilan akan tercapai insyaAllah. Kepada pihak polis, kalau dah terlepas n tersalah ckp tu, mintaklah maaf, kunjungilah keluarga arwah (mmg tak nmpk pn diorg dtg melawat, dtg kutip kelongsong peluru n tanya soalan adalah), berikanlah sedikit harapan kepada mereka.

    Jalankanlah siasatan dgn ikhlas, jujur, telus dan beramanah. Rakyat faham, tugas polis sukar, jangan tambahkan lagi kesukaran tu.

    ReplyDelete
  35. anak itu adalah harta kedua ibubapanya. baik di dunia mahu pun di akhirat. jika baik anak itu maka berbahagialah kedua ibubapanya. jika tidak baik maka adalah sebaliknya.
    dalam kes adik amirul yang di tembak mati oleh polis dengan fakta-fakta yang telah dinyatakan baik oleh akhbar mahu pun keluarga serta jirannya adalah Allah lebih menyayangi adik Amirul daripada keluarganya sendiri. Allah lebih mngetahui akan hal ini. Oleh itu harap bersabar wahai ibu amirul. segala sakit jerih dan penat lelah dalam membesarkan adik amirul akan di balas dengan kebaikan di akhirat sana. InsyaAllah....

    ReplyDelete
  36. Insyaallah. Amin

    ReplyDelete
  37. Ramai yg jadi lebih polis dari polis.. Lebih wartawan dari wartawan.. Lebih peguam dari peguam.. Lebih hakim dari hakim.. Lebih pengulas dari pengulas... Lebih DJ radio dari DJ radio... Lebih lawak dari raja lawak.. Dan yang paling sedih, lebih tau dari arwah dan rakan arwah sendiri...

    ReplyDelete
  38. siapa cakap ada parang..tu semua bukan sebab untuk polis tembak arwah..dan siapa kata arwah undur kereta ke arah polis tu? arwah tu lari dari polis adalah... malahkereta arwahterbabas selepas arwah ditembak... jadi tak de masa arwah nak main undur2...dan mmg tak masuk akal orang yg tak lawan polis sebaliknya lari dari polis kena tembak membabi buta. dan ingat polis boleh create bukti...jadi siapa hang nak kata parangtu mmg ada dlm boot kereta... dan lagi satu ada orang cakap kalau pakcik2 kat kampung bawak parang dan sabit dlm kereta ..maka dianggap penyamun ya?

    ReplyDelete
  39. Statement paling tidak bijak dan kebudak-budakan oleh KPN, jika seperti kata KPN dan bersetuju dengan KPN maka wajarlah KPN dan semua anggota Polis yang bersetuju dengan rajukkan tersebut letak jawatan sahaja kerana tidak guna makan gaji jika tidak boleh bekerja dengan mengguna otak dan timbang tara, ingatlah gaji Polis adalah duit rakyat dan tugas Polis adalah menjaga keamanan rakyat yang memberi gaji kepada Polis, seperti penduduk yang membayar JAGA untuk jaga keamanan & keselamatan , bila ditegur merajuk ..boleh ke gitu? Tugas KPN membetulkan dan menaik taraf kualiti Polis dan membersih nama Polis dari gelaran koboi atau "trigger happy" itu saja permintaan rakyat, bukan nak dengar merajuk-merajuk ni

    ReplyDelete
  40. Alfatihah untuk arwah adik AMINUL RASHID. Kita patut mengambil ikhtibar atas apa yang terjadi. Untuk kita yang mempunyai anak-anak jagalah anak2 kita dengan sebaiknya dan apa2 pun ketentuan Qada dan Qadar sudah ditentukan oleh Allah S.W.T. Untuk pihak PDRM.. silalah semak semula berkaitan Rules of Engagement..,

    ReplyDelete
  41. bagus juga pihak keluarga arwah meminta agar mewujudkan suhanjaya diraja ditubuhkan secepat yang mungkin untuk membuat siasatan lebih telus untuk kes ini. jika tidak kes ini tak akan selesai sampai bila-bila. seharusnya pihak polis berfikir dulu sebelum membuat tindakan. tembakan bukan cara untuk menyelesaikan masalah. apa guna training, gaji naik tapi bila berhadapan dengan situasi begitu, mereka jadi "trigger happy". bukan saya nak salahkan pihak polis. tidak semua polis begitu tapi saya amat berharap keadilan wujud dlm kes ini. sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  42. Pembangkang gembira kerana muncul isu paling trajik remaja ditembak polis kerajaan(kononnya nak tolong bela, kalau tujuan kerana parti tak payah lah,sah tak ikhlas,sudah lah ,buatlah amal yang ikhlas kerana Allah pula.Ahli keluarga &sahabat berduka , tenteramkan hati mereka untuk terima takdir dan ujian Tuhan,doakan mereka agar dapat bersabar,mangsa pun masih muda , tak banyak lagi dosa macam kita, Tuhan lebih menyayanginya.PDRM pula , jangan leka,teruskan kerja mulia menjaga keamanan negara,memungkinkan kita beribadat dengan selesa.Smoga Allah mengrahmati kita.Kepada yang masih jauh dari suruhan Allah,mulalah taati perintahNya.Para pemimpin yang bertanggungjawab kepada pengikut pengikutnya,masing-masing tolonglah cakap yang benar dan bukan fitnah ,jika tidak tanggonglah dosa pengikutnya yang terima bulatbulat pembohongan dan fitnah yang bantu menyebarkan nya..................AntiPembangkang Kaki Fitnah.

    ReplyDelete
  43. Kepada remaja diluar sana , ambil iktibar kematian rakan sebaya.jangan jadikan angkara begini punca hilang percaya pada polis diraja.Tanpa mereka negara hilang kuasa.....Anti PKF

    ReplyDelete
  44. Pembangkang ke kerajaan ke , ini bukan isu politik tetapi isu nyawa. Jangan lah BN atau Pembangkang nak buat isu pula.

    ReplyDelete
  45. yg bersalah ttp bersalah...pndpt sy,ini adalah kuasa ALLAH...keluarga arwah x perlu mnyalahkan polis 100%..ingtlah,yg sebenarnya..waktu kematian kita telah dicatatkan 100 hari sebelum meninggal dunia..sdah tertera,mninggal pukul brape,di mana,cara mninggal mcm mn..itu semua ALLAH telah mngaturnya....sekian,slmat beramal...semua makhluk ALLAH akan mati..jd,berhenti mnyalahkan org lain.sbb mereka pun makhluk ALLAH jga..fikirkanlahhhhh...

    ReplyDelete
  46. Today, I went to the beach front with my kids. I found a sea shell and gave
    it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She put the shell to her ear and screamed.
    There was a hermit crab inside and it pinched her ear. She never
    wants to go back! LoL I know this is entirely off topic but I had to tell someone!


    My web blog :: Owning Your Own Business
    Also see my web page > click the up coming article

    ReplyDelete
  47. I think what you posted was very reasonable. However, think on this,
    what if you added a little information? I mean,
    I don't wish to tell you how to run your blog, however suppose you added something to maybe grab people's attention?
    I mean "REMAJA DITEMBAK POLIS : POLIS TAK SALAH PUN !" is a little plain.
    You should peek at Yahoo's front page and see how they create article titles to grab people to click. You might add a video or a picture or two to grab people interested about what you've written.

    Just my opinion, it could bring your blog a little bit
    more interesting.

    my web site Best Reseller Hosting India

    ReplyDelete
  48. Hi colleagues, how is the whole thing, and what you want to say concerning this
    paragraph, in my view its genuinely remarkable designed
    for me.

    my site ... please click the following web site

    ReplyDelete
  49. You ought to take part in a contest for one of the greatest sites on the net.
    I will recommend this blog!

    Have a look at my weblog ... This Web-site

    ReplyDelete
  50. Hi there colleagues, its enormous piece of writing about educationand
    entirely explained, keep it up all the time.

    my website bad credit buy home

    ReplyDelete
  51. Preserve up the vital operate. Look forward to studying more from you
    inside the future.

    My blog; money with clickbank ()

    ReplyDelete

PETA PELAYAR