FOLLOWERS

Tuesday 7 April 2009

BN kekal kerusi DUN Batang Air


7 apr 2009

LUBOK ANTU: Calon Barisan Nasional (BN), Malcolm Mussen Lamoh menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air dengan memperoleh majoriti 1,854 undi mengalahkan pencabarnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang. Malcolm Mussen memperoleh 3,907 undi, manakala calon PKR, Jawah Gerang hanya mendapat 2,053 undi. Pengumuman keputusan pilihan raya itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nelson Mujah Girie tepat jam 7.45 malam di Pusat penjumlahan undi Kompleks Sukan Lubok Antu, di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada BN pada 24 Februari lalu, selepas sembilan bulan koma akibat serangan angin ahmar. Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Datuk Dublin Unting Ingkot menang dengan majoriti 3,295 undi mengalahkan Nicholas Bawin Anggat daripada SNAP dengan 2,489 undi.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR