FOLLOWERS

Wednesday 8 April 2009

PKR dan PAS MENANG DI BT SELAMBAU DAN BT GANTANG : TAHNIAH


PKR kekal DUN Bukit Selambau

1. SUNGAI PETANI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah, apabila calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dan 13 calon Bebas. Manikumar memperoleh 12,632 undi manakala calon BN, Datuk S Ganesan, 49, mendapat 10,229 undi dalam pertandingan paling ramai calon dalam sejarah pilihan raya negara. Berita lanjut : KLIK

2. Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah kepada semua yang menang. Semuanya menang 1 kerusi seorang dan menang di kubu kuat masing-masing. Demokrasi telah berjalan. Cuma nak tanya kepada pihak yang berkenaan. Mana hantunya dan sehingga pagi ni tak dengar lagi PENGUMUMAN TERGEMPAR DSAI. Kena tipu lagi le kita semua. Mungkin pengumunan tergenpar akan dibuat semasa PRK di Penanti nanti bila Fairos letak jawatan kerana kes rasuah.


Kepada semua yang bertanding , ingat bahawa kemenangan bukan boleh membuatkan kita riak dan takbur. Kemenangan membawa bersama beban dan tanggungjawab. Jawatan bukan keistimewaan tetapi beban dan tanggungjawab. Bekerjalah dengan ikhlas bagi Agama, Bangsa dan Negara.


Kepada yang kalah, kekalahan bukan penamat kepada pejuangan dan tanggungjawab anda. Sebenarnya tanggungjawab anda baru bermula. Berkakhirnya sesuatu perkara itu adalah permulaan dan bermulannya sesuatu yang baru. Yang baru itu bermakna , kaji sebab kekalahan kita dan bekerja ke arah kemenangan. Jangan mempersalahkan orang lain. Cermin diri sendiri.

1 comment:

  1. ape ? kubu kuat masing2? hoi mangkok, tgk balik pr dolu2 , tu kubu kuat sape? dah kalah xnak ngaku. budus....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR