FOLLOWERS

Saturday 4 April 2009

ISA DAN PEMBEBASAN 13 TAHANAN : DSAI KRITIK LAGI



Malaysiakini

Anwar minta rakyat jangan tertipu...
Wong Teck Chi Apr 3, 09 10:09pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat supaya tidak tertipu dengan pengumuman pembebasan 13 tahanan ISA oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Ketika ditemui pemberita di Bukit Selambau, Anwar berkata pembebasan tahanan ISA itu tidak sama dengan reformasi

Sepatutnya, tegas beliau, Akta Keselamatan Dalam Negeri itu dimansuhkan terus.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, memang sudah menjadi kebiasaan bagi perdana menteri yang baru dilantik, untuk membebaskan tahanan ISA bagi menunjukkan sikap keterbukaannya. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Betul atau tidak posting yang penghuni Gua tulis semalam mengenai perkara di atas. Mereka akan tetap kritik walaupun itu yang mereka minta sejak dahulu. Mereka ini semuanya sama. Mungkin mereka tidak akan kritik kerajaan sekiranya diberikan kebebasan penuh dan benarkan lelaki perempuan menjalin hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah ( kes Eli ), benarkan hubungan lelaki dengan lelaki ( biasalah TST cukup le ) atau wanita dengan wanita atau benarkan ahli politik mengambil rasuah ( seperti Tim Ketua Menteri yang nak lari ke luar negeri waktu subuh melalui Singapura ). Kalau dibenar ini semua baru mereka semua senyum lebar. Demokrasi katakan.


Jadi kepada DS Najib, jangan sekali-kali membuat kajian semuala mengenai ISA dengan menyentuh perkara-perkara asas yang menjadi dasar / preamble kepada ISA. Lihat semangat ISA keseluruhannya. Ia dibentuk dan digubal sebegitu rupa untuk menangani musuh negara yang begitu bijak dalam mengeksploitasi kelemahan undang-undang. Mereka semua ini tidak akan memperdulikan keselamatan dan hak asasi awam. Kepentingan mereka lah yang terlebih dahulu diambil kira.


Mereka semua tetap tidak akan puas walau apapun yang kerajaan lakukan. Tentang ISA, saya mencadangkan hanya hukuman dan tempoh tahanan sahaja boleh dikurangkan bukan yang lain-lain.

Sebelum ini pun , tidak ada penyalahgunaan ISA dilakukan oleh pihak berkuasa. Ia hanya satu persepsi oleh beberapa orang. Pihak berkuasa begitu berhati-hati menggunakan dan menguatkuasakannya. Hanya apabila keadaan begitu mendesak barulah ia digunakan. Itu pun dengan penuh berhemah. Kesannya lihat lah sekarang. Negara terus stabil. Apa pun alasan tentang kestabilan ini ialah kita tidak nafikan ia adalah sebahagian sumbangan dari ISA. Jadi jangan lupa jasa akta ini. Jika kita ubahsuai terlalu banyak kerajaan akan mengahadapi kesukaran jika sesuatu yang buruk berlaku.


Hendak menggubal semula ISA seperti keadaan asal akan menjadi sesuatu yang mat sukar. Nak mengubahnya amat senang. Jadi berhati-hatilah dengan desakan menghapuskan ISA ini. Inilah benteng terakhir pertahanan ketuanan Malaysia.


Saya sokong kekal dan ketatkan lagi ISA . Bukan melonggarkannnya. SELAMATKAN ISA ( 救,拯救,救济;保全。)

2 comments:

  1. salam bro,
    anwar memang macam tu-da takde modal

    ReplyDelete
  2. SALAM SDR
    PEMBANGKANG TETAP AKAN CARI 1001 MCM ALASAN WLPUN KERAJAAN MELAKUKAN PEKARA YG BAIK

    ReplyDelete

PETA PELAYAR