FOLLOWERS

Friday 3 April 2009

JUMAAT DI MASJID NEGARA



Tengahari tadi Penghuni Gua pergi bersembahyang jumaat di Masjid Negara. Tengok sekeliling bila nak parking motor. Penuh dengan kereta besar-besar. Ingatkan siapa yang datang. Rupanya Perdana Menteri baru kita DS Najib Tun Abd Razak. Dapat juga le aku bersembahyang jumaat bersama satu masjid dengan PM baru ni. Tak jangka langsung.


Apa yang nak dibawa ini , ialah khutbah yang di bacakan iaitu bertajuk : Jawatan : Bukan Keistimewaan tetapi adalah Tanggungjawab. Bagus khutbah itu. Memang wajar dibaca dengan kehadiran DS Najib disitu. Khutbah ini memang ditujukan untuk nya walaupun secara tak langsung ia juga mengingatkan kita sebagai kakitangan kerajaan agar jangan berbangga dan lupa diri apabila dinaikkkan pangkat dan menjawat jawatan tinggi. Selagi tinggi jawatan dan pangkat seseorang maka lebih berat tanggung jawab tang terpikul dibahunya.


Jadi baguslah dibacakan pada hari ini di Masjid Negara sempena perlantikan YAB DS Najib sebagai PM dan beliau pula hadir bersembahyang di situ. Sekurangnya telingannya di sumbat juga selama 30 minit mendengar khutbah tersebut yang secara langsung menerangkan kewajipan dan tanggung jawab seseorang pemimpin.


Kepada kita sebagi Bloggers juga boleh diserap sedikit khutbah berkenaan bahawa sebagai bloggers ( bukan semua orang boleh jadi bloggers kerana asas pertama yang perlu ada kena mahir juga tentang komputer ) kita juga bukan istimewa dan bukan hak kita sepenuhnya untuk menulis. Ia bukan kebebasan mutlak untuk menulis apa sahaja tanpa batas. Bloggers ada tanggung jawab. Bloggers perlu mementingkan keselamatan negara dan rakyat seluruhnya.


Tulisan mereka hendaklah berasas. Bukan membuat tuduhan untuk memburukkan orang lain di atas kemahiran kita menulis dan kemahiran dalam IT. Bloggers perlu bertanggungjawab. Blog bukansatu keistimewaan. Tetapi ada tanggungjawab di atas blog kita dan ada tanggungjawab di atas penulisan kita. Bukan blog untuk memaki hamun dan mencerca serta memfitnah.


Sebarang tuduhan dalam tulisan hendaklah ada bukti. Jika tidak ia dinamakan fitnah. Ini boleh merosakkan negara dan rakyatnya. Jika ada kritikan berikan dengan cadangan. ini prinsp yang dipegang oleh Penghuni Gua.


Penghuni Gua : Akan terus menulis. Periksa dah dekat. Sedang mandi pun berpeluh. Macam peluh Datuk Ali Rustam aje rasanya.( Dato Ali Rustam cakap : semasa dia kena hukuman lembaga disiplin UMNO , mandi dalam kolam pun badan boleh berpeluh).

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR