FOLLOWERS

Saturday, 4 April 2009

TAK SABAU, SABAU !


Bernama


KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Seramai 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibebaskan akan keluar dari Kem Tahanan ISA Kamunting Taiping esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.Beliau berkata kesemua mereka akan dibebaskan sejurus selepas semua proses dokumentasi mengenai kes dan pembebasan mereka disiapkan."Tidak bolehlah bebaskan mereka serta merta, ada beberapa urusan dokumentasi perlu disiapkan terlebih dahulu.

"Kesemua mereka akan kita bebaskan esok setelah dokumentasi yang berkaitan lengkap," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri semalam mengumumkan mengenai pembebasan serta merta 13 tahanan ISA.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan semalam berkata, dua peguam Hindraf V. Ganabatirau, 40, dan R. Kenghadharan, 40, adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan itu. Mereka ditahan pada 13 Dis 2007.

Tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006.

Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.Tiga rakyat asing itu ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007.Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003. Tempoh tahanannya sepatutnya berakhir pada 2011.-- BERNAMA

Penghuni Gua : Sabau le. Tak meyempat kome semua. Bukan nak lepas kambing di kandang. Ada proses dokumentasinya. Nanti ada lebam-lebam katakan pulak polis pukul. Kena le periksa doktor dulu ke untuk pengesahan tiada sebarang kecederaan dan sebagainya. Banyak borang yang perlu diisi. Itu le , lain kali nasihat le pada anak-anak anda dan suami-suami anda dan oleh keluarga anda, jangan buat perkara yang menyalahi undang-undang. Polis tak tangkap kami pun. Kami tak ada rasa takut pada ISA pun. Malah rasa selamat lagi dengan adanya ISA. Fikirlah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR