FOLLOWERS

Monday, 6 April 2009

BACA AL QURAN : Kor Ming dituduh persenda Islam


Malaysiakini

Kor Ming dituduh persenda Islam
Jimadie Shah Othman Apr 5, 09 7:43pm

Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.
Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.Dia juga mendakwa Nga meuat ucapan dalam satu ceramah di Changkat Jering dua hari lepas dan turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.

Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu.Disiar dalam blogMenurutnya, ceramah tersebut juga turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.Oleh itu, Osman berkata, beliau merasa terpanggil untuk membuat laporan polis selaku presiden badan tersebut.

Beliau hadir bersama kira-kira 15 penyokongnya yang sebahagiannya memakai baju BN dan baju yang dengan lambang Umno.

Sementara itu, Setiausaha kehormat badan tersebut, Hassan Hamzah meminta Nga memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung perkara itu.Beliau berkata, pihaknya sedia memaafkan Nga jika beliau berbuat demikian. "kerana Islam merupakan agama yang menggalakkan perpaduan".

Hassan juga turut menggesa badan agama Islam - antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan - supaya memberi penjelasan mengenai fatwa penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam.

Penghuni Gua : Aku tengok juga dalam TV 3 ( Berita Perdana jam 8 malam ). Siap puak-puak Islam ini bertepuk tangan lagi. Baca pun salah. Pengertian pun salah. Itu pun mereka tepuk tangan separuh nyawa. Penghuni Gua tak salahkan YB Cina tu. Tetapi salah mereka yang bertepuk tu yang terdiri dari orang Islam. Tambah lagi dengan bertempik dan melolong. Lihat Video di Blog : AnuarDotCom

Asyik sangat dan taksub yang membabi buta hingga sanggup Islam dipermainkan di pentas politik. Tak tahu le apa nak jadi dengan mereka yang mengaku alim ni. Tapi yang pasti, mereka ini tetap ada dalil untuk membenarkan tindakan TB ini. Lihat lah nanti.

Mufti Perak pun menggeleng kepada melihat dan mendengar perkara ini. Tadi dalam berita pun telah di komen oleh dato Harussani bahawa perbuatan tersebut tidak wajar . Ia mengatakan seolah YB ini mempermainkan Islam. Yang berdosa besar ialah mereka yang bersorak dan bertepuk tangan tu le. Ini kerana mereka memberi galakan untuk YB ini untuk terus berucap seolah perkara tersebut benar. Mereka tidak merasakan Islam sedang dihina. Rendahnya maruah mereka ini.

Penghuni Gua : Baca surat khabar lama aje.

1 comment:

  1. Mufti pun dikutuk juga... jika tak ikut hawa nafsu mereka..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR