Sikap berdiam diri Najib katanya, menunjukkan seolah-olah beliau akur dengan laporan akhbar tersebut. Nak lebih lanjut : KLIK
Jadi bagi menjawab cakap Badrul tu senang sahaja :
1. Bersihkan pemimpin anda DSAI tu dulu. Hakim yang membebaskan DSAI tu dulu mengatakan ( Lihat Malaysia Law Jurnal 2004 ) bahawa " sesiapa pun hakim yang membicarakan kes ini tidak akan menyangkal dan menafikan bahawa DSAI adalah seorang pengamal Homoseksual. Walau bagaimana pun DSAI terpaksa dibebaskan kerana kekurangan bukti yang dikemukakan oleh polis pada hari kejadian DSAI dituduh melakukan liwat berkenaan. ". Itu sahaja. 2 Hakim berkata dan berkeputusan sedemikian. Jadi ia bukan dibebaskan kerana tidak melakukan liwat tetapi kekurangan bukti pada hari ia dituduh melakukannya. Jadi kepada Badrul, bersihkan bos dia dahulu .
2. Kes terbaru DSAI dituduh meliwat Saiful ( akan dibicarakan ). Jangan kata nak saman saiful , nak bersumpah pun tak berani. Bukannnya keluar duit 1 sen pun. Air liur aje. Tak sampai 5 minit. Pun tak berani hendak menyahut cabaran sumpah laknat dari budak mentah tu. Jadi bersihkan dulu Bos anda bagi tuduhan ini. Dengan sumpah cukup le. DSAI kan suka bercakap. jadi bersumpah pun bercakap juga , cuma gunakan nama Allah sahaja.
3. Kes YB Fairos : Tim . Ketua Menteri Pulau Pinang. Kena tangkap oleh SPDRM ditambak Johor ( menyelinap nak lari keluar negeri melalui Singapura supaya tidak dapat dikesan pihak berkuasa Malaysia di mana destinasi yang akan dituju ). Bersihkan dulu wakil rakyat anda. Mengapa senyap membisu tentang kesalahannya. Tak ada komen pun dari Bos dan anda sendiri. Kes ini dah sah. Rasuah. Bersihkanlah.
4. Kes Eli Wong ( exco ) Selangor yang melakukan perbuatan tidak bermoral iaitu bersekedudukan dengan lelaki melayu tanpa ikatan perkahwinan yang sah. PKR bagi cuti lagi nak lengahkan supaya tak disebut dan dijadikan isu semasa PRK di BT Selambau dan Bt Gantang. Bersihkanlah kes ini. Dah sah memang dia buat. Apa tangguh lagi keputusanhya. Eli nak letak jawatan mengapa tak luluskan kalau betul anda seorang kaki atau tukang pembersih.
5. Kes MB Selangor , Tan Sri Khalid. Ini pun dah sah . Mengapa tak bersihkan. Bersihkanlah.
6. Kes Apandi Ali Adun Pas Jeli yang dituduh pada 2001 dulu dan disabitkan bersalah oleh mahkamah Kota baru kerana buat tuntutan palsu. Bersihkanlah dulu kes ini. Spatah PAS tak berbunyi.
7. Kes Exco PKR selangor si YB Ronnie tu yang dituduh menghalang penjawat awam ( MPAJ ) untuk menutup pusat pelacuran dan karaoke dan kes masih berjalan. Bersihkanlah. Kemetot, Sepatah haram DSAI dan Badrul tak berbunyi pun. Bersihkanlah.
8. ADUN Bt Selambau. YB V Arumugam yang meletakkan jawatan exco dan ADUN Bt Selambau sehingga diadakan PRK sekarang. Dia didakwa ( benar pun ) menjalinkan perhubungan tanpa kahwin sehingga melahirkan anak. tak berbunyi pun anda semua. Bersihkanlah.
9. Dan banyak lagi kes-kes yang lain yang tak perlu Penghuni tulis. Semua orang tahu. Satu MALAYA tahu. Dot. Dot. dot dot dot dot dot dot. Bersihkanlah semuannya.
Lepas semua bersih, biar Penghuni Gua akan pergi sendiri jumpa PM untuk beri nasihat bagi PM bersihkan namanya dan mengajar cara nak bersihkannya juga . ( Satu negeri dengan PM , takut apa nak jumpa nya. Orang yang cukup mudah nak ditemua dan tak berbahasa kasar pun. Jadi takut apa. ) .
Tak perlu pun saman menyaman tu. Buang masa aje. Lepas tu Penghuni Gua akan tutup blog ini. Ingat bersihkan dulu semua yang dinyatakan di atas. Sebersih-bersihnya . Jangan cakap aje. Anda buat lah dulu.
Penghuni Gua : Bersihkan hati
Salam Penghuni Gua..
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan hujah anda..
Salam perjuangan