FOLLOWERS

Thursday 6 August 2009

DEMO HARAM GMI : KAITAN KEMPEN HENTAM MELAYU !







SUDAH terlalu banyak kenyataan dan ulasan diberikan pelbagai pihak berhubung demonstrasi jalanan menuntut pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu. Kesan dan motif sebenar perarakan haram anjuran pakatan pembangkang melalui gerakan yang mereka namakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu juga sudah banyak diperkatakan. Namun, tidak ramai yang sanggup berterus terang bahawa matlamat sebenar tersirat di sebalik penganjuran tunjuk perasaan yang tidak perlu itu bukan kerana ISA atau untuk menuntut pemansuhan undang-undang berkenaan.

Ia jelas daripada jerit pekik dilaungkan penunjuk perasaan yang lebih banyak memaki hamun kerajaan dan polis. Laporan bahawa sebahagian peserta diupah pihak tertentu untuk mengambil bahagian serta dakwaan seorang bapa bahawa anak remaja beliau dipergunakan tanpa kerelaannya untuk menyertai demonstrasi berkenaan juga membuktikan tanggapan ramai bahawa ISA hanya digunakan sebagai alasan.

Andainya seseorang mempunyai peluang menemubual peserta muda dan remaja dalam demonstrasi itu, pasti akan mendapati bahawa ramai daripada peserta berkenaan tidak pun memahami secara mendalam apa yang dikatakan ISA itu. Rasional di sebalik pemilihan isu ini untuk dijadikan punca demonstrasi juga sukar difahami kerana ia dibuat ketika seluruh dunia sedang memikirkan cara paling berkesan dalam menangani ancaman keganasan sekarang. Pada masa sama, kajian semula terhadap undang-undang peninggalan penjajah itu juga adalah sebahagian daripada keutamaan dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengambil alih jawatan April lalu.

Berdasarkan hakikat ini, jelas bahawa pemilihan waktu, isu dan tempat untuk demonstrasi berkenaan kali ini bukan saja janggal, tetapi juga memudaratkan reputasi mereka sendiri. Dalam hubungan ini ada beberapa andaian yang boleh dirumuskan sebagai faktor pendorong utama demonstrasi jalanan yang aneh dan pelik itu. Ia termasuk:

1. Pakatan Pembangkang kini tertekan akibat peningkatan populariti kepemimpinan Najib sebagai Perdana Menteri;

2. Percubaan untuk mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman yang kini dihadapi Pakatan Rakyat dan parti gabungan mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP;

3. Untuk memesongkan tumpuan rakyat daripada kes mahkamah berhubung tuduhan liwat yang kini dihadapi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan

l Untuk meneruskan momentum menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan hingga pilihan raya umum akan datang.

Di samping matlamat di atas, tiga parti berkenaan dipercayai mempunyai matlamat tersendiri masing-masing untuk turut mendalangi demonstrasi berkenaan. Seperti biasa dalam usaha mencapai matlamat tersendiri yang dalam kebanyakan kes berbeza-beza ini, masing-masing tidak akan teragak-agak menggunakan atau lebih tepat memperkudakan rakan sendiri. Dalam hubungan ini, untuk memenuhi impian mengangkat pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri satu hari nanti, PKR akan terus memperalatkan Pas dan DAP dalam apa juga isu dari semasa ke semasa.

Pas yang menyedari mereka akan hanya boleh berkuasa dengan sokongan pengundi bukan Melayu akan terus membiarkan dirinya digunakan PKR dan DAP. Pada masa sama, DAP yang majoriti penyokongnya pengundi Cina dan India sangat memerlukan sokongan pengundi Melayu dalam kawasan yang mereka menjadi pengundi penentu. Oleh itu, walaupun Pas sering menyakitkan hati pemimpin DAP, parti Islam itu mahu tidak mahu, terpaksa juga dijadikan kawan. Walaupun begitu, DAP sedar bahawa kelangsungan hidup mereka sangat bergantung kepada pengundi Cina dan bukan Melayu yang lain, berbanding pengundi Melayu. Sebab itu mereka tidak akan segan silu mewarnai apa juga isu dengan warna perkauman jika ada kesempatan.

Usaha ini sudah lama dilakukan. Ia menjadi lebih ketara selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada April lalu apabila keputusannya memperlihatkan kemungkinan yang lebih cerah untuk mereka mengambil alih pemerintahan satu hari kelak. Mereka menganggap suasana sekarang sebagai kesempatan ideal untuk menghakis apa yang sesetengah pemerhati politik bukan Melayu anggap sebagai benteng terakhir hegemoni politik Melayu (the last Malay political hegemony) di Malaysia. Sesiapa saja yang mengikuti gelagat politik DAP akhir-akhir ini akan dapat mengesan satu pola yang lebih mirip atau menjurus ke arah satu kempen atau gerakan terancang memburukkan kepemimpinan atau institusi Melayu.

Kempen menghentam Melayu (Malay bashing) ini bermula dengan penciptaan istilah seperti Umnoputra, Umno elit dan sebagainya membawa kepada kritikan melampau terhadap kedudukan istimewa orang Melayu, institusi Raja-Raja Melayu sehinggalah kepada cara mereka memutar belit isu yang berbangkit dari semasa ke semasa. Contoh terdekat ialah isu ketuk ketampi seorang wanita dalam tahanan polis yang didakwa gadis Cina, tetapi akhirnya terbukti wanita Melayu tempatan tidak lama dulu.

Terbaru ialah isu siasatan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kononnya sengaja ditumpukan kepada kaum Cina. Kematian seorang daripada saksi kes yang sedang disiasat, Teoh Beng Hock juga sengaja dikaitkan dengan SPRM hingga ada di kalangan orang ramai percaya beliau dibunuh oleh pegawai SPRM ketika soal siasat.

Semua ini bertujuan membakar sentimen orang Cina sehingga akhirnya Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, menerima ugutan bunuh. Adalah dipercayai bahawa pembabitan dalam demonstrasi menentang ISA pada Sabtu lalu juga sebahagian daripada kempen menghentam Melayu itu dalam erti kata kerajaan yang dijadikan sasaran dianggap sebagai kerajaan Melayu.

Malangnya, strategi berkenaan nyata meleset apabila sebahagian besar pembabitan terdiri daripada orang Melayu sehingga ada di kalangan mereka berasa diperbodohkan penganjur. Sampai bila kempen menghentam Melayu ini akan diteruskan? Apakah Melayu sanggup membiarkan persepsi bahawa yang malas itu Melayu, yang rasuah itu Melayu dan yang bodoh itu Melayu berterusan tanpa penyudah?

Penulis ialah bekas Ketua Pengarang Bernama

2 comments:

  1. tak nak ulas panjang sangat.

    masa perhimpunan Ppsmi tu .. lagi ketara yang dorang dok kutuk umno, bukannya NAK MANSUHKAN PPSMI! gile babi tol.. babi pun tak gile macam dorang. yang bestnya bukan setakat budak kecik dan budak sekolah jer dorang ajak...


    DENGAN BUDAK2 OKU pun dorang angkut sekali! aku ada gambar tu lagi.. masa tu aku pun pergi gak..

    memang celaka gile pig la dorang. Nak berhimpun utk mansuhkan ISA konon .. kirim salam maut jer la kat anwar dan pakatan rakyat yang rapuh dan rosak itu

    ReplyDelete
  2. Sejak bila Melayu jadi penakut?
    Melayu tak pernah di ajar jadi takut mempertahankan haknya.

    Kalau perlu Melayu akan ke jalan raya berdemonstrasi....macam di London dulu.

    Wahai orang Melayu, beranilah sikit....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR