FOLLOWERS

Thursday 6 August 2009

H1N1 : KEMATIAN BERTAMBAH : HATI-HATI !






SEKALI lagi akhbar Awang menyiarkan jumlah kematian terbaru kes selesema babi (H1N1) iaitu empat orang semalam – kematian tertinggi dalam sehari. Ini menjadikan 12 kematian akibat H1N1 di negara kita.

Tiada apa yang menggembirakan dengan peningkatan itu tetapi semua kita perlu mengambil iktibar betapa kita kini berdepan dengan satu wabak yang telah menyerang 168 negara termasuklah Malaysia. Penyakit itu telah pun meragut 1,154 nyawa di seluruh dunia.

Sungguhpun kita tidak perlu cemas, namun tiada alasan untuk kita memandang mudah wabak tersebut. Banyak institusi terpaksa ditutup bagi membendung wabak terbabit menunjukkan ancamannya semakin ketara.

Pihak berkuasa telah pun mengambil langkah-langkah tambahan melibatkan peruntukan RM20 juta dalam menangani isu ini.

Namun sekali lagi Awang mengajak masyarakat Malaysia memberi perhatian cukup serius dengan mengambil langkah-langkah pencegahan awal. Tiada lagi tolak ansur dalam hal ini.

Sebagai usaha berkesan, setiap anggota keluarga perlu dididik menjaga kesihatan diri serta mengawal pergerakan dan aktiviti terutama di tempat-tempat tumpuan awam kepada yang benar-benar perlu sahaja.

Awang – Bimbang.

1 comment:

  1. Langkah yg boleh kita ambil ialah dgn membanyakkan minum air hasil bacaan yasin. Itu ikhtar kita memohon dari Allah.
    _______________________
    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete

PETA PELAYAR