FOLLOWERS

Tuesday 4 August 2009

BIR HALAL RONNIE : TAHNIAH YB DATO DR HASSAN ALI !




Penghuni Gua : 2 hari lepas PG ada mengemukakan pandangan mengapa Dr Hassan Ali boleh membisu mengenai isu yang melibatkan islam ini yang telah dilakukan oleh YB Gangster Ronnie Liu ini.

2. Pada hari ini , PG lihat barulah YB Dato Dr Hassan Ali mula bersuara dan mendesak agar Gangster Ronnie ini digugurkan sebagai exco kerana mengarahkan arak yang dirampas oleh penguatkuasa MBSA dipulangkan semula kepada 7-Eleven. Bagus dan PG tabik Spring kepada tindakan Dr Hassan yang berani.

3. Yang benar kita sebagai pemimpin apatah lagi yang memperjuangkan islam misti berkata benar dan berani menegur. Amat jarang pemimpin PAS lain berani melakukan apa yang YB Dr Hassan ini lakukan. PG tidak mahu tahu apa sebab Dr Hassan berani bertindak begini. Tetapi yang jelas , inilah yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang diamanahkan Allah untuk mentadbir bumi ini lakukan. Lupakan politik sekejap. Kemaslahatan umum khususnya masyarakat islam harus diutamakan.

4. Tahniah Dr Hassan. Agar tindakan ini berterusan dalam perkara-perkara yang lain. Lebih bagus jika Dr Hassan mengarahkan mana-mana pihak membuat lapuran polis mengenai penyalahgunaan kuasa Ronnie Liu dalam kes memulangkan semula arak ini. Ia adalah satu kesalahan dibawah kanun keseksaan dan Akta Pencegah Rasuah.

5. Tahniah .

10 comments:

  1. ada udang disebalik batu kot????

    ReplyDelete
  2. Saudara PG bolih percaya ke?
    Itu semua watak-watak pelakon wayang cina yg make-up tebal-tebal.Kalau betul-betul ikhlas perjuangan Islam mu wahai Hassan Ali jangan lagi bersekongkol dgn dia orang.Hasan Ali yang letak jawatan dan PAS Selangor keluar dari Kerajaan PR.Jalan sendiri dan tegakkan BENDERA PERJUANGANMU YANG ASAL.Pasai ulama Datok Harun Din dan Datuk Ismail Kamus dah tiada respon tindak tanduk kau orang lagi mungkin tidak mahu subahat.

    ReplyDelete
  3. Balik2 skrip yang sama jer bila ada pilihanraya kecil.

    PAS – suruh gugurkan YB Ronnie
    DAP – akan ugut nak keluar dari pakatan
    PKR – Bang Nuar akan panggil mesyuarat
    BN – akan kata pakatan dah goyang
    klimaksnye : Semuanya selesai atas muafakat cara pakatan selepas bang Nuar panggil mesyuarat. Last2 sekali dikatakan ni semua konspirasi BN.

    Tukar2 le skrip sket. Tambah makhluk asing dari planet Marikh ke aper ke. Dah selalu sgt la skrip ni digunakan. Panel skrip kena lebih kreatif supaya penonton tak kebosanan serta boleh mengagak kesudahan skrip ni.

    ReplyDelete
  4. Jangan tak tau isu ni sengaja diadakan sebab nak dijadikan isu oleh PAS bila mengatakan mereka benar-benar islamik..menjelang pilihanraya di permatang pasir..jangan jadik serupa lakonan azizan dan dap di kedah masa menjelang pilihanraya manik urai...keluarje isu pastu berbaik semula...so berhati-hatilah..

    ReplyDelete
  5. akhirnya barulah ada pihak nak bersuara. tapi tak tahulah kalau ianya masih setakat melepaskan batuk di tangga..

    ReplyDelete
  6. Tuan,
    Pemimpin PAS yang lain duk sibuik nak pi Cakrawala..nak survey sempadan utk royalti kelantan...siap bawak surveyor lagi tuan..

    saya kerja O&G pun nak buat exploration ambik masa 2-3 tahun nak survey berapa banyak minyak dlm laut..

    diorang nak survey tgk sempadan je...pastu bgtau rakyat kelantan kita boleh tuntut RM1bil kat federal..haha..

    sepatutnya diorg ni kena lah sabar & berbincang dgn federal bukan pi naik pelantar dgn kapal nelayan..

    tu yang terlampau sibuk sgt sampai tak sempat nak bagi fatwa pasal ronnie liu..

    ReplyDelete
  7. tu skrip je tu..
    esok lusa..berpeluk pulak mintak maafff...

    ReplyDelete
  8. betul tu aku sokong kau. kat tgganu mereka dah ada kemudahan petronas yg sewa tanah kjaan negeri boleh la bayar royalti. kat klantan apa yg ada, minyak pun kat sempadan antarabangsa.

    gimik betul laaa...

    salim

    ReplyDelete
  9. yg skrip tu pun aku sokong...
    asah nak p/raya jeee mula la berlakon.

    kalau betul hasan ali nak tegakkan isle. keluar pas...baru ada akaii.....kalau stakat suruh tuka ronnie, aku pun leh ckpp...

    salim

    ReplyDelete
  10. lepas ni mesti dap mengamuk punya,lepas tu pas purak2 buat degil tak mau beralah konon2 pejuang Islam sejati,lepas tu berbalas statement dalam paper bagi nampak panas konon2nya pas-dap suda mau pecah kongsi..

    lepas tu bn interframe kasi bakar sikit,lepas tu macam biasa hero tamil datang dan menyelamatkan keadaan,pas-dap bercumbu mesra semula,kendian keputusan prk permatang pasir pr menang lagi..

    skrip pra prk aje ni,diorang recycle setiap kali ada prk,tuan direktornya sape lagi kalau bukan siputar alam anwar berahim

    diorang ni tak abis2 buat kelakar

    ReplyDelete

PETA PELAYAR