FOLLOWERS

Tuesday, 4 August 2009

TAMADDUN ISLAM 11


Nota : Ini adalah ringkasan nota-nota kuliah lama PG yang dicatit oleh Che Zaimani semasa PG belajar dulu-dulu kala. Mungkin berguna kepada kita semua. Kepada pelajar, sila buat bacaan tambahan. Tq.


Kuliah 11

ZINA DAN PERSETUBUHAN HARAM

Zina.

Zina adalah perbuatan yang paling keji di sisi Islam kerana akibatnya kepada keluarga,masyarakat dan akhlak. Sabda Nabi` Tidak ada sebarang dosa yang lebih besar selepas syirik selain dari mani yang di tumpah oleh seseorang ke dalam rahim yang tidak halal baginya.

Definisi

Persetubuhan haram yang sengaja dilakukan di antara lelaki dan perempuan tanpa syubhah (keraguan). Dua perkara penting :

i. Persetubuhan haram.
ii. Sengaja melakukannya (ada niat jahat/curang).

Persetubuhan haram.

Persetubuhan pada faraj perempuan . Memadai kemasukan kemaluan lelaki ke paras takuk dan tanpa disyaratkan kemaluan lelaki berada dalam keadaan tegang dan keluar air mani. Sementara persetubuhan yang dilakukan semasa isteri haid tidak dikira zina.

Persetubuhan pada dubur.

Pendapat berbeza adakah liwat terjumlah sebagai berzina. Pendapat menyokong memberi sebab ianya zina sama ada dilakukan pada dubur perempuan atau lelaki kerana dari segi makna melepaskan syahwat pada tempat yang diharamkan dan tidak di ingini. Ayat telah diturun kepada Nabi Luth perbuatan(liwat) mereka adalah amat keji ( Al- Angkabut).

Pendapat Abu Hanafiah pula menyatakan liwat bukanlah zina kerana liwat melalui dubur iaitu berlainan makna. Hukumannya juga berbeza.

Hukuman Liwat.

Pada yang menyatakan liwat adalah zina maka hukumannya adalah seperti Zina. Ada pendapat menyatakan orang yang membenarkan dirinya di liwat hendaklah dikenakan hukuman sebat dan buang daerah.

Ada pendapat(mazhab Shafie dan Hanabilah) menyatakan hukuman kedua-dua orang meliwat dan memberi liwat adalah bunuh berdasarkan sabda rasullah ` Sesiapa yang kamu dapati mengerjakan amalan kaum Luth, maka bunuhlah orang yang melakukan dan yang membenarkan dirinya dilakukan demikian`

Cara membunuh penjenayah liwat terbahagi dua :

i. Direjam sehingga mati seperti hukuman zina.
ii. Dibunuh dengan pedang. Jika bunuh dengan mutlak mengikut hadis rasulllah adalah di pancung dengan pedang.

Persetubuhan pada dubur isteri.

Pendapat adalah berbeza. Mengikut Imam Ahmad,Abu Yusof, dan Muhamad perbuatan tersebut adalah zina pada asalnya, tetapi digugurkan kerana keraguan pada pemiliknya. Namun begitu ia tetap haram dan boleh dikenakan hukuman takzim.

Menyetubuhi mayat.

Bukanlah zina. Kerana anggota yang telah rosak dan tidak mendatang kelazatan yang memerlukan pencegahan.

Menyetubuhi haiwan.

Bukan zina kerana tidak menepati takrif zina, tetapi boleh kenakan hukuman takzim.
Hukuman bunuh berdasarkan sabda nabi ` barang siapa yang mendatangi haiwan maka bunuhlah dia dan haiwan itu bersamanya`.

Bersetubuh dengan kanak-kanak perempuan dan perempuan gila.

Hukuman sama seperti zina walaupun dipertikai ia bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak itu di setubuhi.

Persetubuhan syubhah (ragu).

3 bentuk keraguan yang timbul :

1. Keraguan orang yang melakukannya. Contohnya lelaki yang menyetubuhi perempuan yang disangka isterinya.
2. Keraguan pada tempat sasaran – contohnya menyetubuhi isteri semasa haid atau melalui dubur.
3. Keraguan mengenai hukum iaitu tentang halal atau haramnya perbuatan persetubuhan itu. Contohnya pernikahan tanpa wali sah di sisi Abu Hanafiah begitu juga pernikahan tanpa iman sah di sisi Iman Malik.

Persetubuhan yang dipaksa tidak dikenakan hukuman.

Tidak mampu mendakwa keraguan seperti orang bisu dan gila. Jumhur Fugaha – dikenakan hukuman zina, tetapi perlaksanaan hukuman selepas sembuh dari gila. Abu Hanafiah – kelemahan penjenayah itu adalah keraguan dan boleh dilepaskan dari hukuman zina.

Kasad Jenayah ( Niat curang).

Maksudnya orang melakukan perbuatan dengan sengaja dan mengetahui perbuatannya salah. Jika dia tidak tahu maka tidak boleh dikenakan hukuman. Tetapi mengikut syariat Islam tidak mengetahui tidak boleh dijadikan alasan hujah, kecuali orang tersebut tidak ada kemudahan untuk mengetahuinya seperti mualaf. Oleh itu orang gila yang tidak dapat mengetahui perbuatannya tidak boleh dikenakan hukuman.

1 comment:

  1. maklumat yg baik dan ilmiah dan boleh dijadikan rujukan pada mereka yg masih mencari.
    Tahniah Arif Omar.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR