FOLLOWERS

Saturday, 1 August 2009

DEMO HARAM ISA : PANDANGAN DR ABDUL RANI KAMARUDDIN UIAM !

Bukankah Tuanku YDPA sudah sediakan Dewan Rakyat d... Bukankah Tuanku YDPA sudah sediakan Dewan Rakyat dimana semua wakil rakyat boleh berhimpun dan berbincang semua masaalah rakyat-rakyat yang mereka-mereka wakili?

Buatlah usul di Dewan dan kalau majoriti menyokong dibubarkan ISA - tamatlah riwayat ISA - itulah demokrasi. Kalau rakyat sudah tidak menggunakan wakil rakyat, dan wakil rakyat bertindak bukan sebagai mewakili rakyat - apa gunanya diadakan pilihanraya.

Yang menang menjadi wakil rakyat - janganlah pula tidak hadir bilamana Dewan Rakyat bersidang bagi menyelesaikan masaalah dan mencadangkan bagaimana hendak memakmurkan rakyat dalam kawasan masing-masing. Maka rakyat hendak apa? - hendakkan wakil rakyat atau tidak memerlukan wakil rakyat?

Biarlah wakil rakyat sahaja yang buat kerja untuk rakyat dan kemukakan memorandum. Yang bukan wakil rakyat, buat kerja seperti membaca dan sebagainya bagi menambahkan rezeki dan produktiviti rumahtangga dan negara.

Yang bukan wakil rakyat, bukankah elok seperti PG syorkan, berhimpun untuk beli saham baharulah perhimpunan itu sesuatu yang cerdik dan bermakana.


Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang
UIAM

2 comments:

  1. SALAM:
    Apa guna dewan rakyat pada mereka...Di jalan Rayalah pentas mereka untuk nak menunjukkan Haiwannya mereka yang berwajah manusia.

    Begitu juga di Kedah yang PAS perintah sekarang,Bukan di Wisma Darulaman pilihan mereka membuat keputusan.Batu9 sarang PAS jugalah yang menjadi pilihan mereka merencana kerja-kerja gila untuk mentadbir rakyat di Kedah la.



    Wassallam

    ReplyDelete

PETA PELAYAR