Malaysiakini
Kumpulan penyokong akta ISA hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung demonstrasi besar kumpulan anti-ISA kelmarin yang didakwanya mencabul hak asasi warganegara Malaysia.Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa, perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) secara jelas mencabuli lima hak warganegara yang digariskan dalam perlembagaan.Beliau mendakwa, tindakan penunjuk perasaan anti-ISA yang lari ke arah orang awam di Chow Kit, Masjid India dan Masjid Jamek apabila polis menyuraikan mereka, telah menyebabkan pencabulan hak asasi seperti berikut:
Perkara 5(1), berkaitan kebebasan diri – menyebabkan orang awam terperangkap dalam premis perniagaan tanpa kerelaan, seolah-olah dipenjarakan.
Perkara 6(2), berkaitan keabdian dan kerja paksa dilarang – memaksa dan memanipulasi anak kecil, wanita dan orang tua untuk terlibat berdemonstrasi “demi simpati murahan”.
Perkara (9)1, berkaitan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak – menafikan kebebasan orang awam membeli belah dan bersiar di ibu kota semasa perhimpunan itu.
Perkara 10b, berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan – menafikan hak berhimpun orang awam yang lain daripada mengadakan program peribadi dan perniagaan.
Perkara 13(1), berkaitan hak terhadap harta – menyebabkan banyak harta awam dan peniaga rosak berpunca daripada demonstrasi itu.
Mohd Khairul Azam yang membuat aduan tersebut bagi pihak Magaran, menamakan pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan tiga pemimpin utama pembangkang sebagai perlanggar utama hak-hak tersebut. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Lama sudah PG menunggu saat ini. Kita nak lihat apa respon SUHAKAM. Apakah dapatan dan cadangan mereka.Adakah SUHAKAM akan membuat siasatan awam.
2. Sebelum ini, SUHAKAM begitu sibuk dan beriya-iya dalam meyaiasat aduan berkaitan aduan yang di buat oleh kumpulan ini ( dan yang serupa dengan nya ) bahawa hak asasi individu atau kumpulan kecil dicabuli oleh pihak berkuasa.
3. Nah sekarang kita lihat adakah SUHAKAM akan respon dalam cara yang sama iaitu menjalankan siasatan awam secepat mungkin atas mereka ini kerana mencabul hak asasi awam .
4. Kita sama-sama lihat. Dari sini kita dapat tahu dan menilai apa itu SUHAKAM dan peranannya. Samada ia berpihak atau suara pihak-pihak tertentu. Adakah ia bebas sepenuhnya.
5. Selepas ini kita akan terus membuat lapuran yang sama terhadap SUHAKAM sekiranya kumpulan ini masih membuat onar yang sama. Juga kita nak lihat sangat ,apa cadangan SUHAKAM . Adakah cadangannya seperti kes Vedeo Lingam dan juga seperti kes Demo haram Hindraf di mana pokis di persalahkan. Penganjur demo haram ini terlepas walaupun telah memecahkan kepala ( tenat ) beberapa orang pegawai polis. Mereka terlepas semuanya termasuk dari sebarang tuduhan.
6. Dalam kes ini, SUHAKAM hanya membisu.!!!! PG dan tulis berulang kali perkara ini.
No comments:
Post a Comment