FOLLOWERS

Sunday, 3 May 2009

1 MEI CUTI UMUM HARI PEKERJA : PENGUATKUASA JALANRAYA PUN CUTI ?


1 mei , Penghuni Gua balik kampung di Kuantan dan bertolak dari KL ke Kuantan jam 10 pagi melalui lebuh raya Karak. Jam 10 pagi tiba di tol Gombak. Bermula dari tol hingga Genting Sempah perjalanan dengan kereta mengambil masa 1 jam lebih. Lebuh raya begitu sesak kerana ramai warga kota mengambil peluang bercuti di kampung halaman masing-masing atau bercuti di genting.

Semua kenderaan hanya bergerak 10 ke 15 km sejam . boleh guna gear dua sahaja. Banyak kenderaan tersadai ditepi jalan kerana injen panas.

Persoalannya mengapa jalan sesak teruk. Tiada halangan di hadapan sehinggalah ke Genting Sempah. Pada penghuni Gua ada dua faktur.

Pertama : Banyak kenderaan memotong sebelah kiri menggunakan lorong kecemasan. Kemudian akan masuk ke kanan semula apabila ada halangan .

Jadi ini memperlahankan kenderaan lain di belakang. Jalan terus sesak kerana tindakan sebuah kenderaan masuk kekanan dari lorong kecemasan secara tiba-tiba. Beratus kenderaan gunakan lorong kecemasan ini tanpa mengikut peraturan. Mereka ini adalah pemandu samseng dan bodoh. Bodoh kerana masih menggunakan lorong kecemasan yang mana lorong ini hanya untuk kecemasan oleh pihak berkuasa seperti polis, bomba atau ambulan sekiranya berlaku kemalangan.
Keduanya : Tiada kelibat pihak berkuasa disepanjang lebuh raya berkenaan sehinggalah ke Kuantan. Yang ada cuma pondok panas JPJ tanpa penghuni. Hanya ada kon JPJ, jaket, dan kasut, kerusi ( 2 buah ) dan sebuah meja, dan satu payung . Inilah jenis operasi sampah yang dijalankan oleh mereka yang diamanahkan untuk melancarkan kenderaan di jalanraya dan menjaga keselamatan pengguna jalanraya. Kalau operasi cara inilah dijalankan oleh mereka sampai dunia kiamat pun , keadaan lebuhraya kita di Malaysia ini akan serupa seperti di Timur Timur.

Kalau itu jugalah stail operasinya pun ( dengan meletak payung hantu ) , tak perlu JPJ membuka akedemi mereka untuk melatih para pegawai dan anggotanya. RELA pun boleh jalankan tugas ini. Mana penguatkuasa semua? Adakah mereka tidak boleh menjangka bahawa tiap kali cuti umum kenderaan akan bertali arus? Adakah mereka bercuti semuanya pada masa pengguna jalanraya lain bercuti.
Kalau penguatkuasa sama sahaja bercuti semasa rakyat cuti umum maka bodohlah kita membayar gaji mereka semua. Bermakna pegawai mereka ini bodohlah juga kerana tiada perancangan strategik dan jangkaan akan berlaku kesesakan di jalanraya. Jadi ketua atau pegawai penguatkuasa jalanraya perlukan pegawai membuat jangkaan dan perancangan. Bukan buka mata bagi baru nak fikir.

Ada perancangan mingguan, bulanan dan tahunan, suku tahun, setengah tahun, cuti umum, raya dll. Inilah natijah dilantik pegawai-pegawai kanan. Mereka diperlukan untuk menjadi pemikir dan perancang bagi menjangka masalah dan menyelesaikannya. Bukan membuta dan makan duit haram sahaja.

Dengan segala kemudahan kenderaan , alat perhubungan dann bilangan anggota yang setiap tahun ditambah oleh kerajaan , perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Ke mana perginya JPJ, Polis di lebuh raya Karak?

Kebiasaannya dan kadangkala terdapat 2 ke 3 orang anggota polis dan JPJ di sepanjang lebuhraya berkenaan. Mereka memberikan isyarat kepada semua kenderaan agar mempercepatkan kelajuan mereka. Dengan kehadiran mereka , tindakan pemandu bodoh yang memotong di lorong kecemasan dapat ditangani.

Jadi kepada semua penguatkuasa, bangunlah dari tidor dan mimpin. Anda semua perlu merancang dan membuat jangkaan apa yang berlaku setiap minggu dan bulan dan setiap perayaan dan cuti umum dan selesaikannnya. Jangan membuta lagi. Ambillah tindakan proaktif dan beri nilaian di atas setiap sen cukai yang kami bayar untuk gaji dan elaun anda.

1 comment:

  1. salam bro,

    marah nampak. hehehe. Polis punya pasal kerajaan yang salah bro. Mesti ramai yang merungut begitu lebih-lebih lagi perjalanan ke Pantai Timur. hehehe. Setuju dengan tulisan bro.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR