FOLLOWERS

Tuesday 12 May 2009

DAH MULA DAH.....................BETUL TELAHAN PG


Harakah Daily

PAS curiga keputusan Mahkamah Rayuan
Irwan Muhammad Zain Tue May 12, 09 3:04:17 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.

"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.

"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.

"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Betul tak kata PG. Dah mula dah mereka mengatakan YAA Hakim mungkin dipengaruhi oleh BN. Apa punya otak YB Mahfuz ini. Mungkin disyorkan beliau dilantik jadi Ketua Hakim Negara khas bagi membicarakan kes ini. Ini yang paling afdal.

Keputusan memihak PR adil. Memihak pada BN tak adil.

Ulasan YB Mahfuz ini hanyalah bersifat andaian dangkal dari seorang YB yang dilihat amat bodoh pemikiranya. Macam tak sekolah langsung.

Kepada pihak yang berkenaan , jika dilihat kepada ulasan YB Mahfuz seperti yang di BOLD kan di atas ia adalah tergolong di dalam kesalahan menghina mahkamah. Hukumannya amat berat.

Tuduhan ini amat berat kepada institusi kehakiman. Kepada Peguam negara atau LA Perak ataupun mana-mana pihak di dalam kerajaan BN Perak haruslah membuat satu lapuran polis berkaitan perkara ini. Buat rujukan kepada Harakah daily di atas.


Cetak Harakah Daily ini dan pergi ke balai polis yang terdekat . Tampalkan cetakan lapuran ini bersama satu lapuran polis di bawahnya.

Tuduhan ini amat serius dan sesuatu tindakan perlu diambil bagi menghentikan gejala ini. Cukuplah apa yang telah berlaku. Jangan pula mengheret Institusi Kehakiman di hina dan diperbodohkan.

Dr Zambry : ambil tindakan atas ulasan bodoh mahfuz ini.

1 comment:

  1. Apakah Hakim terkhilaf fakta Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti?

    Apa hal dan logiknya meminta DUN dibubar jika masih memilik kepercayaan majoriti ADUN2 di DUN? Bukankah tindakan Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar merupakan keakurannya (admission) beliau sudah tiada lagi sokongan majoriti. Maka untuk mengatakan Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti adalah suatu kekhilafan fakta (error of fact) dipihak Hakim. Tambahan pula, fasal 16(6) tidak juga menetapkan perkara tersebut hendaklah berlaku dalam sidang DUN, dan dalam hal ini tindak-tanduk Baginda Sultan dalam menentu-sahkan perkara tersebut (kehilangan majoriti) adalah bijak dan wajar.

    Sukar menerima alasan YA Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim yang enggan menerima hujah bahawa 'perlu meletak jawatan' dalam Perkara 16 (6) UTKP bermaksud 'mandatori' serta Mohammad Nizar perlu meletak jawatan atau Baginda Sultan berhak menyingkir Mohammad Nizar dari jawatannya itu dan jawatan itu akan dianggap kosong.

    Kita tunggu apa pula pandangan Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan samada tafsiran (question of law) Baginda Sultan Perak bahawa kepercayaan majoriti tidak semestinya diDUN serta hak Baginda Sultan secara implikasi/ tersirat menyingkirkan MB yang enggan meletakkan jawatannya dibawah fasal 16(6) UTKP.

    Pada pandangan saya, tafsiran Baginda Sultan Perak lebih kukuh dan tafsiran Baginda tidak terkhilafpun disegi undang2. Sementara keputusan rayuan, keputusan YA Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim adalah pandangan yang mengikat Dato Zambry.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah IIUM

    Saya tabik tindak-tanduk MB Dato Seri Nizar meninggalkan pejabat MB ekoran permohonan Dato Zambry membekukan keputusan Mahkamah Tinggi sementara keputusan rayuannya. Keputusan Sultan seharusnya juga dihormati tanpa perlu bertindak emosional.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR